A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 

“Program DBKU Bersama Masyarakat” Di Pusat Hidupan Liar, Matang
...Tingkatkan Kesedaran Warga Kota

Ketua Masyarakat dapat bekerjasama dengan PBT bagi mewujudkan kesedaran alam sekitar
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sentiasa prihatin terhadap kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan warga kotanya. Ini dibuktikan apabila Datuk Bandar DBKU, Haji Madehi Kolek “turun padang” mengetuai rombongan lawatan bersama 20 ketua masyarakat dalam kawasan pentadbirannya ke Pusat Hidupan Liar, Matang baru-baru ini (29 Disember 2001 lepas).

Komitmen pelbagai pihak diperlukan terutama pemimpin masyarakat bagi bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) membudayakan masyarakat dalam aspek pemeliharaan alam sekitar. Lawatan tersebut bukan sahaja memberi kesedaran, tetapi pengalaman lawatan ini dapat memberikan gambaran pentingnya aspek alam sekitar yang kian diabaikan oleh warga kota. Melalui program ini semua yang terlibat dapat melihat secara dekat, dan mencari penyelesaian peranan yang dapat dimainkan bagi meningkatkan keadaan tersebut.

Datuk Bandar DBKU bersama dengan pegawai Taman Hidupan Liar Matang dan 20 orang pemimpin masyarakat
Datuk Bandar, Haji Madehi Kolek menekankan perkara ini dalam ucapannya selepas lawatan tersebut mengelilingi Pusat Hidupan Liar, Matang. DBKU sentiasa mengutamakan pembangunan masyarakat bagi mengimbangi pembangunan fizikal yang telah disediakan. Ia juga dilihat salah satu usaha DBKU dalam memupuk persefahaman, mencari penyelesaian masalah dan mendekati masyarakat agar program pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Program DBKU bersama masyarakat” ini adalah sebahagian daripada usaha bagi mendidik warga kota menghargai khazanah alam sekitar. Kesedaran perlu diwujudkan kerana alam sekitar adalah warisan generasi akan datang. Ketua masyarakat sebagai agen perubahan juga digalakkan mengadakan program yang khusus kepada golongan belia di kawasan mereka masing-masing. Sesuatu yang harus dihayati bersama ialah penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

“Program DBKU bersama masyarakat” ini adalah yang kedua dijalankan pada tahun ini selain aktiviti kemasyarakatan yang lain. Pada tahun 2002, DBKU akan menganda usaha dan program bagi mendidik warga kota agar lebih menghargai aspek kebersihan dan alam sekitar bagi mencapai objektif ini.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998