Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) terapkan "Budaya Kerja Selamat Dan Sihat"

Warga kerja JKKP dari semasa ke semasa mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke kilang-kilang bagi memastikan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi

Secara amnya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berperanan untuk menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripatisme, dasar, undang-undang, tata amalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.

Ia juga melaksanakan kegiatan penguatkuasaan dan galakan untuk memastikan majikan, orang bekerja sendiri, pereka bentuk, pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat serta sentiasa mematuhi kehendak-kehendak undang-undang, tata amalan dan garis panduan yang sedia ada.

Dan untuk menyokong usaha itu JKKP akan membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja dan profesional dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan.

Pengarah JKKP Sarawak, Ir. Ibrahim bin Md Dol, berkata kesedaran akan keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan menjurus kepada pembentukan "budaya kerja selamat dan sihat" di kalangan masyarakat.

Pembentukan budaya ini merupakan cara terbaik bagi penyelesaian jangka panjang yang berkesan untuk menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Kita semua sedia maklum untuk membudayakan sesuatu masyarakat memerlukan usaha yang gigih oleh semua pihak dan ianya juga mengambil masa yang agak lama untuk dicapai. Bagi memastikan kejayaan ini, dari semasa ke semasa kita perlu mengkaji sejauh manakah kejayaan yang telah kita capai dan adakah ianya memerlukan perubahan atau pembaharuan terutama dari segi pendekatan yang diambil" katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Tambahnya, Kerajaan komited dengan pembentukan "budaya kerja selamat dan sihat" kerana ianya menjurus kepada pencapaian hasrat mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

"Salah satu usaha kerajaan dalam hal ini ialah mengadakan sistem perundangan yang komprehensif yang merangkumi hampir keseluruhan tempat kerja di negara kita. Perundangan yang dimaksudkan ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta 514 yang telahpun dikuatkuasakan sejak April 1994 lagi"

"Akta 514 ini menjurus kepada keperluan pewujudan budaya di mana pematuhannya memerlukan usaha dan inisiatif yang bermula daripada pihak yang terlibat secara langsung dengan aktiviti di tempat kerja iaitu pihak majikan dan pihak pekerja."

Jelasnya lagi, penyelesaian kepada masalah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja dapat dilaksanakan sekiranya majikan mengambil langkah dengan mengadakan dan melaksanakan sistem pengurusan KKP.

"Namun sistem ini memerlukan komitmen yang tinggi di pihak majikan dan pihak pekerja pula perlu memberi kerjasama sepenuhnya untuk melaksanakan setiap program yang hendak dijalankan oleh majikan"

JKKP turut mengadakan pemeriksaan di ladang-ladang ternakan

"Salah satu elemen terpenting dalam mana-mana sistem pengurusan KKP ialah memberi latihan kepada pihak pekerja oleh majikan. Program latihan ini penting bagi memastikan semua pekerja tahu tentang risiko yang dihadapi di tempat kerja dan cara bagaimana untuk bekerja dengan selamat supaya tidak mendapat kesan negatif daripada risiko tersebut," katanya.

Dalam konteks JKKP di Sarawak juga tidak berbeza di mana aktiviti jabatan di seluruh negara adalah sama. Penetapan standard, penguatkuasaan dan galakan adalah merupakan aktiviti utama JKKP untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang memuaskan.

Penetapan Standard

Di bawah aktiviti ini JKKP mengubal dan menghasilkan peraturan, kod amalan dan garis panduan.

Penguatkuasaan

Sistem penguatkuasaan ini dilaksanakan melalui pemeriksaan dan pendaftaran (bagi kilang dan jentera, misalnya), kelulusan dan pemerakuan bagi jentera serta orang yang kompeten, penilaian, audit, kompaun dan pendakwaan di Mahkamah.

Galakan dan Publisiti

Penggalakan ke atas pematuhan undang-undang dilakukan melalui ceramah, kempen, seminar perdsidangan, TV talk show dan road show di peringkat kebangsaan. JKKP berpendapat bahawa semua pelanggan JKKP perlu diberikan maklumat yang secukupnya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi membantu pelaksanaan dasarnya.

Pelaksanaan semua aktiviti JKKP adalah meliputi semua tempat seperti pengilangan, perlombongan dan pengkuarian, pembinaan, hotel dan restoran, pertanian, perhutanan dan perikanan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi serta perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun. Ia juga termasuk perkara berkaitan kemudahan - gas, letrik, air dan perkhidmatan kebersihan dan juga sektor kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998