Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bintulu Terus Membangun Seiring Masa

Empangan Kelalong, sumber bekalan air bagi Bintulu

Pembangunan sesebuah bandar bukan hanya boleh dinilai dengan berapa jumlah bangunan pencakar langit yang ada atau pun berapa jumlah kilang dan kawasan industri yang diwujudkan, sebaliknya ia harus dilihat dari aspek yang lebih dekat dengan rakyat seperti perkembangan kampung di kawasan setempat serta taraf hidup masyarakat keseluruhannya.

Melihat aspek itu maka Kampung Jepak di Bintulu adalah contoh yang terdekat dan terbaik, ini kerana dari sifat tradisionalnya kampung ini kini telah membangun seiring dengan tuntutan semasa pembangunan Bintulu keseluruhannya.

Kampung Jepak kini telah berubah wajah menjadi sebuah kampung yang moden, yang dilengkapi dengan semua kemudahan asas yang diperlukan. Meniti sejarahnya, kampung ini adalah sebuah kampung tradisi tertua yang terletak di seberang Batang Kemena berhadapan dengan Bandar Bintulu.

Penduduk kampung ini pada asalnya terdiri daripada golongan petani dan nelayan. Tetapi kini dari sejumlah kira-kira 5,000 orang penduduknya ramai di antara mereka adalah kakitangan agensi kerajaan dan juga syarikat swasta.

Kampung Jepak boleh dihubungi dengan jalan raya. Perahu tambang dan juga feri yang menyemberangi Batang Kemena. Walaupun ‘ketradisian’ nya hampir lemas ditengelami pembangunan namun yang menariknya kampung ini sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran sebenar wajah ‘Bintulu
Lama’ sebelum zaman penemuan gas asli di persisir pantainya. Di kampung ini kegiatan seperti membuat ikan kering, belacan, cencalok dan juga pemprosesan sago masih dilakukan secara aktif seperti pada zaman awal kewujudannya.

Kuarters kakitangan Jabatan Laut Sarawak Bintulu

Apa pun, pembangunan adalah suatu proses yang perlu berlangsung secara berterusan, namun apa yang lebih penting ialah kita serta semua penduduk Bintulu harus menghargai masa lalu kerana ia telah menjamin keselesaan yang kita kecapi kini. Biarkan yang telah berlalu itu wujud sebagai satu tinggalan sejarah seperti Tugu Dewan Undangan Negeri Sarawak, sebaliknya langkah ke hadapan perlu diatur rapi bagi memastikan apa yang bakal dicapai, dibina atau diwujudkan juga akan menjadi satu sejarah yang akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Itu perkara yang menjadi peringatan setiap kali sesuatu pembangunan baru dilaksanakan, bukan sahaja di Bintulu tetapi juga di mana-mana, iaitu semoga ia juga menjadi satu sejarah kegemilangan pembangunan yang dihargai. Dengan itu, Kerajaan Negeri Sarawak telah merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Bintulu bagi memastikan penduduknya mendapatkan yang terbaik dalam kemudahan dan keperluan asas.

Antara projek yang berkaitan ialah seperti Empangan Kelalong, Lapangan Terbang Baru serta pembinaan beberapa jalan raya termasuk jambatan bagi memudahkan perhubungan penduduknya, baik di dalam Bahagian Bintulu mahu pun keluar ke Bahagian lain di Sarawak.

Empangan Kelalong dibina bukan untuk tujuan menjana bekalan eletrik sebaliknya untuk memenuhi keperluan bekalan air penduduk di Bintulu. Mula dibina pada April 2002 dan siap pada jun 2004, membabitkan berjumlah RM100 juta, empangan ini mampu memenuhi keperluan air bagi penduduk Bintulu serta perkembangan sektor perindustiannya yang bertambah dan berkembang pesat.

Manakala, jaringan perhubungan melalui jalan raya bagi memudahkan pergerakan dan pengangkutan juga tidak dilupakan iaitu melalui projek naik taraf jalan-jalan utama di Bintulu. Antaranya jalan ke Bandar Samarakan dan Borneo Pulp and Paper sepanjang 35.2 km dengan nilai kontrak kira-kira RM47 juta. Jalan Balingian/Kuala Balingian/ Kuala Tatau/Bintulu yang melibatkan jarak sejauh 60 km, jalan pesisir yang dibina untuk menghubungkan Jalan Balingian, Kuala Balingian, Kuala Tatau dan Bintulu yang membabitkan kos kira-kira RM31 juta. Dan projek menaiktaraf Jalan Sibu - Bintulu dari kawasan Kemena ke Persimpangan Jalan Tanjung Kidurong ke Pelabuhan Bintulu dengan nilai kontrak RM73 juta serta Jalan dari Kidurong ke Bakam sejauh Sibu kira-kira 180 km. Juga Jambatan Baru Kemena yang berukuran 456 meter panjang dan 10.85 meter lebar.

Kemudahan pusat niaga di Kampung Jepak
Sekolah Menengah Assyakirin



Keperluan pendidikan turut diberi perhatian di Bintulu dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK8), ini dibuktikan dengan pembinaan lima buah sekolah baru di Bintulu. Manakala empat lagi masih dalam perancangan dan sebuah sekolah lagi mendapat bangunan tambahan bagi menampung pertambahan pelajar. Sekolah yang terbabit ialah SMK Assyakirin yang membabitkan kos RM31.2 juta dan telah siap dibina pada Oktober 2004 dan memulakan pembelajaran pada sesi persekolahan 2005. SMK Baru Bintulu (RM15. 2 juta), siap Ogos 2004 dan SK Tanjung Batu (RM23.6 juta), siap November 2004, telah memulakan pembelajaran masing-masing pada sesi persekolahan 2005, SK Assyakirin (RM25.7 juta) siap Disember 2004 juga telah beroperasi mulai sesi persekolahan 2005 dan SK Kelawit, membabitkan kos sebanyak RM29.5 juta siap dibina pada Disember 2004.

Laluan jalan persisir yang masih dalam
proses pembinaan

Selain itu, kawasan perumahan bagi kakitangan awam di Bahagian Bintulu ini juga giat dijalankan, antaranya ialah Perumahan Guru Kidurong yang membabitkan kos berjumlah RM150 juta dan Kuaters Kediaman Kakitangan Jabatan Laut (RM3.9 juta). Manakala Pengkalan Polis Marin yang bernilai RM34.2 juta pula bukan sahaja menyediakan tempat tinggal bagi kakitangannya tetapi juga bangunan pejabat di dalam kawasan yang sama.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998