Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Program Bimbingan Usahawan WEDA

Puan Juana bt Peri, Kampung Datuk Bintulu

Program Bimbingan Usahawan (EGP) diperkenalkan dengan tujuan membangunkan wanita menjadi lebih produktif dalam bidang ekonomi selaras dengan visi dan misi Jabatan Pertanian dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK8).

Program ini secara amnya bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti bagi menambah pendapatan di kalangan wanita yang berpotensi serta berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang pertanian, pemprosesan makanan atau kraftangan melalui penerapan ciri-ciri budaya niaga yang sistematik.

Pemilihan bagi peserta bagi program ini akan dilakukan oleh setiap Bahagian bagi menentu dan memilih usahawan wanita yang berpotensi dan memiliki kemahiran serta pengetahuan asas dalam bidang pertanian, pemprosesan makanan, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pertanian atau kraftangan.

Selain itu, setiap peserta yang terpilih hendaklah memperolehi pendapatan kurang daripada RM10 ribu setahun. Tempoh pelaksanaan ini adalah selama tiga tahun, dan setiap peserta yang telah mengikuti kursus akan diberi bantuan tidak melebihi RM10 ribu atau mengikut keperluan projek sepanjang tempoh ini. Bantuan ini hanya akan diberi sekali sahaja dalam tempoh pelaksanaannya. Keseluruhannya bagi tahun 2004 lalu terdapat kira-kira 18 orang usahawan wanita telah menyertai program EGP ini di Bintulu.

Antara peserta yang telah mendapat manfaat daripada program ini ialah Puan Juana Bt Peri dari Kampung Datuk, Bintulu. Beliau mengusahakan projek memproses makanan (roti canai dan donat) dan telah mengikuti program di bawah WEDA ini sejak dua tahun yang lalu. Bagi tahun 2004 lalu beliau menghasilkan 7,087 paket roti canai segera (dingin beku) dan 2,095 paket donat dengan kos pengeluran kira-kira RM11 ribu manakala hasil jualannya mencapai jumlah RM26 ribu. Ini memberikan beliau pulangan pendapatan bersih berjumlah kira-kira RM14 ribu.

Proses pembungkusan produk

Kejayaan ini dicapai sedikit sebanyak melalui bantuan program EGP-WEDA yang sehingga kini bantuan terkumpul yang beliau perolehi mencapai RM8 ribu keseluruhannya. Seorang peserta yang tidak kurang berjayanya ialah Puan Norhaidah Ahmad dari Kampung Assyakirin, Bintulu. Beliau juga turut mengusahakan projek memproses makanan (kuih kering), iaitu kuih angan dan ban. Bagi tahun 2004 lalu beliau telah memperolehi nilai jualan berjumlah kira-kira RM23 ribu. Dengan itu beliau mendapat pulangan bersih berjumlah kira-kira RM15 ribu hasil daripada penjualan 7,709 paket kuih angan dan 13,381 paket ban dengan kos pengeluaran berjumlah kira-kira RM8 ribu sahaja.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998