A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

MPM Menerajui Tranformasi Miri di Alaf Baru

Peningkatan kualiti di dalam perkhidmatan yang ditawarkan dan juga produk yang dibekalkan kini sudah menjadi kemestian di dalam usaha mana-mana organisasi untuk terus berdaya saing di pasaran yang semakin sengit.

Maka sebab itu, kerajaan telah menetapkan sasaran menjelang tahun 2000, semua agensi kerajaan memiliki piawaian kualiti yang diiktiraf dunia iaitu MS ISO 9000 sekurang-kurangnya di dalam satu kegiatan utama organisasi terbabit.

Menyedari akan kepentingan ini beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak juga tidak mahu ketinggalan.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) misalnya telah pun mendapat pensijilan MS ISO 9001 yang merupakan pensijilan pertama diberikan kepada PBT di Malaysia.

Baru-baru ini sebuah lagi PBT di Sarawak iaitu Majlis Perbandaran Miri (MPM) telah melancarkan MS ISO 9002: 1994 mereka pada 11 November 1999 yang lalu.

Usaha ke arah pensijilan MS ISO 9000 di MPM telah mula dijalankan sejak 19 Ogos 1997 lagi dengan membuat pendaftaran Struktur pengurusan MS ISO 9000 dengan pihak MAMPU Sarawak.

Proses dokumentasi utama bagi "Pemungutan dan Pelupusan Sampah Domestik, Perdagangan dan Kebun di Kawasan MPM telah dilakukan pada 14 April 1998 dan ke-mudiannya pada 13 Jun 1998, dua lagi proses utama MPM iaitu "Kawalan Bangunan" dan "Penilaian Bangunan-bangunan untuk Tujuan Kadaran" turut menyusul.

Sungguh pun terdapat beberapa rintangan dari perlaksanaan ini namun semua itu dapat diatasi dengan penuh yakin.

Pihak pengurusan dan kakitangan MPM yakin bahawa pemilihan yang telah mereka buat ini akan memberikan banyak kebaikan bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada masyarakat umum secara khususnya.

Ini sejajar dengan matlamat MPM iaitu untuk memenuhi kehendak pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang standard, memuaskan serta berkualiti dan merupakan salah satu dari kaedah MPM untuk menambah baik dan meningkatkan sistem kualiti dan keberkesanan organisasi.

Sesungguhnya usaha MPM ini akan menjadi pemangkin utama kepada usaha mereka menerajui transformasi Miri menjadi tempat kediaman dan pusat peranginan yang paling digemari di negeri ini.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998