Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
State Secretary's View
Januari Menjelang Lagi...

Program dan projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan adalah merupakan usaha kerajaan yang bertujuan untuk memberi faedah kepada rakyat ke arah meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

Kejayaan sesebuah program pembangunan itu tidak tercapai hanya dengan sekelip mata atau bergantung semata-mata kepada ketelitian perancangan fizikalnya atau kedudukan kewangan dan peruntukan yang ada untuk membiayai projek berkenaan.

Malah ia sebenarnya banyak bergantung kepada keupayaan kita (anggota perkhidmatan awam) untuk menyampaikan hasrat dan faedah pembangunan ini kepada golongan sasaran supaya mereka sedar, memahami, berminat dan seterusnya mengambil tindakan untuk turut serta dalam aktiviti pembangunan yang dilaksanakan.

Penglibatan dan penyertaan yang menyeluruh di kalangan masyarakat perlu diberikan keutamaan dan perhatian yang serius.

Ini kerana masyarakat setempat dapat memainkan peranan yang signifikan dari segi memberi maklumbalas terhadap pelaksanaan dasar kerajaan dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam.

Selain daripada itu, kerjasama dan jaringan antara pihak swasta/NGO, wakil-wakil rakyat dan masyarakat setempat dengan anggota perkhidmatan awam akan dapat dipertingkatkan lagi supaya segala sumber dan kepakaran sedia ada dapat digembelingkan untuk menjana pembangunan kawasan terbabit secara terancang, menyeluruh dan bersepadu.

Justeru, sebagai anggota perkhidmatan awam, kita bertanggungjawab membimbing dan menggerakkan masyarakat menuju ke arah itu.

Kenyataan ini mudah diungkapkan namun bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang berat. Oleh yang demikian adalah perlu setiap dari kalangan kita berusaha memperlengkapkan dan mempertingkatkan diri dengan kefahaman berkaitan dasar dan polisi pembangunan.

Bukan setakat itu sahaja, kita harus mampu meningkatkan keupayaan berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang mudah supaya usaha menyebarkan maklumat dan meyakinkan rakyat dapat dilakukan dengan efisyen dan efektif.

Kita juga perlu mampu untuk mengenalpasti dan memahami cara pemikiran dan cara-cara bagaimana rakyat boleh didorongkan supaya dapat bersikap positif dan bersedia untuk menerima perubahan dan bersedia untuk berubah.

Masyarakat yang terlibat dalam sebarang usaha pembangunan harus diyakinkan bahawa projek-projek yang dijalankan tidak semestinya memberi pulangan dalam jangkamasa pendek – tetapi lebih berbentuk pelaburan jangka panjang.

Dalam melaksanakan pembangunan, malah dalam memberikan atau menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkaitan program pembangunan yang akan kerajaan laksanakan, kita tidak dapat tidak akan berhadapan dengan pelbagai situasi. Situasi ini mungkin berupa masalah mahupun kelemahan di pihak kita sendiri dan juga di pihak lain.

Namun walau apapun masalah dan kelemahan yang dihadapi, kita perlu menganggap ianya menjadi satu cabaran. Dalam masa yang sama kita juga tidak boleh berdiam diri tetapi sebaliknya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi mencari pendekatan yang lebih praktikal untuk menanganinya.

Harus dingat, apa yang paling penting dalam pelaksanaan program-program berkenaan, tujuannya yang utama harus sentiasa ke arah memberikan kesan dan impak yang positif kepada target group kita.

Sepanjang hampir 12 bulan yang telah kita lalui tahun ini, adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab itu?

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998