| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
 |
| Bangunan RTM di Jalan P.Ramlee |
“Inilah Radio Sarawak.” Dengan serangkap kata hikmat
yang berkumandang di udara menerusi siaran radio pada 7 Jun 1954, bermulalah detik
sejarah penyiaran di Sarawak.
Kini berusia hampir setengah abad, Radio Sarawak telah ditukar namanya ke Radio
Malaysia Sarawak. Selain memberi hiburan, ia juga menjadi alat untuk mewujudkan
perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Penubuhan Radio Sarawak bertujuan
untuk menyediakan saluran bagi mendidik rakyat di samping memberi hiburan.
Tidak keterlaluan dikatakan, ketika itu majoriti penduduk negeri Sarawak masih
buta huruf. Memandangkan mereka tidak berupaya membaca, maka adalah penting bagi
pengwujudan satu saluran khas bagi mereka untuk mendapatkan maklumat dengan sekadar
mendengar sahaja. Dengan itu, Jabatan Penyiaran atau lebih dikenali sebagai RTM
melalui Radio Sarawak berperanan untuk membantu kerajaan menyalur mesej yang bertujuan
untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kebahagian di samping berusaha untuk merapat
dan menjalinkan hubungan dua hala antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.
Menerusi rancangan-rancangannya, RTM memainkan peranan mengukuhkan perpaduan rakyat
melalui penggunaan Bahasa Melayu. Di samping memberi pendidikan dan hiburan, RTM
diamanahkan untuk memberi penerangan terkini dan terperinci tentang dasar-dasar
kerajaan dan menyebarkan maklumat penting kepada segenap lapisan masyarakat.
Siaran dan Rangkaian
Siaran Radio Sarawak dimulakan sebagai satu perkhidmatan perintis sehingga 7 Jun
1954. Meskipun siaran ulung itu singkat, namun disinilah detik permulaan siaran
radio yang bakal memainkan peranan penting dalam sejarah Sarawak yang membolehkan
rakyat negeri ini mendapat siaran radio tempatan.
Radio Sarawak memulakan siarannya dalam empat bahasa utama iaitu Melayu, Dayak
(Iban), Cina dan Inggeris menerusi satu rangkaian selama 3 jam pada hari-hari
biasa dan 6 jam pada hujung minggu.
Radio Sarawak telah memperkenalkan Rangkaian Keduanya pada bulan April 1958 dengan
siapnya beberapa lagi studio dan pemasangan alat-alat pemancar Gelombang Sederhana
dan Pendek.
Dengan adanya pemancaran serentak, siaran rancangan harian telah bertambah menjadi
9 jam.Keberkesanan maklumat yang disalurkan menerusi radio lebih menyerlah dalam
usaha kerajaanmemerangi dakyah dan melumpuhkan ancaman komunis pada awal tahun
60-an. Ini membuktikan bahawa mesej kerajaan yang disampaikan menerusi radio diterima
dengan mudah oleh rakyat.
Rangkaian Ketiga Radio Sarawak telah dilancarkan dalam bulan Jun 1963 (akibat
konfrontasi Indonesia) untuk pendengaran kaum Dayak Darat (Bidayuh) yang menggunakan
loghat-loghat Biatah, Bau/Jagoi dan Bukar/Sadong. Dengan adanya Rangkaian Ketiga
itu, jumlah masa siaran bertambah menjadi 35 jam sehari dan 15 loghat digunakan
dalam siaran tersebut.
Penubuhan Stesen Kawasan & TV
Memandangkan radio merupakan satu-satunya sumber informasi kepada kebanyakkan
penduduk di luar bandar yang tinggal berselerak di merata negeri,
maka kerajaan telah bercadang memperluaskan lagi rancangan serta liputannya untuk
menembusi lebih banyak sasarannya.
Sehubungan dengan itu, sebuah stesen radio kawasan telah ditubuhkan di Limbang
pada 17 April 1971. la boleh dianggap sebagai satu kemajuan bersejarah dalam perkembangan
siaran radio di Sarawak dengan bermulanya siaran daerah pada julung kalinya.
Pembukaan stesen Penyiaran Sibu pada 7 Disember 1974, stesen Sarawak kedua di
luar ibu negeri, merupakan satu lagi langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan
dasar-dasar kerajaan untuk mengadakan stesen-stesen penyiaran di kawasan yang
mempunyai ramai penduduk. RTM Sibu telah membuktikan dirinya sebagai alat komunikasi
terpenting dalam usaha mewujudkan ketenteraman dan keamanan dalam memerangi ancaman
komunis pada awal tahun 70-an. Propaganda kerajaan yang di salurkan menerusi siaran
radio tempatan dalam Bahasa Iban dan Cina dapat menyakinkan rakyat akan keburukan
komunis.
Mesej kerajaan berkenaan pembangunan dan proses kemajuan yang dikecapi telah mendorong
pihak komunis menyerah diri dan menyokong kerajaan.
Penubuhan Stesen Penyiaran Miri pada 2 September 1975 menandakan satu lagi perkembangan
barn dalam sejarah penyiaran di Sarawak. la merupakan stesen wilayah ketiga ditubuhkan
dalam masa 12 tahun sejak pembentukkan Malaysia pada tahun 1963.
Sejak di udara stesen ini telah mampu memainkan peranannya sebagai media kerajaan
yang efektif dan penyebarkan maklumat dan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan
dan program pembangunan. lanya juga telah berjaya meningkatkan tahap perpaduan
dan keharmonian di kalangan rakyat tempatan yang berbilang kaum.
Dengan kata lain, stesen ini berperanan besar di segi menstabilkan kedudukan politik,
sosial dan ekonomi lantas menjamin kesejahteraan rakyat di bahagian Miri dan Bintulu.
Pengwujudan Stesen RTM Sri Aman pada 2 Oktober 1982 menandakan bermulanya satu
lagi lembaran baru dalam sejarah Penyiaran Sarawak. Stesen Sri Aman merupakan
stesen kawasan yang keempat ditubuhkan di luar Kuching sejak Sarawak sejak mencapai
kemerdekaan 19 tahun yang lalu. Pada umumnya, kewujudan RTM Sri Aman telah membuah
hasil terutama dalam usaha untuk meraih sokongan dan seterusnya penglibatan rakyat
dalam projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Pengenalan perkhidmatan FM adalah satu lagi pencapaian penting dalam sejarah penyiaran
di Sarawak. Para penduduk di Bintulu adalah yang pertama menikmati siaran jelas
menerusi FM apabila perkhidmatan itu dilancarkan pada 4 Mei 1991. Ini diikuti
dengan siaran FM di seluruh negeri pada 1 Ogos 1991 dan Rangkaian Nasional RTM
Sarawak ke udara 24 jam sehari berbanding dengan 19 jam sebelum ini.
Hingga ke hari ini, siaran radio meliputi 95% penduduk negeri Sarawak dan penduduk
di beberapa kawasan di negara jiran Brunei dan Kalimantan, Indonesia juga boleh
menerima siaran Radio Sarawak.
Radio Malaysia Sarawak menyiarkan pelbagai maklumat mengenai dasar dan matlamat
kerajaan dalam beberapa rancangan dan rangkaian yang diselitkan dalam Berita (13
loghat), Selamat Pagi Sarawak, Secawan Kopi dan Jiran Sekampung. Sememangnya siaran
radio adalah yang terbaik untuk
menyebarkan bahan-bahan tersebut memandangkan media cetak tidak sampai di kawasan
pedalaman dan kalau adapun, ia sudah terlambat.
Sebagai usaha untuk mendekatkan pendengar dengan rancangan radio melalui konsep
“Visual Radio”, Radio Malaysia Sarawak memperkenalkan satu
rancangan yang dinamakan “Bersamamu RTM” melalui berbagai Rangkaian.
Ini termasuk Rangkaian Bahasa Melayu, Cina, Iban dan Bidayuh. Selain itu, rancangan
ini juga memberi peluang kepada agensi kerajaan dan swasta melalui penglibatan
dan tajaan untuk berurusan dengan penduduk setempat.
Rancangan ini mula dikendalikan pada tahun 1997 atas inisiatif untuk memperkenalkan
sesebuah kampung di seluruh pelusok negeri Sarawak mengenai
kemajuan serta pembangunan penduduknya dengan liputan dibuat secara meluas.
 |
 |
| Membuat liputan secara langsung sesuatu aktiviti |
DJ sedang bertugas |
Kampung yang dipilih adalah berdasarkan kemajuan dari segi
infrastruktur dan sosio ekonomi penduduknya. Dengan program dan perancangan rapi,
sudah tentu radio tempatan dapat menepati kehendak dan citarasa pendengar setempat.
Sekaligus mereka akan lebih senang diyakini dan akan memberi sokongan padu kepada
kerajaan. Selain daripada itu, pendengar tempatan boleh menyuarakan pendapat atau
pandangan mereka mengenai apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Peranan radio tidak boleh di pandang kecil di dalam meletakkan perpaduan kaum
sebagai essence kepada pembangunan mental, fizikal dan material rakyat tempatan
khususnya masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Penduduk luar bandar amat memerlukan maklumat secara lisan memandangkan kebanyakan
mereka tidak boleh membaca. Selain itu, maklumat dari media cetak terlalu lewat
sampai ke luar bandar dan pedalaman, radio memenuhi ruang tersebut.
|
|
|