Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Serian Sahut Hari Cabaran Daerah-Daerah Malaysia
Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, En. R. Effendi b. Razali membuat cabutan bertuah bagi memilih 22 peserta bertuah pada Hari Cabaran Daerah-Daerah Malaysia bagi menghargai komitmen para peserta

Komitmen kerajaan bagi mewujudkan masyarakat yang berbudaya sukan amat jelas melalui pelbagai aktiviti dan program yang diadakan untuk pelbagai lapisan masyarakat dan umur.

Antaranya Hari Cabaran Daerah-Daerah Malaysia anjuran Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama 15 buah Daerah di seluruh negara yang terlibat pada tahun ini iaitu lanjutan daripada penganjuran Hari Cabaran Bandaraya Malaysia pada tahun lalu.

Objektif diadakan hari tersebut ialah bagi memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk mencapai sebahagian pelan dasar 'Sukan Untuk Semua' dan konsep 'Malaysia Cergas', mewujudkan semangat patriotik dan bangga diri untuk kejayaan daerah tercinta melalui penyertaan dan menggalak masyarakat Malaysia menghayati semangat 'Malaysia Boleh' melalui penyertaan dalam sebarang program kecergasan, sukan dan rekreasi di samping melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.

Atas sokongan padu seluruh warga Serian telah membolehkan daerah ini berjaya mengalahkan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika Hari Cabaran Daerah-Daerah Malaysia 2002 yang diadakan serentak di kedua-dua daerah dari jam 7 hingga 9 pagi pada 30 Oktober yang lalu.

Bagi memenangi pertandingan ini, sesebuah daerah itu perlu mencatatkan bilangan penyertaan terbanyak daripada keseluruhan populasinya dalam beberapa aktiviti fizikal dan mental yang memakan masa sekurang-kurangnya 15 minit.

Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti senamrobik, berbasikal, menari, berkebun, menyapu, bersukan, mencuci kereta dan lain-lain, kayak/ kenu dan bot kawalan jauh yang melibatkan beberapa lokasi seperti Dewan Masyarakat Serian, Pejabat Daerah Kecil Tebedu dan Tasik Danu.

Kerjasama dan komitmen tinggi seluruh masyarakat di Daerah Serian seperti kakitangan kerajaan dan swasta, anggota pasukan keselamatan, orang kurang upaya, persatuan-persatuan Belia/Sukan, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di situ membolehkan Daerah Serian mencatatkan penyertaan seramai 46,178 orang (57 peratus) daripada kira-kira 80,060 penduduknya berbanding Kuala Pilah yang mencatatkan 21,136 (33 peratus) penyertaan daripada kira-kira 65,980 orang penduduk.

Aktiviti senamrobik yang diadakan di Dewan Masyarakat Serian telah menarik penyertaan yang amat baik

Kemenangan ini cukup membanggakan kerana kerjasama yang ditonjolkan pada hari tersebut membolehkan Serian menduduki tangga keenam daripada 15 buah daerah yang terlibat yang turut menyaksikan Daerah Sandakan di Sabah yang mencatatkan penyertaan 80,000 orang telah berjaya menduduki tempat pertama.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998