Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Strategi Penjenamaan Produk Tempatan Perlukan Kerjasama Pelbagai Pihak
...antara usaha proaktif Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak
Antara produk pertanian Agro Best, Desa Best dan Agro Prima yang kini boleh didapati di pasaran

Kerjasama erat diperlukan di antara agensi kerajaan bagi memastikan peningkatan pengeluaran produk pertanian di samping mengekal-kan kualiti sesuatu produk. Ia menuntut penglibatan daripada petani, penternak dan nelayan sehinggalah kepada pihak yang memasarkan produk tersebut.

Jabatan Pertanian, sebuah jabatan yang memberikan tunjuk-ajar, bantuan, khidmat nasihat dan bantuan teknikal berperanan meningkatkan daya saing golongan tersebut dan hasil produk yang dikeluarkan akan lebih menarik sekiranya setiap produk dipakejkan dengan strategi penjenamaan yang berkesan. Peranan inilah yang dimainkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak. Rangkaian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dapat digunakan sepenuhnya bagi memasarkan produk ini seluruh negeri.

Langkah yang proaktif ini telah diambil oleh Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), baru-baru ini apabila telah melancarkan strategi pembungkusan dan penjenamaan yang unik.

Usaha tersebut dilihat dapat menambah nilai produk hasil pertanian negeri ini. Tiga jenama yang melambangkan produk berkualiti pertanian Sarawak ialah "Agro Best", "Desa Best" dan "Agro Prima" yang kini telah berjaya menembusi pasaran eropah.

Perkara ini pernah ditekankan oleh Menteri Pertanian Sarawak, Dato Sri Haji Adenan Haji Satem, usaha ini akan memudahkan pembeli mengenalpasti produk pertanian Sarawak yang berkualiti. Penumpuan terhadap penjena-maan, pemprosesan dan pembung-kusan akan menguntungkan pihak pembeli. Pembeli mungkin akan memilih hasil produk tersebut kerana tahu ia diproses dengan baik.

Menteri Pertanian Sarawak, Dato Sri Haji Adenan Haji Satem ketika majlis perasmian dan pelancaran jenama produk pertanian

Salah satu produk dalam jenama Agro Best iaitu jeruk lada hijau yang juga merupakan identiti pertanian di Sarawak sudah pun dieksport ke Denmark, Sepanyol serta Perancis. Setakat tahun lepas, sebanyak 150 tan jeruk lada telah dieksport ke negara terbabit, demikian menurut Menteri Pertanian Sarawak.

Antara produk yang diletakkan dibawah jenama Agro Best ialah madu lebah selain produk yang berasaskan lada. Ia juga dipasarkan bagi pasaran tempatan.

Produk keluaran Industri Kecil dan Sedarhana Desa seperti keropok udang, keropok ikan dan bubur pedas dikategori di bawah jenama Desa Best manakala produk pertanian segar seperti ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran (penggunaan bahan kimia secara minimum) pula diletak di bawah jenama Agro Prima.

Ketiga jenama barangan produk ini boleh didapati di semua Kedai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negeri serta pasaraya yang terpilih di bandaraya Kuching.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998