Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Penglibatan Masyarakat Realisasikan Pembangunan Daerah Song

Peta pentadbiran Daerah Song
Dalam melaksanakan sesuatu pembangunan, kerajaan tidak pernah membezakan sama ada kawasan bandar mahupun luar bandar. Begitulah keadaan yang berlaku di Daerah Song, sebuah pekan kecil yang terletak dalam bahagian Kapit. Sebagaimana bahagian Kapit, bolehlah dikatakan pembangunan daerah song ini adalah didorong oleh pembangunan ekonomi kegiatan pembalakkannya serta tidak mempunyai tarikan ekonomi yang utama. Namun kerajaan tetap menjalankan serta melaksanakan tanggungjawabnya membangunkan daerah Song.

Ini membuktikan kerajaan masih lagi berperanan dalam mencetus dan merancakkan pembangunan di daerah Song. Walau bagaimanapun, penglibatan rakyat setempat diperlukan untuk bersama-sama terlibat dalam pembangunan di daerah Song ini.

Pembangunan daerah Song, bukan hanya terletak di tangan pihak kerajaan sahaja semata-mata, malah yang paling penting adalah penglibatan penduduk di sini. Kerjasama masyarakat dalam merealisasikan pembangunan sangat diperlukan.

Mengenali Daerah Song

Nama daerah Song mungkin begitu asing bagi mereka yang jarang berkunjung ke bahagian pedalaman Tetapi daerah tersebutlah yang membentuk bahagian Kapit selain daerah Kapit dan daerah Belaga. Bermula dari sebuah penempatan kecil, daerah Song telah berkembang menjadi daerah penuh
pada tahun 1970.

Kini, daerah Song terus membangun dan menjadi sebahagian daerah penting yang menjana pembangunan Bahagian Kapit. Berlatarbelakang kawasan
yang berbukit-bukau, di situ terletaknya sebuah daerah di kawasan pedalaman, iaitu daerah Song. Daerah Song mempunyai kedudukan yang agak strategik iaitu di antara Kapit di timur dan Kanowit di Barat.

Daerah Song mempunyai keluasan kira-kira 3,593 km persegi. Mengikut Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000 Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat lebih kurang 19,236 penduduk mendiami daerah Song. Mengikut pecahan komposisi kaum bagi daerah Song, kaum Iban adalah kaum majoriti Song dengan jumlah 17,357 penduduk. Ini diikuti dengan kaum Cina (890 orang), Melayu (721 orang), Lain-lain Bumi-putera (99 orang), Melanau (82 orang), Bidayuh (67 orang) dan Lain-lain Bukan Bumiputera (9).

Terdapat sebanyak 141 buah rumah panjang dan dua buah kampung di daerah Song.

Pejabat Daerah Song Pekan Daerah Song

Pengangkutan Utama di Daerah Song

Secara amnya, Pekan Song boleh dihubungi melalui pengangkutan laut dengan menggunakan bot ekspres. Anda boleh menaiki bot ekspres seawal jam 5.30 pagi dari Sibu dan anda tidak perlu risau kerana bilangan bot ekspres ini adalah banyak dan kekerapan perjalanan adalah tinggi.

Perjalanan menggunakan jalan air/sungai dari Sibu ke Song mengambil masa lebih kurang 2 jam manakala dari Song ke Kapit pula mengambil masa 1 jam. Kemudahan pengangkutan di sini masih lagi bergantung kepada pengangkutan air kerana kebanyakan kawasan belum dapat dihubungi menggunakan jalan darat. Ini disebabkan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau, Setakat ini, jaringan jalan raya di Song hanya 7.3 km sahaja. Walau bagaimanapun, beberapa projek jalan raya sedang dalam pembinaan bagi meningkatkan keselesaan penduduk di daerah ini.

Jalan raya ini menghubungkan tujuh buah rumah panjang, kebanyakannya di Katibas, antaranya di Ng. Kebiau, Ng. Sepadi, Lubok Nyimoh, Ng. Entawai dan Ng. Takan. Walaubagaimanapun, anda mungkin berasa hairan dengan jaringan jalan raya yang agak terhad tersebut, anda akan mendapati terdapat banyak kenderaan di Pekan Song. Ini secara tidak langsung, menandakan taraf ekonomi dan kemampuan penduduk di sini sudah meningkat.

Pekan Song Kini, dapat disaksikan kerajaan telah menjalankan beberapa projek pembangunan demi kesenangan dan keselesaan kehidupan penduduk di sini. Pekan Song juga mengalami beberapa perubahan yang drastik, daripada empat blok rumah kedai biasa (lama) kini ia mempunyai tiga blok rumah kedai konkrit. Secara tidak langsung, ini menunjukkan Pekan Song sudah mula berkembang dan merancakkan pembangunan di daerah Song.

Di sinilah, semua penduduk berkumpul bagi menjalankan aktiviti jual beli. Ia dapat memudahkan penduduk yang tinggal berhampiran untuk mendapatkan
bekalan harian.

Ternakan Ikan Dalam Sangkar
Identiti Daerah Song

Salah satu keistimewaan yang terdapat di daerah Song adalah keistimewaan ikan tempatannya iaitu Ikan Empurau, Ikan Semah dan Ikan Tengadak.

Kegiatan Ekonomi Penduduk Song

Pertanian adalah punca pendapatan utama penduduk di sini dan kebanyakannyakaum Iban melibatkan diri dalam sektor pertanian, manakala kaum Cina melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Selebihnya kaum lain bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

Menurut statistik Jabatan Pertanian Song, tanaman utama di sini adalah lada hitam, Selain itu, penduduk juga menjalankan kegiatan pertanian lain seperti penanaman getah, penanaman padi (padi bukit dan padi sawah). Golongan wanita juga ada yang melibatkan diri dalam industri desa seperti penghasilan kraftangan dan industri makanan.

Kemudahan Kesihatan

Dari aspek kesihatan, kerajaan begitu mengambil berat tentang kemudahan kesihatan di sini dengan bakal wujudnya sebuah poliklinik. Penduduk Daerah Song beruntung kerana akan memiliki poliklinik yang dijadualkan siap pada Disember 2003 tahun ini. Poliklinik yang bakal siap nanti akan memberikan keselesaan kepada penduduk di daerah ini. Ia juga adalah bukti kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan penduduk di sini. Setakat ini, terdapat tiga Klinik Kesihatan, masing-masing di Song, Ng. Bangkit dan Ng Tekalit.

Manakala Klinik Desa pula terdapat di Ng.Chemanong dan Ng. Engkuah. Klinik Pergigian pula terdapat di SRB Cardinal Vaughan dan SRB Hin Hua.

Pendidikan Tidak Pernah Diabaikan

Bagi pendidikan peringkat pra sekolah seperti Tabika atau Tadika kini terdapat empat buah milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), tiga buah dipunyai oleh swasta manakala dua buah sekolah rendah menawarkan pendidikan Pra Sekolah.

Terdapat tiga kategori sekolah rendah di daerah Song iaitu SRK (Kebangsaan) Biasa dengan pelajar 3003 orang murid, SRB (Bantuan Cina) dengan 238 orang murid dan SRB (Bantuan Mission) (605 orang murid).

Kini, terdapat dua buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di daerah Song iaitu SMK Song dengan (1252 orang pelajar) dan SMK Katibas (692 pelajar). Ia memberikan kemudahan dan pilihan pendidikan peringkat menengah di daerah Song.

Kemudahan Sukan dan Permainan

Daerah Song juga mempunyai Kompleks Mini Sukan yang berharga 1.8 juta yang pastinya menyediakan kemudahan sukan yang selesa untuk penduduk di sini.

Selain itu, daerah Song juga mempunyai beberapa kemudahan sukan, antaranya sebuah Padang Sukan, Padang Bolasepak (3 buah), Dewan/Balairaya 2 buah), G e l a n g g a n g Badminton (2 buah), Gelanggang Tennis (2 buah), Takraw (1) dan Bola Keranjang (1).

Agensi Kerajaan di Song Ternyata agensi kerajaan masih memainkan peranan penting di daerah Song. Kini terdapat 13 buah agensi dan jabatan kerajaan di daerah Song, selain Pejabat Daerah Song. Antaranya Jabatan Pendidikan, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Hutan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Penerangan, Pusat Kesihatan, Perbadanan Pembangunan Letrik Sarawak (SESCO),

Selain itu, di sini juga terdapat Pusat Kesihatan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Polis DiRaja Malaysia, Majlis Daerah Kapit, Cawangan Song dan Lembaga-Lembaga Sungai Sarawak. Manakala terdapat dua buah jabatan berkanun iaitu Pos Malaysia Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

Sekitar SMK Song Antara kemudahan sukan yang terdapat di Song

Pembangunan Perlukan Penglibatan Penduduk

Kerajaan telah menunaikan tanggungjawab di daerah Song dengan menyediakan segala kemudahan asas dengan secukupnya. Kini terletak di tangan penduduk, untuk menggunakan segala kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan. Apa yang dapat dilakukan oleh penduduk di sini, adalah merebut peluang untuk memajukan diri bersama-sama dalam bidang ekonomi dengan menyertai projek pertanian dan sebagainya. Kerjasama penduduk sangat diperlukan kerana dengan cara ini mereka dapat menikmati dan merasai nikmat pembangunan.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998