Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Mukah Pantas Membangun Mencapai Aspirasi Kerajaan
Tuan Haji Sarudu Hoklai, Residen Bahagian Mukah, mengambil beberapa langkah proaktif dalam melaksanakan pembangunan bahagian Mukah

Dengan keluasan yang merangkumi 2.36 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri Sarawak, Bahagian Mukah yang seluas 6,997.61 km persegi dan didiami oleh kira-kira 102,924 orang penduduk berpotensi besar menjadi sebuah kawasan antara yang pesat membangun di negeri ini.

Sehingga pertengahan 2002, terdapat 160 buah baki projek dalam RMK8 yang akan dilaksanakan di Bahagian Mukah iaitu 66 projek dalam sektor Pentadbiran Am, 30 projek dalam sektor Pertanian dan Pembangunan Tanah, 30 projek untuk Sektor Pengangkutan dan Pembangunan Tanah, 25 projek untuk Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia, lapan untuk Kemudahan Awam dan sebuah projek Perdagangan dan Insustri.

Dalam usaha membangunkan Mukah, sektor pertanian dan perikanan terus dianggap penting memandangkan majoriti penduduk di sini terlibat dalam kegiatan berkenaan di samping menyokong hasrat kerajaan meningkatkan prospek industri perusahaan ringan di sini.

Pertanian komersil terutamanya tanaman kelapa sawit yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 23,623 hektar melibatkan empat pengusaha iaitu Wealth House Sdn Bhd di Pulau Bruit, Lewasan Sdn Bhd di Tebaang, Matu Daro Oil Palm Plantation (PELITA) di Matu-Daro dan Daro Oil Palm Plantation (PELITA) di Daro. Namun, usaha terus dilakukan untuk meningkatkan keluaran tanaman ini.

Malahan, Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Semop dan Balingian yang menekankan kepada pertumbuhan sektor pertanian terus diberi peruntukan besar untuk terus membangun.

Begitu juga dengan projek Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Bersepadu, Tanjung Manis yang melibatkan kos kira-kira RM155 juta telah dibangunkan bagi meningkatkan tahap penerokaan sumber perikanan dan akuakultur di sini.

Pelan Induk Pertanian Pulau Bruit yang dilancarkan pada pertengahan 2001 di Kampung Betanak, Daro pula melibatkan kos kira-kira RM37.3 juta dalam RMK8. Ia melibatkan komponen membina ban dan sistem saliran, membaiki sistem penanaman padi, projek mengeluar sayuran/tanaman singkat, projek ternakan haiwan, projek akuakultur dan projek bekalan air bersih.

Antara kemudahan awam yang disediakan - Perpustakaan Awam Majlis Daerah Mukah & Dalat. Di sini juga menempatkan pejabat (sementara) Pejabat Residen Bahagian Mukah

Mukah melihat pendidikan sebagai salah satu program pembangunan yang strategik. Sehingga kini ia telahpun mempunyai 50 buah pusat pendidikan pra sekolah, 104 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah.

Selain Pusat Giat Mara yang sedia wujud, usaha terus dipergiatkan untuk menubuhkan beberapa Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej Komuniti di Semop dan Mukah (dalam perancangan), Politeknik Mukah di kawasan seluas 60 ekar (dalam pembinaan) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru disiapkan di kawasan seluas 200 ekar berdekatan Sg. Petian Mukah.

Selain itu, PELITA juga telah membangunkan pusat perniagaan baru di Daro dengan 35 unit kedai dua tingkat dan 18 unit gerai berkunci.

Bagi meningkatkan daya tarikan pelancongan di sini, sebuah hotel baru bertaraf 5 Bintang Boulevard Mukah telah dirancangkan untuk dibina di antara Pekan Lama dan Pekan Baru. Begitu juga dengan sebuah Padang Golf yang dirancangkan di antara Mukah dan Sg. Matading.

Mukah pantas membangun

Projek Kompleks Sukan Daro (RM3.3 juta), Stadium Mukah (RM2.5 juta) dan Kompleks Sukan Matu (RM3.3 juta) yang telah dirancangkan untuk dibina di sini pula akan memberi kemudahan berekreasi dan sosial yang lebih selesa kepada penduduk di sini.

Tidak ketinggalan juga projek pembinaan 60 unit rumah kakitangan kerajaan negeri yang dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam tahun 2003.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998