Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Melahirkan Usahawan Wanita Melalui SSI

Usahawan bimbingan WEDA

Program Industri Kecil (SSI) diperkenalkan untuk menaikan taraf perusahaan industri kampung ke tahap industri kecil. Ia bertujuan untuk membentuk industri kecil yang berdaya maju di kalangan perusahaan yang terlibat dalam program bimbingan cawangan Pembangunan Ekonomi Wanita Jabatan Pertanian (WEDA).

Antara lain objektif program ini ialah untuk membentuk industri kecil yang berdaya maju di kalangan wanita yang terlibat dalam industri kampung serta bagi menggalak dan menerapkan nilai-nilai budaya niaga di kalangan usahawan wanita, di samping bagi melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan masyarakat luar bandar.

Pemilihan peserta untuk program ini mengambil kira faktor bahawa calon peserta itu hendaklah seorang pengusaha wanita perseorangan yang terbabit secara aktif dalam perusahaan industri kampung.

Selain itu, calon berkenaan hendaklah mempunyai ciri keusahawanan yang berdaya maju, iaitu berpendapatan bersih minima kira-kira RM24,000 setahun.

Calon berkenaan juga seharusnya telah mempunyai beberapa peralatan/mesin atau bangunan sendiri selain bersedia bekerjasama dengan Jabatan Pertanian. Sedikit sebanyak usaha Jabatan Pertanian melalui cawangan WEDA ini telah banyak membantu golongan sasarnya untuk berjaya dalam perusahaan masing-masing. Keseluruhannya bagi tahun 2004 lalu hanya tiga orang usahawan wanita menyertai program SSI ini di Bintulu.

Antara peralatan yang dibeli
melalui sumbangan WEDA
Ketuhar canggih yang
berkapasiti besar
membolehkan pengeluaran
yang lebih banyak produk
dilakukan



Misalnya, Puan Rosni Hj Sahni adalah antara ushawan wanita yang telah menjadi pengusaha memproses makanan yang berjaya melalui SSI. Beliau telah memperolehi kategori ‘Berlian’ dalam perusahaan ini dibawah program SSI WEDA, Bintulu. Antara produk yang beliau hasilkan ialah kerepek pisang, biskut, ban, rempeyek dan popia. Setiap paket produknya itu dijual antara RM0.80 hingga RM1. Pada tahun 2004, beliau telah menghasilkan kira-kira 65 ribu paket produk berkenaan dengan kos pengeluaran berjumlah kira-kira RM26 ribu, dan hasil bagi jualan produk berkenaan beliau telah mendapat pulangan berjumlah RM52 ribu, dengan itu beliau telah mendapat keuntungan bersih sebanyak RM26 ribu. Keseluruhannya Rosni telah memperolehi RM40 ribu bantuan terkumpul melalui progam industri kecil ini sehingga tahun 2004 lalu. Selain itu, Puan Bibi Kiswari Bt Abas Khan dari Kampung Sebuan Besar Bintulu juga antara wanita berjaya hasil sokongan dan bantuan program SSI ini. Beliau yang mengusahakan perusahaan memproses makanan dan bakeri juga telah berjaya mencapai kategori ‘Berlian’ dalam program ini dengan memperolehi pendapatan bersih berjumlah kira-kira RM40 ribu pada akhir tahun 2004 lalu. Produk keluarannya ialah roti, kuih-muih, kek, biskut, roti jon, bahulu dan pelbagai lagi. Bagi tahun 2004 lalu, perusahaan Pn. Bibi telah mencatat jualan keseluruhan kira-kira RM112 ribu manakala kos pengeluarannya berjumlah kira-kira RM72 ribu. Produk seperti biskut dan roti serta pelbagai jenis keluarannya yang lain dijual antara RM0.50 hingga RM1 sepaket, manakala keknya pula dijual RM80 sebiji. Sehingga tahun 2004 lalu beliau telah mendapat bantuan terkumpul berjumlah RM90 ribu daripada program SSI ini dalam bentuk mesin, peralatan serta pembesaran tempat penghasilan produknya.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998