Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Taman Awam Miri

Taman Awam Miri terletak di KM 3 Jalan Miri-Bintulu.

Pada 8 November 1999 yang lalu, upacara pecah tanah pembinaan taman seluas 9.95 hektar (24.6 ekar) ini telah disempurnakan oleh Y. B Datuk Amar George Chan Hong Nam.

Upacara ini juga menandakan bermulanya pembinaan fasa I yang bernilai RM3 juta dan pembinaannya dijangka siap di dalam tempoh lapan bulan. Taman ini dibina dalam tiga fasa dengan fasa II dan III akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia ke-8.

Taman ini secara keseluruhannya dibiayai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Lanskap Negara sebagai penyelaras.

Reka bentuk taman ini mengabungkan unsur-unsur lanskap lembut dan lanskap kejur dengan mengekalkan nilai estetika yang bersesuaian dengan persekitaran dan budaya Sarawak.

Di antara elemen-elemen yang dicadangkan akan dibina di taman ini merangkumi aspek riadah, kekeluargaan dan keilmuan seperti pembinaan kawasan aktif cergas, laluan bersejarah, menara tinjau serta kawasan permainan kanak-kanak.

Majlis menanam pokok oleh YB Datuk Amar George Chan Hong Nam bersempena denagn upacara pecah tanah Taman Awam Miri, 8/11/99
Selain daripada itu, beberapa komponen lain seperti gerai makanan, ruang meletak kereta, tapak semaian serta keperluan asas taman yang lain juga akan disediakan.

Rasional pembinaan taman ini ialah untuk menyediakan kemudahan beriadah kepada penduduk bandar Miri terutama penduduknya yang mendiami kawasan perumahan berhampiran seperti di Taman Hill Top, Taman Bumiko, Riam dan Taman Tunku.

Pembinaannya juga adalah selaras dengan visi Majlis Perbandaran Miri (MPM) untuk menjadikan Miri tempat kediaman dan pusat peranginan yang paling digemari di negeri ini menjelang tahun 2005.

Sebagai usaha berterusan MPM menuju ke arah itu, MPM juga merancang dan melaksanakan Projek Pembangunan Lanskap Miri yang meliputi pembinaan beberapa lagi taman, kemudahan rekreasi, penghijauan jalan dan sebagainya.

Untuk itu beberapa strategi telah dirangka dan di antaranya ialah seperti:

Replika kuda laut merupakan antara mercu tanda bandar Miri yang sedang giat menyiapkan diri untuk mendapat status Bandaraya Peranginan menjelang tahun 2005
1. merangka Pelan Induk Lanskap Miri yang merangkumi pusat bandar, jalan utama, kawasan perumahan dan Sungai Miri.

2. penubuhan Jawatankuasa Bandaraya Sejahtera.

3. momohon peruntukan bagi melaksanakan Projek Pembangunan Lanskap Miri untuk jangka pendek dan jangka panjang.

4. melaksanakan pembangunan lanskap secara penswastaan.

Sesungguhnya dengan adanya sokongan dari Kerajaan Pusat iaitu dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Lanskap Negara dan Kerajaan Negeri melalui Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, adalah diharapkan dapat direalisasikan visi MPM khasnya dan Malaysia sebagai Negara Taman amnya menjelang tahun 2005


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998