|
Anugerah Kualiti Kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Satu lagi kejayaan yang membanggakan perkhidmatan awam kita ialah kejayaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei merangkul tempat kedua Anugerah Kualiti Kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 30 Oktober 1999 yang lalu.
Kejayaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei ini sememangnya manis kerana ini merupakan kejayaan sulung mereka menerima pengiktirafan kualiti jabatan.
Adalah diharapkan kejayaan ini akan dijadikan pelantar kepada usaha menambah baik berterusan yang menjadi teras kepada perkhidmatan berkualiti yang harus dicapai pada masa akan datang.
Dengan asas pengurusan kualiti yang telah berputik ini, adalah tidak mustahil Jabatan ini berupaya pula muncul sebagai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pertama di Malaysia Timur yang mendapat pensijilan MS ISO 9002 pada suatu hari kelak.
|