| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
 |
| En. Ahmad Bin Jii |
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sarawak
sentiasa menitikberatkan kualiti melalui penglibatan jabatan ini dalam setiap
pertandingan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang telah diadakan di negeri
ini. Paling membanggakan setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 29 kumpulan
KMK dalam jabatan ini yang meliputi keseluruhan seksyen, bahagian dan cawangan.
Ini adalah bukti kesungguhan dan keprihatinan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dalam
meningkatkan pembangunan kualiti selaras dengan perkembangan semasa. Malah kebebasan
yang diberikan kepada semua peringkat pengurusan kakitangan Jabatan Kastam DiRaja
Malaysia, dalam melahirkan pendapat, pandangan dan idea dalam jabatan tersebut
dilihat adalah faktor utama kejayaan dalam KMK baru-baru ini. Maka lahirlah KMK
Kumpulan Senari dari Cawangan Import/Eksport Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, yang
telah membuktikan kejayaan kumpulan ini apabila mendapat tempat kedua dalam bahagian
Pengurusan semasa Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Sektor Awam Bagi
Tahun 2003.
Lebih daripada itu, cawangan Import/ Eksport turut ke hadapan dalam usaha ini
dengan mempunyai sebuah lagi KMK iaitu KMK Kumpulan Kompas. Perkembangan ini selari
dengan usaha Jabatan Kastam Di Raja Malaysia secara keseluruhannya meningkatkan
pembangunan kualiti di cawangan ini.
Menurut Ahmad Bin Jii, Penolong Kanan Pengarah Kastam yang juga orang dipertanggungjawabkan
mengendalikan kumpulan KMK menegaskan kepercayaan yang diberikan pihak pengurusan
terutama sokongan penuh dilihat menyumbang ke arah kejayaan tersebut.
Bijak Mengurus Idea
“Setinggi ucapan terima kasih seharusnya diberikan kepada pihak pengurusan
tertinggi yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Kastam Di Raja Malaysia kerana memberikan
galakkan agar jabatan ini sentiasa cemerlang dari segenap segi” jelas Ahmad
Jii.
Selain itu, kita perlu bijak mengendalikan dan menguruskan idea yang dapat memberikan
inovasi kepada organisasi ini. Yang paling penting adalah pendekatan bagi meningkatkan
lagi perkhidmatan kepada pelanggan.
Sikap terbuka pihak pengurusan dalam memberikan sepenuhnya kebebasan kepada kakitangan
semua peringkat dalam menyuarakan pendapat dan idea untuk jabatan ini dilihat
adalah suatu perkembangan yang baik, jelas beliau.
“Dengan cara ini, ia dapat melatih kakitangan berani melahirkan idea, apa
yang paling penting adalah kita juga mesti berupaya mengurus idea “managing
innovation” tersebut yang dapat memberikan pembangunan dan peningkatan yang
konstruktif dalam jabatan ini,” jelas beliau
Sekiranya mereka mempunyai idea, mereka digalakkan menyuarakan pendapat dan idea.
Sekiranya ia baik, akan diterima dan ia tidak terbatas kepada ahli kumpulan sahaja
malah kakitangan lain juga bebas mengeluarkan idea.
Malah En Ahmad juga mengkagumi semangat, minat dan komitmen tinggi di kalangan
ahli kumpulan Senari. Menurutnya lagi, tanpa minat setiap ahli kumpulan dalam
kumpulan Senari ini kejayaan ini tidak akan tercapai.
“Cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap kakitangan selepas ini adalah untuk
menempa lebih banyak lagi kejayaan kerana setiap kejayaan, bererti kita telah
mencapai satu penanda aras “benchmarking”. Kita harus berusaha mengatasi
atau melepasi “benchmarking” yang telah kita tetapkan pada masa hadapan”
jelas beliau.
Kualiti Usaha Berterusan
 |
 |
| Kumpulan KMK Senari |
Pengenalan sistem baru mampu mempercepatkan proses kerja |
“Dalam aspek pencapaian kualiti, ia adalah usaha yang berterusan kerana kita
harus memandang ke hadapan dan berusaha untuk memenuhi dan meningkatkan perkhidmatan
kita berdasarkan tuntutan perkhidmatan pelanggan yang bertambah dan semakin kompleks”
“Tiada titik noktah dalam sebarang kejayaan yang kita laksanakan dan saya
juga percaya bahawa kejayaan juga perlu mengambil masa sebab itulah kita
bermula pada peringkat yang paling asas” tegas En Ahmad.
Beliau juga percaya kakitangan perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar dan ia harus
melalui beberapa peringkat sebelum projek tersebut berjaya dan begitu
juga dengan projek KMK ini dan ini adalah suatu usaha berterusan. Perkara yang
harus difahami oleh semua kakitangan dalam cawangan ini jelas beliau lagi, mereka
harus bergerak seiring dengan perubahan semasa dan dalam masa yang sama harus
memenuhi kehendak pelanggan mereka.
Mereka harus memahami kecanggihan teknologi dapat menyelesaikan sebahagian daripada
masalah tersebut dan sekaligus menjimatkan masa. Sebab itulah tambah beliau lagi,
penggunaan satu mesin pengimbas yang bernilai juta yang telah diperkenalkan tahun
lepas bagi mencapai kecekapan dalam operasi perkhidmatan cawangan ini. Ia juga
dapat menepiskan tanggapan tradisi bahawa jabatan tersebut hanya melaksanakan
tanggungjawab menjaga
keselamatan semata-mata dan mengutip cukai. Kita tidak akan dapat memuaskan kehendak
semua pelanggan, tetapi kita akan cuba yang terbaik untuk menuju ke arah tersebut,
tambah Ahmad Bin Jii
Cabaran Menyusul
Beliau melihat perkhidmatan Cawangan Import dan Eksport, Jabatan Kastam Di Raja
Malaysia bukan setakat mengutip duti semua pintu masuk negeri ini, malah lebih
daripada itu, cabaran yang paling penting memberikan perkhidmatan terbaik kepada
golongan sasaran. Kita harus memenuhi dan melaksanakan beberapa perkara yang selaras
dengan polisi dan mencari pendekatan terbaik dalam memberikan perkhidmatan yang
cekap.
Pihak Kastam DiRaja Malaysia Cawangan Import/ Eksport seboleh mungkin ingin memudahkan
urusan bagi pelepasan dagangan di Pelabuhan Senari. Dengan cara ini mempercepatkan
segala urusan yang berkaitan dengan pengeluar agar mereka senang berurusan dengan
pihak kastam dan mengurangkan kesulitan dan kesukaran di kalangan pengeluar.
Inilah antara cabaran atau misi yang yang harus dipikul oleh 75 orang pekerja
di Pelabuhan Senari dan begitu juga 40 orang pekerja di Pelabuhan Pending. Selain
itu kata beliau, mereka harus mengikuti polisi yang telah ditetapkan oleh World
Trade Organisation (WTO) dan World Custom Organisation (WCO) KMK adalah salah
satu daripada pendekatan tersebut, kerana hasil terbaik dalam KMK dapat digunakan
bagi meningkatkan perkhidmatan dalam cawangan ini baik ia berupa bentuk teknikal
mahupun pengurusan. Selain itu, usaha meningkatkan kualiti tidak terhenti setakat
itu kerana cawangan Import dan Eksport juga turut menekankan pelbagai pendekatan
bagi meningkatkan pembangunan kualiti
Usaha Menyeluruh
Beliau melihat pembangunan kualiti dan usaha penambahbaikan secara menyeluruh
dan KMK adalah salah satu daripadanya dan ini dapat dilihat daripada penglibatan
setiap kakitangan terlibat dalam sekurang-kurangnya satu projek atau jawatankuasa.
Bahkan selain daripada KMK, setiap kakitangan di sini terlibat sekurang-kurangnya
dalam satu jawatan kuasa, antaranya seperti menyelenggara lanskap kecilan, menjalankan
kerja penambah baikan, meningkatkan persekitaran pejabat dan sebagainya. Ia dilakukan
sendiri oleh kakitangan di sini.
“Kakitangan ada juga yang menyumbangkan cadangan untuk mempertingkatkan persekitaran
pejabat. Antaranya untuk mengatur susun atur pejabat supaya nampak lebih teratur.
Aktiviti mengecat bangunan di pejabat dilakukan sendiri oleh pekerja. Secara tidak
langsung, langkah ini boleh menyerlahkan kreativitii pekerja” jelas beliau.
Selain itu menurut beliau lagi Jabatan Kastam juga mempunyai jawatankuasa kualiti,
steering committee (jawatankuasa memandu) yang memantau hal- hal berkaitan pembangunan
kualiti. Menurut beliau lagi, cawangan mereka juga menerima segala komen dan cadangan
daripada pelanggan mereka dan berusaha untuk memberikan yang terbaik. Seboleh
mungkin tambah beliau, beliau inginkan agar ia dapat memudahkan urusan kedua belah
pihak.
Pengurusan tinggi telah memberikan sepenuhnya sokongan dan ini memudahkan “steering
committee” memantau perkembangan segala projek kualiti dalam jabatan ini.
Pembangunan Kualiti di Pelabuhan Senari
En Ahmad Bin Jii terus melihat kepada perancangan masa hadapan cawangan ini dalam
meningkatkan mutu perkhidmatan. Antara perancangannya untuk cawangan ini adalah
untuk memperluaskan skop pensijilan MS ISO 9000 di Pelabuhan Senari.
Menurut Ahmad Jii, beberapa usaha ke arah peningkatan kualiti akan dilaksanakan
di Pelabuhan Senari, pelabuhan yang masih lagi baru mula beroperasi tahun 2001.
Menurut beliau, mereka merancang untuk memperluaskan skop pensijilan spesifikasi
ISO 9000 di Pelabuhan Senari serta mempertingkatkan pensijilan tersebut kepada
pensijilan terkini MS ISO 9000:2000 selewat-lewatnya awal tahun depan. Kini, mereka
sedang sibuk mengemaskini dokumen untuk diaudit.
Cuma Pelabuhan Pending sahaja yang mempunyai pensijilan MS ISO 9000:1994, walau-bagaimanapun
proses kerja di pelabuhan tersebut sama dan dapat dipraktiikan di pelabuhan Senari.
Atas dasar itu, ia akan diperkenalkan di pelabuhan Senari. Ia dilihat penting
bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pelabuhan Senari. Kini, Pelabuhan Senari
menerima Kargo Kontena (kargo yang diimport menggunakan kontena) manakala Pelabuhan
Pending (untuk Bulk-Kargo) kargo yang lebih besar. Pihak Kastam DiRaja Malaysia,
Cawangan Import/ Eksport berusaha ingin memudahkan urusan bagi
pelepasan dagangan di Pelabuhan Senari. Hanya dengan cara mempertingkatkan kecekapan
dan mutu perkh idmatan ia dapat
mempercepatkan segala urusan, mengurangkan sebarang kesulitan dan kesukaran di
kalangan pengeluar.
 |
| Kesibukan di Cawangan Import dan Eksport |
Harapan kepada KMK Senari
Beliau melahirkan harapan agar Kumpulan KMK Senari yang akan membawa cabaran negeri
Sarawak dalam Pertandingan KMK Antara Jabatan Kastam
dapat mencapai kejayaan dalam Pertandingan KMK antara Jabatan Kastam Peringkat
Kebangsaan yang akan diadakan di Shah Alam nanti. Ia seharusnya dilihat sebagai
satu pengalaman berharga kepada ahli kumpulan.
Penekanan kepada konsep Benchmarking menurut En Ahmad Jii akan diteruskan dan
mereka akan terus bekerjasama dengan INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara) dan
MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) Tetapi apa
yang pasti, usaha dan penambahbaikan perlu tetap diteruskan !
Syabas kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Cawangan Import dan Eksport kerana
melihat pembangunan kualiti dan usaha penambahbaikan secara menyeluruh dan mempunyai
kesedaran tinggi terhadap peningkatan mutu perkhidmatan dan pembangunan kualiti.
Ia seharusnya menjadi contoh kepada agensi dan jabatan kerajaan lain di negeri
ini.
|
|
|