Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Q-TOOL Inovasi Dengan Kos Yang Minimum

Setiap komponen memainkan
peranan penting bagi memastikan
Q-Tool berfungsi dengan
sempurna… seperti yang sedang
ditunjukkan oleh Hassan Suhaili

Mungkin ramai yang tidak percaya, sebuah rekaan atau inovasi tidak semestinya mahal atau setiap bahan yang sedia dilupuskan tidak semestinya tidak boleh digunakan lagi. Berbekalkan sedikit idea dan kreativiti, ia mampu ditukar menjadi sebuah ciptaan yang mempunyai nilai yang besar.

Nilai dan kreativiti inilah yang dibawa oleh Kumpulan BENAK (Jabatan Pengairan dan Saliran Sri Aman) dalam projek KMK (Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) Sektor Awam pada tahun lepas (2004) melalui Q-Tool ciptaan kumpulan ini.

Penyertaan pertama kumpulan ini tanpa membawa sebarang harapan bertukar menjadi kenangan manis kepada kumpulan ini. Q-Tool, adalah inovasi yang perlu mendapat perhatian dan dijadikan contoh kerana berjaya meningkatkan produktiviti kerja-kerja penyelenggaraan di 16 buah skim saliran di Bahagian Sri Aman dan Betong.

Perkara ini diakui oleh fasilitator Kumpulan BENAK, Encik Allen Sim Meng Choon yang menyifatkan ia banyak memberi manfaat kepada Unit Kontrak, Operasi dan Penyelenggaraan Skim, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sri Aman.

Inovasi ini juga berupaya meringankan beban kerja pekerja-pekerja am di samping menjimatkan masa penyelenggaraan skim-skim di kawasan tersebut.

Menurut Allen, Q-Tool berupaya mengetepikan tanggapan bahawa tidak semua inovasi dan ciptaan itu perlu melibatkan kos yang besar dan mahal. Jelas beliau, Q-Tool adalah contoh terbaik di mana ia boleh disediakan dengan kos yang agak minimum.

“Dengan kos serendah RM4.50 untuk membeli cakera pengasah serta memanfaatkan barang kitar semula atau terpakai seperti kepingan aluminium dan bahagian mesin yang telah dilupuskan, sebuah alat ‘baru’ dapat dicipta”, jelas beliau. Berkongsi perkara yang sama, Ketua Kumpulan BENAK, Haji Awang Sharbini Gapor berkata Q-Tool telah mengubah cara bekerja di unitnya.

Q-Tool dipersembahkan sewaktu Konvensyen KMK 2004

“Menggunakan kaedah lama, memotong rumput menggunakan mesin tidak mendatangkan masalah, cuma apabila tiba waktu untuk mengasah mata pengasah itu yang mendatangkan masalah kerana terpaksa membawa mesin mengasah dan juga memerlukan bekalan elektrik bagi membolehkan alat mesin mengasah tersebut berfungsi,” kata Haji Awang Sharbini.

“Ini bererti pekerja perlu membawa lebih banyak peralatan.” “Kalau dahulu, mungkin pekerja terpaksa mencari sumber tenaga untuk menghidupkan mesin pengasah, kini hanya dengan sedikit pengubahsuaian yang mudah pada mesin pengandar, ia boleh berfungsi sebagai alat untuk mengasah mata mesin” “Pekerja boleh membawa dan menggunakan alat ini pada bila-bila masa,” jelasnya lagi.

Menurut Haji Awang, pihaknya mengkaji dengan teliti kelemahan yang terdapat pada kaedah manual tadi dan mula mereka-cipta atau membuat pengubahsuaian sedikit pada mesin pengandar. Mengikut kaedah baru ini, pekerja hanya perlu memasukkan Q-Tool ke flange housing untuk mengerakkan alat ini dan seterusnya kerja mengasah mata mesin dapat dilakukan dengan mudah.

Jelas Haji Awang lagi, sekiranya alat tersebut tidak dicipta sekarang, besar kemungkinan pihaknya terpaksa menanggung kos operasi yang agak tinggi iaitu terpaksa membeli lebih banyak alat pengasah yang baru. Menceritakan dengan terperinci alat Q Tool tersebut, jelasnya ia mengandungi lapan (8) komponen utama iaitu shaft, flange, housing assy, pemantul percikan api ( spark deflector), cakera pengasah (sharpening device), skru pengetat, pemegang mata mesin ( safety blade holder) dan mata mesin.

Pekerja sedang menunjukkan cara penggunaan Q-Tool

Konsep inovasi ini beliau sifatkan menyamai dengan pengasah elektrik. Yang menariknya, ia mudah dibawa dan digunakan bila-bila masa dengan hanya perlu menyambung ke mesin galas dan sedia untuk digunakannya.

Hassan Suhaili, salah seorang ahli kumpulan yang telah beberapa kali membuat uji-cuba ke atas inovasi ini turut berpendapat inovasi ini berupaya mengantikan penggunaan kikir dan batu pengasah. Ketika ditanya mengenai faedah projek ini secara tidak langsung,

Fasilitator, Allen berkata projek ini memberi peluang kepada pekerja JPS Sri Aman untuk berinovasi, di samping memberi ruang kepada perkongsian idea di peringkat pekerja bawahan sehinggalah ke pihak pengurusan.

Jelas beliau, antara kelebihan Q-Tool ini, alat ini boleh digunakan tanpa memerlukan sebarang prosedur yang rumit. Sasaran memotong rumput akan tercapai dan hasil kerja memuaskan seterusnya pelanggan berpuashati.

Malah dengan menggunakan Q-Tool, ia berjaya mengurang masa bagi aktiviti mengasah iaitu sebanyak 12 minit berbanding 26 minit mengikut cara lama (manual). Selain itu, sejumlah, 1,232 minit dapat dijimatkan iaitu hanya sebanyak 1,058 minit dengan menggunakan Q-Tool berbanding 2,238 minit dengan tidak menggunakan Q-Tool atau peralatan lain.

Mengimbas kembali bagaimana idea ini timbul, jelas Allen, ianya datang dari beberapa perbincangan kumpulan serta proses mengenalpasti masalah. Projek KMK jelasnya telah merealisasikan idea dan konsep asalnya yang telah dikemukakan pada tahun 2002.

Keseluruhan ahli Kumpulan BENAK

Penubuhan Kumpulan BENAK pada Januari 2003, selain bertanding untuk Konvensyen KMK ianya juga adalah untuk memberi fokus sepenuhnya ke atas merealisasikan projek ini. Setelah mengambil masa enam (6) bulan untuk disiapkan, Kumpulan KMK BENAK telah mencuba Q-Tool di Skim Sebrang, Sri Aman dan terbukti berjaya, jelas Allen.

“Kini, pihak kami memahami kenapa projek KMK begitu penting dan cuba mengerakkan lebih banyak lagi projek yang mampu memanfaatkan JPS Sri Aman selepas ini,” kata Allen.

Malah jelas Allen, projek tersebut secara tidak langsung menaikkan imej JPS Sri Aman yang dahulunya sering menerima rungutan daripada orang ramai akibat kerja penyelenggaraan yang kurang berkesan.

Walaupun pertama kali menyertai KMK peringkat negeri, kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Konvensyen KMK 2004 (Kategori Teknikal ) adalah pencapaian terbaik JPS Sri Aman.

Projek tersebut bukan sahaja menjadi kebanggaan dan perhatian JPS Ibupejabat malah mendapat perhatian daripada agensi kerajaan lain seperti Majlis Daerah Sri Aman dan Jabatan Kerja Raya, yang turut ingin mempelajari mengenai inovasi tersebut.

1.Shaft '
2.'Flange '
3.'Housing assy '
4.Pemantul percikan api
5.Cekera pengasah
6.Skru pengetat
7.Pemengang mata mesin
8.Mata mesin

Kini, JPS Sri Aman dalam usaha memperluaskan penggunaan inovasi tersebut di JPS seluruh Sarawak. Malah kemudahan yang terhad bukanlah menjadi penghalang tetapi mampu melahirkan satu inovasi yang unik dan kumpulan BENAK telah membuktikannya!

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998