Rakan Sarawak

A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

SM Teknik Batu Lintang Kuching
Menambah Koleksi Anugerah Kualiti Negeri Sarawak

SM Teknik Kuching akan terus berusaha untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan teknikal dan vokasional
Pendidikan merupakan bidang yang amat penting di dalam memastikan kelangsungan hidup tamadun bangsa.

Di Sarawak bidang pendidikan sentiasa diberikan perhatian serius. Sejak mencapai kemerdekaan, kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit untuk membina sekolah di seluruh Sarawak.

Semua ini dilakukan bagi membolehkan masyarakat kita berupaya memajukan kehidupan diri masing-masing khasnya dan juga masyarakat, negeri dan negara kita amnya.

Kecemerlangan akademik pelajar dan sekolah-sekolah di Sarawak sememangnya berada pada tahap yang amat baik dan ada ketikanya mengatasi sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini semua tercapai hasil dari usaha yang bersungguh-sungguh semua pihak yang berada di dalam profesion perguruan, ibu bapa, pelajar dan kerajaan negeri di dalam memastikan kualiti pendidikan, pembelajaran dan pengajaran adalah yang terbaik.

Pada sambutan Hari Kualiti Kementerian Pendidikan 1999, SM Teknik Batu Lintang, Kuching telah dianugerahkan tempat Kedua Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan bagi kategori Sekolah Menengah Teknik/Vokasional.

Penganugerahan ini adalah yang pertama diterima oleh mana-mana sekolah menengah teknik di Sarawak.

Untuk kategori ini sebanyak 80 buah sekolah teknik di seluruh Malaysia telah berusaha untuk merebutnya.

Sistem pendidikan yang berkualiti perlu juga kepada persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang selesa SM Teknik Kuching pernah muncul pemenang pertama pertandingan Sekolah Dalam Taman Peringkat Kebangsaan

Kejayaan SM Teknik Kuching ini sememangnya membanggakan kita dan merupakan bukti terbaik bahawa sekolah-sekolah di Sarawak tidak pernah ketinggalan di dalam usaha mereka untuk menjadi yang terbaik.

Sememangnya SM Teknik Kuching layak menerima pengiktirafan ini.

Ini kerana selama ini seluruh tenaga kerja dan pelajarnya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyuburkan budaya kualiti di semua peringkat warga SM Teknik Kuching.

Ini juga merupakan pengiktirafan tertinggi yang pernah diterima SM Teknik Kuching walaupun bukan pengiktirafan pertama yang mereka terima.

SM Teknik Kuching akan terus berusaha untuk mengekalkan status 'penanda aras' (benchmark) kepada sekolah-sekolah lain dalam penghijauan persekitaran
Sebelum ini SM Teknik Kuching pernah muncul tempat pertama di dalam pertandingan Sekolah Dalam Taman anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada tahun 1996.

Pada tahun 1994, sekolah ini pernah muncul tempat pertama pertandingan yang sama bagi peringkat kebangsaan.

Kejayaan-kejayaan ini telah membolehkan, SM Teknik Kuching dipilih sebagai penanda arasan (benchmark) oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kuala Lumpur di dalam penghijauan persekitaran sekolah.

Keupayaan seluruh warga SM Teknik Kuching mewujudkan hubungan yang erat dengan masyarakat melalui penglibatan aktif pihak sekolah di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti turut serta di dalam projek pengumpulan derma bagi Rumah Cheshire Sarawak sejak 1995 dan menyertai Projek Kitar semula kendalian Kelab Leo harus dipuji dan dicontohi.

Pencapaian SM Teknik Kuching ini harus dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah lain untuk berusaha mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan selesa agar dengan itu akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki ilmu yang berkualiti yang seterusnya akan menjadi tenaga pengerak kemajuan negeri dan negara yang berkualiti.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998