A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 

Fokus Khas: Pengangkutan Udara

Pemangkin Pembangunan Luar Bandar Kemudahan pengangkutan yang efektif dan efisien merangkumi pengangkutan udara, air dan darat amat penting bagi perhubungan dan memudahkan semua aktiviti sosial dan ekonomi dilaksanakan.

Sungguh pun demikian, pembangunan ekonomi yang pesat, bentuk fizikal muka bumi dan corak petempatan penduduk yang bertaburan di negeri ini, menyebabkan kemudahan pengangkutan udara terus menjadi pilihan penduduk khususnya di kawasan luar bandar.

Kerana itu juga, kepentingan pengangkutan udara di negeri ini telah menarik perhatian kerajaan untuk terus membangunkan prasarana pengangkutan udara di seluruh bahagian, selaras dengan keperluan yang semakin meningkat.

Dalam konteks Sarawak, peranannya untuk menghubungkan kawasan pedalaman yang sukar dihubungi melalui jalan darat seperti di Kapit, Miri dan Limbang sentiasa menjadi keutamaan.

Hasilnya, beberapa lokasi yang strategik telah dibangunkan dengan pembinaan lapangan terbang yang lebih baik seperti projek menaik taraf Lapangan Terbang Long Akah dan Lapangan Terbang Ba Kelalan di bawah RMK-7.

Usaha itu diteruskan dengan menaik taraf landasan terbang Pa’Dalih di Baram untuk memperbaiki landasan yang telah dibina secara gotong-royong oleh orang ramai pada tahun 1996. Kos yang terlibat dianggarkan sekitar RM1.5 juta di bawah RMK-8.

Kerajaan Pusat juga telah memperuntukkan RM1 juta untuk pembinaan terminal baru Lapangan Terbang Long Seridan di bawah RMK-8. Ia bertujuan menggantikan terminal lama yang telah dibina pada tahun 1978. Landasan terbang sepanjang 1,800 kaki juga telah ditar dengan kos sebanyak RM1.4 juta pada tahun lalu.

Baru-baru ini, Kerajaan Pusat juga telah meluluskan pemanjangan landasan terbang Sibu daripada 1,981 meter kepada 2,745 meter supaya dapat menampung pesawat Boeing 747.

Justeru, usaha berterusan untuk membina lapangan terbang baru dan menaik taraf lapangan terbang sedia ada di seluruh bahagian di Sarawak, menunjukkan betapa tingginya komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan infrastruktur, terutamanya yang bersangkutan dengan sistem pengangkutan.

Lapangan Terbang

Tanjung Manis

Tanjung Manis telah dikenalpasti berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah pelabuhan dan kompleks perikanan laut dalam serta industri yang berasaskan pertanian.

Di antara usaha yang telah dilaksanakan ialah dengan mengadakan kemudahan untuk industri berasaskan kayu, industri berasaskan perikanan laut dalam, industri berat seperti limbungan untuk pembinaan dan pembaikan kapal serta pembinaan lapangan terbang yang baru.

Pembinaan Lapangan Terbang Tanjung Manis oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah dimulakan pada Februari 1999, di atas tapak seluas 500 ekar, berhampiran Kampung Jerijeh.

Lapangan terbang dengan landasan sepanjang 1500 meter ini menelan kos sebanyak RM57.7 juta berbanding kos yang dianggarkan berjumlah RM43.403 juta, disebabkan pemanjangan landasan bagi membolehkannya mengendalikan pesawat jenis Dash 8-300 Series dan Fokker 50.

Sehubungan itu, pembinaan Lapangan Terbang Tanjung Manis dan pembinaan rangkaian jalan raya pesisir di negeri ini adalah tepat pada masanya bagi menyokong pembangunan industi berasaskan perikanan dan akuakultur serta industri berasaskan pertanian yang lain.

Tambahan pula, kedudukan Tanjung Manis yang strategik di pertengahan pembangunan Wilayah Tengah Sarawak diharap dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di kawasan Lembah Rejang pada masa-masa akan datang.

Dengan adanya kemudahan infrastruktur dan perhubungan yang baik, sudah pasti kawasan tersebut dapat menarik lebih ramai pelabur tempatan berebut peluang ini untuk bergiat dalam industri berasaskan eksport.

Lapangan Terbang Baru

di Limbang

Pembinaan lapangan terbang bukan sahaja untuk memudahkan pergerakan dan perhubungan penduduk bagi tujuan sosial, malah kepentingannya juga dapat diperhatikan daripada segi sumbangannya kepada sektor ekonomi seperti pelancongan di sesuatu kawasan.

Di Sarawak, penggunaan pengangkutan udara meningkat dengan begitu ketara terutamanya pada musim cuti untuk tujuan sosial di semua lapangan terbang di negeri ini.

Sehingga Mei 2001, berlaku peningkatan 12 peratus daripada segi ketibaan pelancong iaitu 960,000 orang berbanding tempoh yang sama tahun lalu di semua lapangan terbang di Sarawak.

Lapangan terbang Limbang juga tidak ketinggalan apabila ia mencatatkan peningkatan bilangan penumpang daripada 59,674 orang pada tahun 1999 kepada 71,526 orang pada tahun 2000.

Oleh itu, projek pembinaan sebuah lapangan terbang baru yang bernilai RM130 juta di atas tanah seluas 242 hektar, 6 km dari bandar Limbang, dilaksanakan dan dijangka siap pada bulan September 2003.

Projek ini yang dimulakan pada tahun lalu di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya, melibatkan pembinaan landasan sepanjang 1,500 meter, bangunan terminal dan bangunan unit penyelamat.

Apabila siap kelak, ia akan dapat menampung pesawat jenis Fokker 50 di samping ruang untuk orang awam dan tempat letak kereta yang lebih sempurna untuk keselesaan pengguna.

Lapangan Terbang Bintulu

Bandar Bintulu merupakan antara bandar yang pesat membangun di negeri ini berikutan pembangunan Empangan Bakun, Projek MLNG3 (Gas Cecair Asli Malaysia-3) serta industri pulpa dan kertas.

Oleh itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Kerja Raya Sarawak telah meluluskan pembinaan lapangan terbang baru di Bintulu, memandangkan keperluan yang kian meningkat untuk kemudahan-kemudahan di lapangan terbang yang sedia ada.

Projek pembinaan lapangan terbang baru yang bernilai RM351 juta ini dibuat di atas tanah seluas 580 hektar dan dijadualkan siap menjelang Mei 2003.

Lapangan terbang baru yang terletak di Jalan Bintulu-Tatau, 20 km dari bandar Bintulu, dibina dengan landasan sepanjang 2,200 meter, bagi membolehkan ia menampung pesawat daripada jenis Boeing 737-400.

Bangunan Terminal Lapangan Terbang Bintulu direka supaya dapat memuatkan seramai 300 orang pengguna pada satu masa, serta tempat meletak kenderaan yang mampu menampung sebanyak 300 buah kenderaan.

KLIA Berhad iaitu sebuah syarikat yang terbabit dalam pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa tahun lalu, telah diberi peranan untuk melaksanakan projek ini yang dimulakan pada bulan November 2000, berikutan pengalaman luas syarikat berkenaan.

Rekabentuk dan kemudahan di lapangan terbang ini juga dirancang khas bagi memastikan ia dapat berfungsi untuk jangka masa panjang, di samping memberi keselesaan kepada pengguna.

Dengan siapnya lapangan terbang ini kelak, ia akan dapat meningkat dan merangsang kegiatan ekonomi serta sosial di Bintulu bagi menjana pembangunan yang lebih mapan.

Lapangan Tarikh Kapasiti Kemudahan

Terbang Operasi

Kuching 1940 (Lama) B747 Landasan terbang, bangunan terminal,

1983 (Baru) 6 jejantas udara, bangunan kargo

Sibu 1952 (Lama) B737 Landasan terbang, bangunan terminal,

1994 (Baru) 2 jejantas udara

Bintulu 1957 (Sekarang) B737 Landasan terbang, bangunan terminal,

2004 (Dalam Pembinaan) 2 jejantas udara (lapangan terbang baru)

Miri 1966 (Sekarang) A300 Landasan terbang, bangunan terminal,

2004 (Dalam Pembinaan) 2 jejantas udara (lapangan terbang baru)

Limbang 2004 (Dalam Pembinaan) F50 Landasan terbang, bangunan terminal

Lawas 1961 (Lama) Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

1996 (Baru)

Marudi 1959 (Dinaik Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

Taraf-siap Okt. 2001)

Mulu 1992 (Lama) F50 Landasan terbang, bangunan terminal

2002 (Dalam Pembinaan)

Bario 1961 (Lama) Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

1996 (Baru)

Bakelalan 1973 (Lama) Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

1997 (Baru)

Long Seridan 1971 (Lama) Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

Ogos 2001 (Ditar semula)

Long Lellang 1971 (Lama) Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

Ogos 2001 (Ditar semula)

Mukah 1958 (Lama) Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

1988 (Baru)

Long Akah Ogos 2001 (Ditar semula) Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

Long Semado 1995 Twin Otter Landasan terbang, bangunan terminal

Sumber: MAB

Jumlah Penumpang dan Kargo Mengikut Tahun

Lapangan Jumlah Penumpang (orang) Jumlah kargo (kilo)

Terbang 1998 1999 2000 1998 1999 2000

Kuching 2,022,158 2,240,326 2,645,080 18,559,201 22,330,953 24,200,152

Sibu 534,882 574,013 657,117 1,478 1,745 1,874

Bintulu 326,554 322,922 350,651 780,102 977,991 1,160,917

Miri 828,617 887,177 1,049,561 4,792,518 4,613,283 5,304,935

Limbang 70,292 59,674 71,526 210,510 315,236 216,526

Lawas 49,049 48,785 54,169 3,264 – 61,891

Marudi 39,439 39,397 42,659 164,118 162,682 236,967

Mulu 24,762 26,940 31,016 3,315 473 –

Bario 7,286 7,903 9,628 587,972 603,284 630,197

Bakelalan 4,282 4,631 – 82,164 156,577 –

Long Seridan 752 – – 304 – –

Long Lellang 1,181 1,225 – 22,555 19,730 –

Mukah 21,797 10,960 23,176 14,075 7,797 11,364

Long Akah – – – – – –

Long Semado 43 – – – – –

Sumber: MAB

Lakaran artis terhadap Lapangan Terbang Limbang yang baru dan sedang dalam pembinaan

Bangunan terminal Lapangan Terbang Tanjung Manis yang moden dapat memberi keselesaan terhadap pengguna

Kemudahan pengangkutan udara yang efektif sentiasa menjadi agenda kerajaan untuk terus membangunkan negeri ini

Penggunaan pengangkutan udara semakin meningkat di kawasan luar bandar

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998