Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jenayah Ekonomi Memudaratkan Organisasi dan Masyarakat

Jenayah sering dengan dikaitkan tingkah laku yang melampau serta ganas kerana perbuatan yang dilakukan selalunya dalam bentuk yang dapat dilihat dan boleh mendatangkan kecederaan pada orang lain. Namun, kita selalu lupa terhadap jenayah ekonomi yang seringkali dilakukan oleh orang yang mempunyai kedudukan dan kuasa. Sebabnya jenayah yang dilakukan oleh golongan itu selalunya tersembunyi. Sungguhpun demikian, kesannya juga cukup memudaratkan bukan sahaja ke atas sesebuah organisasi itu, malahan kepada seluruh ahli masyarakatnya.

YBhg. Datu Dr. Yusoff Nook, Pengarah Unit Keselamatan Negeri di Jabatan Ketua Menteri mengakui bahawa jenayah ekonomi selalunya bersifat tersembunyi, rahsia dan sensitif sehingga sukar untuk mengambil sebarang tindakan ke atas pelaku kerana sukar untuk memperoleh bahan bukti.

Apatah lagi untuk mengawal jenayah itu daripada berlaku. Malah katanya, kira-kira sembilan daripada 10 kes jenayah ekonomi seperti rasuah tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkongsi pengalamannya itu dalam satu majlis Brown Bag Seminar yang diadakan pada 17 September lalu di Wisma Bapa Malaysia. Brown Bag Seminar kali yang ke-16 itu merupakan anjuran Sarawak Development Institute (SDI) dengan tajuk perbincangan ‘Causal Variables in Economic Crime’.

Menurut Datu Dr. Yusoff, jenayah ekonomi juga dikenali sebagai ‘jenayah kolar putih’, ‘jenayah perniagaan’ dan ‘jenayah korporat’. Katanya, ada banyak definisi yang sering digunakan, antaranya, ‘Sebarang kegiatan perniagaan yang melanggar peraturan yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara’ atau ‘Jenayah yang dilakukan oleh seseorang atau yang berstatus tinggi dalam jawatannya’.

Jelasnya, ada banyak sebab berlakunya jenayah ekonomi dan ia boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu peluang, situasi dan personaliti. Sebab itu katanya, cara yang berkesan untuk mengurangkan jenayah itu ialah dengan mengurangkan faktor ‘peluang’ untuk kegiatan seperti itu daripada berlaku.
Misalnya, mengetatkan prosedur dan langkah keselamatan serta mengadakan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa.

Indeks Perspektif rasuah ( Corruption Perspective Index) yang dikeluarkan pada tahun 2002 menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan 33 berbanding kedudukan ke 36 pada tahun sebelumnya daripada lebih 100 buah negara yang disenaraikan. “Secara logiknya, negara-negara maju cenderung berada pada tangga teratas disebabkan rakyatnya mempunyai wang yang banyak sehingga meningkatkan kekerapan berlakunya jenayah ekonomi”, katanya mengulas indeks tersebut.

Sungguhpun jenayah ekonomi di negara ini khususnya di Sarawak masih terkawal, usaha untuk menangani masalah itu tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak. Kerjasama amat diperlukan terutamanya daripada mereka yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil ke hadapan memberi maklumat yang diperlukan kepada pihak berkuasa.

Hadirin juga diberi peluang untuk
menyuarakan pendapat masing-masing
Pengalaman luas YBhg. Datu Dr. Yusoff Nook ketika bertugas dalam perkhidmatan polis menjadikan tajuk perbincangan lebih difahami dan dapat didalami oleh semua hadirin






 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998