Daerah Kecil Sebauh
 |
| Bangunan lama Pejabat Daerah Kecil Sebauh |
Satu-satunya daerah kecil yang terdapat di Bahagian Bintulu, Daerah Kecil Sebauh
berpotensi berkembang menjadi sebuah daerah yang maju. Daerah Kecil Sebauh mempunyai
kedudukan yang strategik kerana ia bersempadan dengan 4 daerah iaitu daerah
Kapit, Belaga, Baram dan Miri.
Identiti Sebauh
Daerah Kecil Sebauh sering dikaitkan dengan udang galah. Daerah Kecil ini sering
dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari Bintulu yang gemar memancing. Lazimnya,
musim memancing yang sesuai ialah ketika musim kemarau.
Bandar terdekat
Bandar terdekat ialah Bandar Bintulu kira-kira 44 km melalui jalan darat.
Penduduk Sebauh
Mengikut bancian yang telah dilakukan pada tahun 2000, jumlah penduduk yang
terdapat di Daerah Kecil Sebauh ini ialah 21,754 orang. Dari jumlah tersebut
12,000 adalah lelaki manakala 9,4747 adalah perempuan.
Jumlah Kampung / Rumah Panjang
Daerah Kecil Sebauh mempunyai 150 buah rumah panjang dan 6 buah kampung. Antara
pekan utama ialah Pekan Sebauh, Pekan Pandan, Pekan Labang dan Pekan Tubau.
 |
| Deretan bangunan kedai baru Pekan Sebauh (Foto Ehsan Pejabat Daerah
Kecil Sebauh) |
Bagaimana Untuk ke Sana
Pekan Sebauh boleh dihubungkan dengan jalanraya dan sungai. Jalanraya merupakan
nadi perhubungan yang utama bagi penduduk sekitar Pekan Sebauh ke Bandar Bintulu
dan ke Pekan Pandan sejauh 15.5 km. Anda juga boleh menggunakan van dengan tambang
dari Bintulu ke Pekan Sebauh ialah RM5.00.
Sungai utama iaitu Sungai Kemena pula menghubungkan penduduk-penduduk yang
tinggal di kawasan pedalaman Pekan Tubau dan Lubok Tapang dengan menggunakan
bot laju. Walau bagaimanapun perkhidmatan bot laju telah berkurangan dengan
hanya satu perjalanan sehari (pergi dan balik) kerana penduduk lebih cenderung
menggunakan jalanraya.
 |
| Bangunan baru Pejabat Daerah Kecil Sebauh (Foto Ehsan Pejabat Daerah
Kecil Sebauh) |
Aktiviti Pertanian Sumber Ekonomi Utama
Hampir 85% penduduknya berkecim-pung dalam aktiviti pertanian iaitu menanam
padi. Di samping itu ada juga yang menanam tanaman komersil seperti lada hitam
secara kecil-kecilan. Aktiviti pem-balakan masih men-yumbang peluang peker-jaan
kepada penduduknya tetapi jumlahnya kian berkurangan dengan penutupan beberapa
kilang pemprosesan kayu.
Pembukaan Ladang Kelapa Sawit Rancakkan Ekonomi
Dengan pembukaan ladang kelapa sawit oleh beberapa syarikat swasta sejak kebelakangan
ini diharap ia akan dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi di samping menampung
keperluan tenaga kerja bagi penduduk tempatan.
Produk Pelancongan di Sebauh
Daerah Kecil Sebauh memiliki banyak tempat tarikan pelancongan yang mampu diketengahkan
bagi menarik lebih ramai pelancong melawat Sebauh. Antara tarikan tersebut ialah
:
Air Terjun Sebangat, yang terletak di KM 14 Simpang Sebauh, merupakan
tempat yang sering dikunjungi oleh pengunjung pada hujung minggu untuk aktiviti
riadah
 |
|
Bangunan yang menempatkan perpustakaan awam Sebauh dan pejabat cawangan
Lembaga Kemajuan Bintulu bagi Sebauh (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil
Sebauh)
|
dan mandi-manda.
Tua Pek Khong Cina, salah sebuah tokong Cina yang amat unik dan mempunyai
lokasi yang menarik di mana ia dibina di atas sebuah pulau berhadapan dengan
Pekan Sebauh. Dipercayai pulau tersebut mempunyai mitos tersendiri di mana asal-usulnya
dari sebuah kapal yang berlabuh di situ lalu bertukar menjadi pulau selepas
berlaku hujan ribut.
Keriring, peninggalan sejarah kaum Punan yang terletak di Pekan Pandan.
Keriring ini adalah ukiran kayu yang didirikan secara menegak yang digunakan
oleh kaum Punan menyimpan tulang-tulang si mati.
Senarai Nama Pegawai Tadbir (SAO) Yang Pernah Bertugas Di Pejabat Daerah
Kecil Sebauh, Bintulu
- Geoffrey Usa Baling
- Musa Giri
- Jemat Manggie
- David Panggau Sandin
- Henry Ginyom Lajim
- Philip Ado
- Ling Kai Siew
- Ambrose Lamit Danggat
- Terrence Firaon Masir
- Michael Ronnie Langgong
Fakta Daerah Kecil Sebauh
| Keluasan |
2,032 batu persegi |
| Kedudukan |
44 km bandar Bintulu |
| Bilangan Penduduk |
21,754 (tahun 2000) |
| Kegiatan Ekonomi |
Pertanian (70%), Pembalakkan (25%), Bekerja Sendiri (5%) |
| Kemudahan Asas |
Bekalan Air, Elektrik, Telefon, Sekolah Rendah (11), Sekolah
Menengah (1), 3 Klinik kesihatan dan Perpustakaan awam dan Balai Raya
|
| Perhubungan Utama |
Perjalanan darat (Bas, Van dan Kenderaan sendiri) |
| Agensi Kerajaan |
Pejabat Daerah Kecil Sebauh, Jabatan Pertanian, Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perhutanan, Lembaga Kemajuan
Bintulu, Jabatan Kerja Raya, Pos Malaysia, Telekom Malaysia dan SESCO
|
| ADUN / MP |
Dato Sri Tiong King Sing (P.190 Bintulu)
Dr Stephen Rundhee Ak Utom (N.52 Kemena) |
|