A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Pilihanraya-Umum Ke 10: Sumbangan Kakitangan Awam

Pilihanraya umum ke-10 yang baru lepas tidak banyak bezanya dengan 9 pilihanraya umum yang telah kita lalui sebelum ini.

Kita sepatutnya bersyukur dengan selesainya pilihanraya kali ini dalam suasana aman dan muhibah.

Kelancaran proses mengundi, pengiraan undi dan pengumuman keputusan pengundian membuktikan kecekapan jentera pilihanraya negara kita yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan ditunjangi oleh kakitangan awam kita yang dedikasi.

RAKAN Sarawak sempat membuat tinjauan usaha bertengkus lumus jentera SPR mengendalikan pilihanraya kali ini, satu sumbangan murni kakitangan awam.

Sungguh pun jumlah pengundi berdaftar di Sarawak berjumlah 854,912 orang, secara purata 64.74% atau 549,561 orang sahaja yang keluar mengundi. Peti-peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi dengan diiringi oleh pegawai polis bagi memastikan keselamatan petugas SPR dan juga peti-peti undi yang dibawa itu sampai ke pusat penjumlahan undi.

Pilihanraya Umum kali ini menyaksikan 'perang poster' masih dijalankan walaupun terdapat usaha berkempen dengan menggunakan kaedah baru melalui media cetak dan elektronik. Sampai sahaja di pusat penjumlahan undi, peti-peti undi dari pusat-pusat mengundi yang berkaitan diletakkan di kawasan terbuka yang telah ditetapkan mengikut nombor pusat mengundi.

Pegawai petugas SPR meneliti peti undi yang akan dibuka untuk pengiraan undi. Petugas-petugas SPR memastikan peti-peti undi yang sampai di pusat penjumlah undi adalah peti undi yang sah dan betul dari pusat mengundi yang telah ditetapkan.

Kakitangan awam sungguh pun tidak dibenarkan terlibat langsung/aktif di dalam politik, tetapi di dalam pengendalian urusan pilihanraya seperti pengurusan proses-proses pengiraan undi dan pengumuman keputusan pilihanraya, proses-proses itu dikendalikan oleh kakitangan awam yang telah diberikan latihan yang sewajarnya untuk tugas-tugas sedemikian. Ini merupakan sumbangan terbesar kakitangan awam di dalam memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar di negara kita. Penggunaan komputer memudahkan kerja-kerja penyimpanan maklumat berkaitan dengan jumlah undi yang siap dikira.


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998