A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

STATE SECRETARY'S VIEW
Tan Sri Datuk Amar Hj Hamid Bugo
Beringat dan Berhemat ketika ada

Setiap tahun pembentangan belanjawan merupakan perkara yang sering mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat. Ini kerana pada pembentangan belanjawan akan digariskan beberapa strategi bagi menggalakkan perkembangan ekonomi yang seterusnya akan menjadi kayu pengukur kepada kemantapan ekonomi negeri dan negara kita.

Pada pembentangan belanjawan juga kebiasaannya dinyatakan beberapa insentif untuk masyarakat umum, kakitangan kerajaan dan juga pihak swasta seperti penurunan peratusan pendapatan yang dikenakan cukai, penurunan atau pemansuhan cukai ke atas barangan tertentu, pemberian bonus kepada kakitangan awam dan juga insentif-insentif tertentu kepada sektor swasta.

Bagi kita di dalam perkhidmatan awam, belanjawan yang dibentangkan itu merupakan suatu amanah. Ini kerana peruntukan di dalam belanjawan itu sama ada peruntukan belanja mengurus atau belanja pembangunan adalah tanggungjawab yang mesti kita pikul dan laksanakan dengan jujur dan dedikasi.

Peruntukan yang diperolehi itu perlu dibelanjakan dengan bijak. Untuk itu perancangan yang teliti harus ada agar peruntukan yang diberikan itu dapat digunakan dengan optima dan dapat disalurkan kepada projek-projek yang memberikan manfaat besar kepada masyarakat dan mereka yang sepatutnya menerimanya.

Sesungguhnya belanjawan yang disediakan itu adalah garis panduan kita agar kita tidak terlalai atau terpesong di dalam melaksanakan pembangunan yang merupakan tanggungjawab utama kakitangan awam.

Adalah suatu kerugian jika peruntukan yang disediakan itu tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya kerana disebabkan oleh masalah birokrasi, kelemahan perancangan dan kepincangan pengagihan peruntukan itu. Kerugian itu bukan sahaja tertanggung kepada masyarakat yang sepatutnya menerima nikmat daripadanya malah melibatkan juga kerugian pada pihak yang merangka dasar dan menyediakan peruntukan terbabit dan secara tidak langsung merugikan kita sendiri (kakitangan awam) kerana kita telah tidak berupaya melaksanakan tugas yang diama-nahkan.

Berdasarkan belanjawan negeri yang telah dibentangkan, amat jelas sekali kerajaan negeri masih terus mengekalkan agenda pembangunannya untuk semua. Ini juga menjadi bukti penting bahawa para pemimpin kita tetap yakin akan keupayaan pentadbiran awam negeri untuk melaksanakan pembangunan.

Oleh yang demikian, kita sebagai kakitangan awam negeri harus berasa bangga dengan kepercayaan yang diberikan itu dan perlu menjadikan peluang yang ada ini dapat dijadikan landasan untuk berbakti kepada masyarakat.

Maka dalam melaksanakan projek, praktikanlah sikap yang sedar (mindfulness) ke atas apa yang kita buat. Pastikanlah apa yang dilaksanakan akan memberi manfaat yang penuh (optimum) dan dilaksanakan dengan cara yang terbaik (the best) dan dalam masa yang cepat sekali supaya kita dapat menikmati faedah awal dan seterusnya boleh berpindah ke pembangunan lain.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998