Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Teras Utama Pembangunan Pertanian Pada Masa Hadapan (Bahagian Akhir)

Usaha membangunkan sektor pertanian negara memerlukan jangka masa yang panjang, terutamanya jika perancangan itu melibatkan dasar dan polisi kerajaan. Kerana itu usaha yang dilaksanakan hari ini mungkin hanya dapat dinikmati beberapa tahun dari sekarang, atau mungkin juga 10 tahun.

Sebahagian daripada usaha itu pula mungkin perlu dilaksanakan untuk bertahun-tahun sebelum hasilnya mula dinikmati. Sungguhpun demikian, ia tetap perlu dilakukan bagi memastikan sektor pertanian negara terus berkembang dan disesuaikan dengan suasana ekonomi semasa.

Teras utama pembangunan atau hala tuju sektor pertanian negara terkandung dalam syarahan awam yang disampaikan oleh YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Tajuk syarahannya ‘Mencergas Dan Meransangkan Pembangunan Pertanian Dan Industri Asas Tani’ telah disampaikan di Universiti Putra Malaysia pada April 2004.

Bersesuaian dengan DPN3 dan langkah bagi menangani isu-isu dalam dan luar negara, usaha-usaha berikut akan diberi keutamaan :

(i) Meningkatkan Daya Saing Pengeluaran Makanan

(ii) Mengurangkan Defisit Imbangan Dagangan Untuk Makanan

(iii) Meningkatkan Pelaburan Swasta

(iv) Membangunkan Sumber Manusia Mahir

(v) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri

(vi) Memperkemas Sistem Sektor Awam

(I) Meningkatkan Daya Saing Pengeluaran Makanan

Program-Program Jaminan Hasil Makanan

Beberapa program jaminan kualiti hasil pengeluaran ladang dan pemprosesan yang sedang dilaksanakan adalah Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) oleh Jabatan Pertanian, Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) dan Veterinary Health Mark (VHM) oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, dan Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) oleh Jabatan Perikanan.

Dua lagi program jaminan kualiti hasil makanan ialah Skim Organik Malaysia (SOM) oleh Jabatan Pertanian dan Quality Assurance System (QAS) oleh MARDI.

Melaksana Pendekatan Baru

Keutamaan kepada industri padi dan beras serta Dasar Pengeluaran Makanan Strategik, ternakan dan perikanan laut dalam. Kaedah baru akan dikenalpasti untuk memastikan bahawa pertubuhan-pertubuhan petani dan nelayan membantu meningkatkan pendapatan ahli sekaligus menaikkan taraf hidup mereka.

Meningkatkan Penggunaan Teknologi

Petani, penternak dan nelayan diberi pendedahan kepada penggunaan teknologi terkini menerusi projek demonstrasi. Antaranya ialah Projek Sepuluh Tan
Padi, Program Fertigasi Tanaman, Program Inkubator Industri Kecil dan Sederhana, Sistem Rumah Tertutup Ayam dan Amalan Pertanian/Ternakan/Akuakultur Yang Baik.

MARDI juga akan meningkatkan pemindahan teknologi dan inovasi kepada usahawan kecil dan sederhana dan syarikat swasta yang terlibat dalam industri asas tani menerusi program seminar, mengadakan pameran bergerak, menubuhkan pusat maklumat teknologi dan mengadakan ladang contoh di stesen-stesen MARDI.

Mewujudkan Bidang-bidang Pertumbuhan Baru

Beberapa bidang baru berpotensi dimajukan ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, minimally processed food dan produk-produk bioteknologi seperti sel kultur, pharmaceutical, nutraceutical, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan. Inisiatif-inisiatif baru akan diambil olah Jabatan dan agensi di bawah Kementerian untuk bekerjasama dengan pihak swasta bagi menerokai bidang-bidang ini.

(II) Mengurangkan Defisit Imbangan Dagangan Untuk Makanan

Meningkat Pengeluaran Dan Menerokai Pasaran Antarabangsa

Sasaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) ialah supaya defisit imbangan dagangan yang sedang dialami akan mencapai lebihan menjelang tahun 2010. Produk-produk yang dikenalpasti mampu menyumbang ke arah itu ialah ikan dan produk ikan, daging dan produk daging, buah-buahan, binatang hidup, telur, kopi, teh dan rempah. Penjenamaan Malaysia’s Best oleh FAMA diharap dapat meluaskan lagi pemasaran pengeluaran pertanian di dalam dan luar negara.

Membangun Kawasan Pengeluaran Berteraskan Cluster

Antaranya ialah Zon Pengeluaran Buah-buahan, Target Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Tujuannya ialah untuk membangunkan komoditi dan produk berteraskan daerah industri di mana pemasaran, pengeluaran, inovasi dapat dirancang dan dilengkapkan dengan infrastruktur sokongan.

(III) Meningkatkan Pelaburan Swasta

Mewujudkan Pusat Perkhidmatan Setempat

Pusat Setempat telah diwujudkan pada 2003 menerusi penubuhan Agri-Food Business Development Centre di KPIAT. Pusat itu menyediakan perkhidmatan portal, runding cara dan pusat maklumat setempat bagi pelabur dan syarikat swasta untuk mendapat maklumat tentang industri pertanian dan makanan.

Menyediakan Insentif

Sehingga pertengahan 2004, kira-kira 128 permohonan insentif telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM916.9 juta. Usaha diteruskan untuk mengenalpasti insentif-insentif baru yang boleh disediakan bagi meningkatkan lagi keyakinan sektor swasta melibatkan diri dalam projek pertanian dan industri asas tani.

Menyediakan Pembiayaan Pinjaman


Bank Pertanian Malaysia (BPM) menawarkan beberapa pinjaman mudah seperti Tabung Untuk Makanan (3F), Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (Skim MPPB), Skim Pembiayaan Mekanisasi & Automasi Pertanian (Skim MAP) dan Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS) dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM300 juta, RM33 juta, RM18 juta dan RM20 juta dalam RMK8.

Pada tahun 2002, kira-kira 22 ribu pemohon telah ditawarkan pinjaman bernilai RM1,180.7 juta.

Panel Penasihat Pertanian Dan Industri Asas Tani

Penubuhan Panel Penasihat Kebangsaan Pertanian dan Industri Asas Tani yang dianggotai oleh wakil-wakil yang terdiri daripada tokoh-tokoh sektor swasta dan awam. Panel itu akan memberi sumbangan buah fikiran dan idea baru untuk meningkatkan lagi daya saing sektor pertanian dan mengatasi cabaran-cabaran dan isu-isu semasa.

(IV) Membangunkan Sumber Manusia Mahir

Menubuhkan Kolej Pertanian Malaysia

Salah satu pra-syarat yang menentukan kejayaan sektor pertanian adalah penawaran tenaga mahir yang mencukupi. Sehubungan itu, Kerajaan berusaha menubuhkan Kolej Pertanian Malaysia di Kedah.

Mengkaji Semula Pengajian IPT

Institut-institut pengaiian tinggi di negara perlu mengkaji semula pengajian dan kurikulum yang disediakan supaya dapat melahirkan graduan yang sesuai selaras dengan kehendak industri.

Penyertaan Golongan Muda

Usaha akan dipertingkat untuk menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian melalui pendedahan golongan itu kepada peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan sebagai kerjaya. Program Tunas Mekar akan diteliti untuk dilaksanakan dalam sektor pertanian secara besar-besaran.

(V) Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri

Peranan Kerajaan Negeri

Pembangunan pertanian memerlukan tanah yang terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, kejayaan projek pertanian adalah bergantung kepada kelulusan Kerajaan Negeri dan syarat-syarat lain yang dikenakan kepada para pengusaha. Kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua Kerajaan Negeri bagi menjalinkan kerjasama.

(VI) Memperkemas Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam

Penyusunan Semula Kementerian dan Jabatan

Ketika ini KPIAT mempunyai 12 jabatan dan agensi. Sungguhpun begitu, nisbah pegawai dan petani akan dilihat semula supaya bilangan yang ditempatkan di peringkat negeri dan daerah adalah pada tahap yang bersesuaian dengan bilangan petani, penternak dan nelayan supaya perkhidmatan yang lebih cekap dapat diberikan.

Bank Pertanian Malaysia juga dicadangkan untuk dikorporatkan bagi membolehkan Bank tersebut memperkemaskan keupayaannya menyedia perkhidmatan perbankan kepada golongan sasar. Konsep ‘ MOA Inc.’

Pelaksanaan konsep Ministry of Agriculture Incorporated (MOA Inc.) untuk mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan. Ia dilakukan melalui penggembelingan seluruh pemikiran, tenaga dan sumber manusia daripada semua jabatan dan agensi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat nasihat teknikal, pembiayaan kredit, penyediaan infrastruktur, aspek pemasaran dan pengurusan pertanian moden.

Memperkukuh Penyelarasan Pelaksanaan Projek

Beberapa jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mengawasi secara hands-on pelaksanaan projek-projek penting. Jawatankuasa Meningkatkan Pendapatan Petani, Penternak Dan Nelayan juga akan ditubuhkan untuk mengawasi prestasi program dan projek. Selain itu, sebuah Jawatankuasa Pembangunan Akuakultur akan ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan projek Zon Industri Akuakultur dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan Negeri.

Penubuhan Pasukan Audit pula akan mengkaji semula semua projek yang dilaksanakan oleh Jabatan dan agensi dari segi keberkesanan projek berkenaan untuk menepati objektifnya dan membuat keputusan dari segi kedudukan pelaksanaan projek pada masa hadapan.

Penutup

Kerajaan mempunyai sumber terhad untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan pertanian termasuk untuk membina infrastruktur pertanian, jentera dan peralatan, latihan dan pemindahan teknologi serta penyusunan kawasan tanaman.

Kerana itu masyarakat tani perlu merebut peluang daripada infrastruktur dan bantuan yang disediakan oleh itu. Lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan ketika ini untuk menangani masalah kemiskinan tegar berkait rapat dengan masyarakat luar bandar yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian. Aktiviti pertanian sebenarnya mampu memberikan pendapatan yang baik seperti yang telah ditunjukkan oleh negara maju seperti Belanda yang bergantung kepada sektor pertanian.

Kerana itu perubahan sikap, komitmen dan inisiatif daripada petani, penternak dan nelayan merupakan pemangkin dalam menjayakan segala usaha yang
dilaksanakan oleh Kerajaan. Bagi sektor swasta pula, mereka perlu dapat melihat bagaimana perkongsian pintar dapat dijalinkan untuk bersama-sama memajukan sektor pertanian negara.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998