A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 

Budaya Kerja Positif Cerminan Pentadbiran Yang Berintegriti

Perkhidmatan awam adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat negeri ini dan menjadi tulang belakang jentera pembangunan untuk membawa negeri ini ke arah pembangunan dan perindustrian selaras dengan wawasan 2020.

Oleh yang demikian, tanggungjawab ini memerlukan anggota perkhidmatan awam menjalankan tugas mereka dengan berkesan dan produktif selain dapat memainkan peranan yang kritikal sebagai fasilitator pertumbuhan ekonomi.

Rasuah, penyalahgunaan kuasa, kerja yang tidak efisyen, pembaziran masa adalah perkara-perkara yang boleh memburukkan nama baik perkhidmatan awam. Ini bukan saja akan mengurangkan kejayaan pencapaian pembangunan negeri tetapi juga akan mengurangkan kepercayaan di kalangan pihak swasta dan pelabur asing. Ini tentulah akan memberi kesan buruk kepada pembangunan ekonomi dan sosial negeri ini.

Kesan ini sebenarnya dapat kita atasi dan hapuskan dengan membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita sebagai individu, anggota masyarakat dan anggota organisasi kita.

Nilai-nilai murni ini datang dari pelbagai sumber. Nilai-nilai murni yang terkandung dalam agama, kebudayaan, didikan keluarga dan sosial semuanya memberi kesan kepada sistem nilai seseorang.

Sistem nilai seseorang merupakan hasil integrasi perasaan, pemikiran dan kepercayaan yang menukar sebab (reasons) kepada perbuatan (action).

Kaedah yang bersih atau suci (virtuous considerations) adalah menjadi asas prinsip moral dan kekuatan di belakang kod etika yang seharusnya kita praktikkan dalam kehidupan kita sebagai individu dan seterusnya diamalkan dalam menjalankan segala urusan harian kita dalam masyarakat dan organisasi tempat kita bekerja.

Oleh kerana nilai merupakan kepercayaan mengenai apa yang betul dan salah, nilai-nilai ini mestilah difahami dengan mendalam oleh anggota perkhidmatan awam. Sepatutnya nilai-nilai ini diserapkan ke dalam sistem kepercayaan (beliefs system) anggota perkhidmatan awam supaya ianya menjadi tingkah laku (behaviour) kita.

Adalah perlu bagi semua anggota perkhidmatan mengamalkan nilai-nilai di dalam sistem kepercayaan kita dan mengubahkan budaya kerja Perkhidmatan Awam kepada satu budaya yang positif yang menggambarkan pentadbiran yang berintegriti, saksama dan efisyen.

Ini akan menimbulkan kepercayaan orang awam dan pihak swasta kepada Perkhidmatan Awam. Ia membolehkan kerjasama di antara awam dan swasta yang merupakan elemen penting di dalam usaha kita untuk membangunkan negeri ini.

Untuk anggota Perkhidmatan Awam sendiri, nilai-nilai ini akan memupuk semangat yang sihat dan positif terhadap kerja dan membentuk peribadi yang mulia di pejabat dan juga luar pejabat. Ini akan meninggikan lagi kemahuannya untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan lagi.

Di negara kita, Perkhidmatan Awam telah dikaitkan dengan tiga nilai yang penting iaitu Bersih, Cekap dan Amanah. Perkhidmatan Awam kita telah berusaha dari semasa ke semasa untuk memupukkan budaya kerja yang baik dan nilai yang positif di kalangan anggotanya.

Sebagai Perkhidmatan Awam yang bersih, kita dikehendaki menjaga kebersihan setiap masa di dalam semua aspek.

Ini termasuklah mempunyai nilai moral dan cara hidup yang bersih dan merangkumi ciri-ciri keikhlasan, tidak memihak kepada sesiapa, peramah, setia dan tidak keterlaluan.

Cekap merangkumi ciri-ciri ketegasan, produktif, proaktif, tegas dalam membuat keputusan dan penuh kepercayaan kepada diri sendiri (confident). Ciri-ciri ini boleh dicapai dengan latihan serta praktik yang berterusan di samping sentiasa ingin untuk mempelajari dan meningkatkan tahap prestasi diri.

Amanah memberi pengertian kejujuran (honesty), tanggung-jawab dan kesetiaan (respon-sibility and accountability) meru-pakan ciri-ciri yang sepatutnya menjadi asas kepada anggapan atau pelakuan (attitude) setiap anggota Perkhidmatan Awam di dalam menjalankan tugasnya.

Adalah diharapkan kita dapat membudayakan nilai-nilai ini ketika melaksanakan tugas seharian kita. Selain daripada itu adalah perlu setiap anggota Perkhidmatan Awam kita turut membudayakan nilai-nilai seperti Boleh dipercayai (trustworthiness; Bertanggungjawab (responsible); Ikhlas (sincere); Kebaktian (dedication); Kesederhanaan (moderation); Kerajinan (diligence); Pembawaan bersih (clean conduct); Kerjasama (cooperativenss); Kehormatan (honourable) dan Bersyukur (gratitude).

Gabungan semua ini akan mengalakkan seseorang itu menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugasnya selain akan menjadi peringatan kepada anggota perkhidmatan awam kita akan peranannya sebagai penjawat awam (pemegang amanah rakyat). Ini seterusnya akan membolehkan seseorang itu menjadi seorang yang mempunyai prinsip tinggi baik di rumah mahu pun di pejabat.

Dengan perubahan kepada anggota Perkhidmatan Awam, struktur Perkhidmatan Awam juga dapat diubah supaya menjadi lebih bersih dan efisyen. Ini diharap akan menjadi asas yang kukuh untuk membina satu pentadbiran yang bersih, efisyen dan boleh dipercayai yang diperlukan untuk mencapai aspirasi negeri ini.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998