Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Abdullah Ambil Alih Tugas Perdana Menteri Daripada Dr.Mahathir


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara, pada 31 Oktober lalu.

Upacara dimulakan dengan lagu NegaraKu, diikuti dengan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan yang disusuli Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh beliau sebagai Perdana Menteri.

Kemudian Datuk Seri Abdullah, 64, menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan yang disusuli dengan bacaan doa selamat. Seterusnya, keempat-empat Suratcara Pelantikan itu ditandatangani Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim sebagai saksi sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman.

Turut hadir Tun Dr Mahathir serta isteri, hadir sama pada majlis itu Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Sebaik istiadat selesai, Tun Dr Mahathir serta isteri meninggalkan Istana Negara sambil diikuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya. Kedua-dua mereka kemudian ke Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya untuk upacara simbolik serah tugas jawatan Perdana Menteri.

Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di Tingkat 5, Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra berkubah hijau yang menjadi mercu tanda
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Dalam upacara itu, Tun Dr Mahathir menyerahkan fail meja sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kepada Datuk Seri Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Datuk Seri Abdullah secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berundur daripada jawatan
yang disandangnya itu selama 22 tahun.

Datuk Seri Abdullah dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 26 Nov 1939, anak sulung kepada pasangan guru agama dan ahli politik Ahmad Badawi dan Kailan Hassan.

Beliau memula kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada pertengahan 1964 apabila dilantik Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Berkahwin dengan Datuk Seri Endon pada 4 September 1965 dan mereka dikurniakan dua orang anak, Kamaluddin dan Nori, serta empat orang
cucu.

Pada pilihan raya 1978, beliau memenangi kerusi Parlimen kawasan Kepala Batas, kawasan yang diwakilinya sehingga sekarang.

Pada 1984, beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran sebelum memegang jawatan Menteri Pertahanan dari 1986 hingga 1987. Datuk Seri Abdullah
menyandang jawatan Menteri Luar dari 1991 hingga 1999 sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada 10
Disember 1999.
Bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998