|
Catatan
Perjalanan
Hampir 40 tahun kini kita di Sarawak menikmati kemerdekaan. Sepanjang tempoh
itu, pelbagai pencapaian dan pembangunan yang telah kita kecapi dan nikmati.
Keadaan geografi Sarawak yang luas pada asasnya menyukarkan pembangunan dilaksanakan.
Namun kerajaan tetap berusaha gigih melaksanakan tanggungjawabnya. Sementara
itu kakitangan awam yang merupakan penggerak utama jentera kerajaan telah menyumbang
penuh dedikasi untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk membawa Sarawak melangkah
maju dan muncul sebagai negeri maju menjelang tahun 2020.
Baru-baru ini, serombongan penulis RAKAN Sarawak telah berkesempatan meluangkan
masa mengadakan 'ekspedisi' ke beberapa bandar dan pekan utama di beberapa Bahagian.
Pengalaman yang diperolehi amat berguna dan sepanjang perjalanan itu, ternyata
nampak jelas akan perubahan yang berlaku hasil daripada perancangan pembangunan
yang kerajaan laksanakan.
RAKAN Sarawak telah berkesempatan singgah di Engkilili, Betong, Mukah, Oya,
Bintulu dan Bekenu dan telah juga berkesempatan berjumpa dengan kakitangan awam
di tempat-tempat ini. Ternyata perkhidmatan awam negeri Sarawak memiliki kakitangan
yang dedikasi ... apa tidaknya, mereka ini berani menyahut cabaran kerana sanggup
bertugas di kawasan yang agak terpencil serta serba kekurangan. Namun, mereka
masih dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
Engkilili
 |
Penternakan
ikan dalam sangkar di bawah kelolaan PPK Engkilili di Batang Ai telah berjaya
memberi pulangan yang cukup membanggakan kepada para peserta. Produk ikan
yang dihasilkan mendapat pasaran yang luas terutama di Bahagian Kuching |
 |
Pengurus
Besar PPK Engkilili, En Eddie Nayoi mempunyai peranan besar bagi memastikan
harga produk pertanian di sini termasuklah harga ikan sentiasa stabil.
Ia penting bagi memberi galakan kepada pengusaha baru dan mereka yang
berminat menceburi bidang ini
|
Betong
 |
Dalam
perancangan ... Sebuah kawasan yang baru yang berperanan sebagai pusat pentadbiran
kerajaan sedang dibangunkan di Betong. Apabila siap kelak kawasan ini akan
turut menjadi kawasan kediaman kakitangan perkhidmatan awam |
 |
Beginilah
rupa pembangunan yang kita inginkan ... Residen Betong, En Romie Sigan
mempunyai idea bernas yang sudah pastinya dapat mengetengahkan Betong
sebagai sebuah kawasan antara yang membangun di negeri ini suatu hari
kelak
|
Mukah
 |
Residen
Mukah, Tuan Hj. Sarudu Hoklai memberi taklimat pembangunan di Bahagian Mukah
secara menyeluruh. Menurutnya, Mukah tidak mempunyai masalah untuk membangun
dengan lebih cepat daripada yang dirancangkan sebelum ini kerana di sini
terdapat banyak sumber yang berpotensi untuk dikomersilkan di samping dedikasi
kakitangannya dengan tugas masing-masing untuk membangunkan Mukah
|
 |
Sebuah kompleks
baru sedang dibina yang bakal menempatkan Pejabat Residen Mukah. Kini
Pejabat Residen Mukah masih lagi menumpang di bangunan Perpustakaan Baru
Mukah. Namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk memberikan yang
terbaik kepada masyarakat
|
 |
Program menyusun
semula pekan-pekan yang ada di Bahagian Mukah giat dilaksanakan bagi mempercepat
kegiatan ekonomi masyarakat di sekitarnya. Dalam gambar ialah Pasar Baru
Dalat yang menjadi tumpuan penduduknya mendapatkan keperluan harian di
samping melakukan urusan rasmi
|
Oya
 |
Beginilah
keadaan rumah bagi salah seorang peserta program Homestay Oya yang dikelolakan
oleh PNK Mukah. Program yang dianjurkan ini mampu memberi pendapatan sampingan
kepada penduduk terlibat serta menyokong usaha memajukan industri pelancongan
di sini |
Bekenu
 |
Penglibatan
ahli masyarakat dalam program pembangunan amat diperlukan. Begitulah juga
yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Selanyau di Bekenu, Miri yang sentiasa
mengadakan aktiviti gotong-royong bagi memajukan kampung. Dalam gambar,
penduduk kampung sedang bergotong-royong membersih dan mengindahkan kampung |
 |
Penglibatan
di kalangan wanita dalam pembangunan juga tidak boleh diambil ringan. Syabas
diucapkan kepada Kampung Selanyau kerana wanita di sini juga aktif memainkan
peranan masing-masing dalam pembangunan kampung! |
Bintulu
 |
PPK
Bintulu mempunyai program perkongsian bijak dengan pihak swasta bagi membangunkan
program pertanian dari segi penghasilan produk dan pemasarannya. Program
ini dikatakan telah mampu memberi pulangan yang baik kepada PPK Bintulu
|
 |
Kegiatan
penanaman sayur-sayuran dalam jaring mampu menjimatkan kos penjagaan tanaman
serta mengurang serangan penyakit. Kaedah ini turut digunakan di Bintulu
dan telah berjaya meningkatkan kuantiti dan kualiti produk pertaniannya |
|