| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
 |
| Peta Pentadbiran Saerah Simunjan |
Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah bawah pentadbiran
Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi.
terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103
km melalui jalan air.
Sebuyau dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan. Bentuk muka bumi
Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit-bukau. Penduduk Simunjan yang seramai
56,500 orang (Mid-year Population Estimate 2000) terdiri daripada pelbagai kaum
iaitu Melayu, Iban dan Cina. Seperti mana lazimnya daerah-daerah lain di Sarawak,
para penduduk di sini mengamalkan sikap toleransi antara satu kaum dengan kaumyang
lain. Mengikut Pegiraan Penduduk tahun 2000, kaum bumiputera berketurunan Melayu
terdiri daripada kaum yang terbesar di daerah ini dengan jumlah 16,812 orang (52.7%),
manakala kaum Iban berjumlah 13,400 orang atau 43.3%. Jumlah penduduk bukan bumiputera
iaitu termasuk kaum Cina dan lain-lain berjumlah 4%.
Daerah Simunjan adalah dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis
Daerah Simunjan. Pejabat Daerah Simunjan diketuai oleh Pegawai daerah Encik Sulaiman
bin Haji Han dan beliau dibantu oleh seramai 22 orang kakitangan dan Pegawai Tadbir
N3 sehingga ke Pembantu Awam Rendah R11 dan seorang Amah.
Pada keseluruhannya, bentuk pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan ini serupa dengan
mana-mana Pejabat Daerah yang lain. Jika adapun perbezaan
jenis kemusykilan yang dihadapi adalah disebabkan oleh ketidaksamaan komposisi
penduduk dengan daerah lain di negeri Sarawak. Misalnya keperluan penduduk di
daerah yang majoritinya terdapat kaum Iban atau Bidayuh agak berlainan dari segi
sosial berbanding dengan keperluan kaum Melayu yang
jumlahnya agak besar di daerah Simunjan.
Oleh kerana itu, pendekatan menangani sesuatu masalah yang timbul agak berlainan
sedikit. Jika ada perselisihan faham, misalnya, diantara keluarga mengenai pembahagian
tanah pusaka atau bidang tanah yang menimbulkan masalah pembahagian, maka di kawasan
kaum bumiputera Dayak, adat-adat yang sedia ada perlulah diberi keutamaan yang
sewajarnya.
 |
| Simunjan terkenal dengan produk beras tempatan |
Majlis Daerah Simunjan (Simunjan District Council) adalah sebuah Penguasa Tempatan
yang terletak di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri Sarawak.
Majlis Daerah Simunjan, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh
Setiausaha Majlis iaitu Tuan Haji Othman bin Bujong telah ditubuhkan pada tahun
1957 mengikut “Local Authority Ordinance (Cap.117).” Pada asalnya, nama
sebenar Majlis Daerah Simunjan adalah ‘Lower Sadong District Council’
(Majlis Daerah Hilir Sadong) dan pada tahun 1983 nama majlis ini ditukar kepada
nama barunya iaitu Majlis Daerah Simunjan.
Lima kawasan utama daerah ini ialah Daerah Simunjan, Daerah Kecil Sadong Jaya,
kawasan Gedong, Sebangan dan Daerah Kecil Sebuyau (Daerah Kecil Sebuyau telah
diambilalih daripada Bahagian Sri Aman pada tahun 1989).
Majlis Daerah Simunjan mempunyai luas kawasan 1,995.22 km persegi yang terdiri
daripada Daerah Simunjan 1.370.15 km persegi, dan Daerah Kecil Sebuyau mempunyai
luas kawasan 625.07 km persegi.
Pasar Simunjan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan di mana terletaknya
semua pejabat-pejabat kerajaan. Selain itu pihak Majlis Daerah Simunjan juga mempunyai
pejabat kecil di Sebuyau dan Gedong. Aktiviti utama penduduk adalah penanaman
padi paya, mengusaha kebun elapa
dan kerja di syarikat pembalakan. Manakala bagi penduduk yang tinggal di seblah
hulu dan jauh dari sungai kegiatan utama adalah mengusahakan tanaman lada hitam
secara individu.
Perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di pedalaman kawasan Selatan ini
pada masa dahulu ialah laluan sungai iaitu Sungai Simunjan yang
bermuara di Pasar Simunjan, hilir ke Batang Sadong. Maka dengan ini sungai adalah
keutamaan bagi penggerak ekonomi penduduk untuk membawa dan mendapat keperluan
bekalan.
 |
 |
| Kemudahan Perpustakaan Awam juga disediakan bagi penduduk
di luar daerah |
Kampung yang serba lengkap dan moden memberi keselesaan
kepada masyarakat |
Pengangkutan jalan raya bagi kawasan Simunjan buat masa sekarang
ialah pengangkutan menggunakan jalan raya yang dibina dalam tahun 1976 bermula
di persimpangan Km 112 Jalan Kuching/Sri Aman. Untuk perjalanan masuk ke Pasar
Simunjan adalah sejauh 55 km dengan keadaan jalan masih jalan batu, hanya sesetengah
kawasan sahaja yang telah diturap. Disebabkan kemudahan pengangkutan telah ada,
maka dapatlah para petani
memasarkan hasil-hasil tanaman dengan mudah. Hasil-hasil tanaman yang terkenal
merupakan beras Biris iaitu sejenis beras wangi yang lembut. Tanaman ini merupakan
tanaman ekonomi ( cash crop) bagi penduduk di persekitaran tebingan Batang Sadong.
Pengusaha kebun lada hitam untuk beberapa tahun yang lepas merupakan kegiatan
yang mendatangkan hasil ekonomi yang lumayan oleh kerana harga lada yang mencecah
harga yang tertinggi sehingga RM20.00 sekilo. Tetapi sekarang harga komoditi ini
telah turun lebih daripada separuh, maka hasil ekonomi penduduk setempat telah
berkurangan tetapi pengeluaran telah bertambah. Pengusaha tanaman padi secara
estet ada terdapat di Daerah Simunjan iaitu di kawasan Lubok Trenggas dan di kawasan
Kampung Empelas, Simunjan. Selain daripada kegiatan pertanian, Daerah ini juga
ada beberapa kilang kayu yang masih beroperasi. Dengan adanya kilang kayu ini
maka ramai penduduk daerah mencebur diri dalam kegiatan pembalakan di sekitar
kawasan Simunjan. Daerah ini masih banyak kawasan-kawasan hutan simpanan yang
masih mempunyai kayu untuk kegiatan pembalakan.
Dengan ini jelas bahawa kegiatan-kegiatan tersebut telah mendatangkan keuntungan
kepada penduduk setempat dan hasil-hasil tersebut juga telah
menjanakan perkembangan ekonomi Daerah Simunjan.
 |
 |
| Simunjan: Pandangan dari Udara |
Antara projek pembangunan yang dilaksanakan...Masjid Baru
Kampung Gedong |
|
|
|