A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 

Jabatan Kebajikan Masyarakat…
Agensi Pengerak Pewujudan Asas Masyarakat Penyayang

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditubuhkan dengan tujuan ingin merealisasikan dasar kebajikan masyarakat negara iaitu "masyarakat teguh untuk kemajuan negara".

Selain bantuan kewangan, JKMNS turut memberikan latihan menggunakan/mengendalikan komputer kepada OKU
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memikul tanggungjawab besar iaitu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi seperti yang termaktub dalam Cabaran Ke 7 Wawasan 2020 negara.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah dinaiktaraf pada Februari 1993, ini mempunyai misi iaitu bertekad untuk meningkatkan kesejahteraan golongan yang bermasalah dan berkeperluan.

Sasaran utamanya ialah kanak-kanak, remaja, pesalah sosial, orang kurang upaya (OKU), golongan miskin, wanita, orang tua, pesakit melarat, keluarga, mangsa bencana dan golongan tertentu.

Atas dasar itu, Jabatan ini telah mengariskan 3 strategi dasar iaitu:

• membangunkan potensi manusia ke tahap optimum serta meningkatkan daya ketahanan masyarakat untuk menghadapi cabaran kemasya-rakatan semasa

• mewujudkan pelbagai kemudahan supaya dapat meningkatkan tahap keupayaan untuk kemajuan diri individu & kelompok

• membina dan memupuk semangat tolong menolong dan bantu-membantu untuk mengukuhkan budaya ikram.

Salah sebuah bengkel jahitan yang terdapat di Pusat Pemulihan Samarahan kendalian JKMNS
Jabatan ini juga mempunyai objektif untuk mempertingkatkan keupayaan individu, keluarga dan komuniti dalam konteks pem-bangunan sosial.

Selain itu, ia juga mencegah berlakunya masalah sosial, melindungi dan memulih mangsa akibat pergolakan sosial dan bencana alam, memberikan sokongan kepada pertubuhan kebajikan sukarela dan agensi-agensi lain.

JKMNS mempunyai seramai 250 orang kakitangan, termasuk 26 kakitangan sementara dan 58 orang kakitangan persekutuan.

Jabatan Kebajikan Bahagian mempunyai pejabat di semua bahagian dan daerah kecuali Daerah Matu dan Dalat.

Manakala terdapat 6 institusi merangkumi 4 institusi negeri dan 2 institusi persekutuan.

Empat institusi negeri ialah Rumah Seri Kenangan (RSK) iaitu RSK Kuching, RSK Sibu, RKK Sri Aman dan Pusat Pemulihan Samarahan dan insititusi persekutuan pula ialah Sekolah Tunas Bakti Kuching dan Taman Seri Puteri Miri.

Untuk matlumat berkaitan agensi ini, sila hubungi:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
Tkt. 11, Wisma
Saberkas, Jalan Green,
93564 Kuching

Tel: 082-413055
Fax: 082-256710

Bilangan Kes Kendalian JKMNS Tahun 2000

A. Bantuan Bulanan

Jenis Bantuan Bilangan Kes
Bantuan Am 11,589
Bantuan Orang Tua 2,206
Elaun Pekerja OKU 125
Bantuan Kanak-Kanak 157
Elaun Belia Beliawanis 23
Jumlah Kecil 14, 109

B. Bantuan one-off

Jenis Bantuan Bilangan Kes
Bantuan Sekolah 1,479
Alat Tiruan 72
Bekas Pesakit 221
Terdampar 7
Pengkebumian Jenazah 69
Geran Pelancaran 12
Jumlah Kecil 1,860

C. Bantuan Bencana

Jenis Bantuan Bilangan Kes
Kebakaran 100
Ribut 81
Kemarau 144
Banjir 34
Bantuan Beras 6
Tanah Runtuh 8
Jumlah Kecil 373

JUMLAH BESAR (A)+(B)+(C) 16,342

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998