Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Terapkan Nilai Kerja Sukarela Dalam Perkhidmatan Awam : HOSPITAL MIRI

Dr. Uma Devi menunjukkan piala Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam 2001
Sejauh mana tugas dan tanggungjawab seorang penjawat awam? Adakah segala tugas itu dianggap selesai selepas waktu bekerja mahupun selepas bersara? Persoalan seperti ini pastinya pernah berlegar dalam pemikiran setiap kakitangan awam, khususnya mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan berkaitan kesihatan dan keselamatan awam.

Namun, bagi kakitangan hospital Miri tugas mereka dianggap bukan sahaja terhad di tempat dan masa bekerja. Malahan, yang lebih penting bagi mereka ialah setakat mana mereka mampu menyumbang kepada masyarakat dan orang ramai tanpa mengharapkan balasan.

Misalnya, 'Extra Mile' iaitu sistem rekod dalam buku catatan di setiap unit yang menggalakkan kakitangan hospital bekerja lebih masa dan menyumbang dalam segala bentuk milik peribadi seperti pakaian dan wang kepada pesakit mereka yang memerlukan.

Inilah antara penyumbang kepada kejayaan Hospital Miri baru-baru ini yang berjaya merangkul salah satu Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam 2001 iaitu Johan dalam Kategori Pertama (agensi kerajaan melebihi 200 orang kakitangan).

Menurut Pengarah Hospital Miri, Dr. Uma Devi, perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangannya sentiasa dipastikan yang terbaik dan lahir daripada hati yang ikhlas.

"Keadaan ini boleh melahirkan perasaan gembira dan kepuasan di kalangan kakitangan dan pengguna hospital," jelasnya.

Maka tidaklah menghairankan jika di setiap Sudut Kualiti Unit-unit yang ada di Hospital ini terpampang puluhan kad ucapan terima kasih daripada pesakit yang berasa terharu dengan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.

"Bahagian pengurusan juga diseru supaya sentiasa meningkatkan komunikasi dengan staf dan orang awam. Misalnya, Ketua Unit perlu mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dan menjadi 'role model' kepada kakitangan yang lain," tambahnya lagi.

Malahan, setiap unit mempunyai sudut kualiti yang turut memaparkan statistik kepuasan pelanggan dan bilangan pengguna untuk tiga tahun berturut-turut. Sebab itu, setiap maklumbalas dan cadangan daripada orang awam sentiasa diambil berat.

"Kerjasama dan saling memahami dengan pihak luar juga amat penting untuk kejayaan sesebuah hospital," kata Dr. Devi.
Lanskap hospital
Sebab itu, kerjasama dengan agensi luar diadakan seperti penyelidikan dan turun padang dengan Universiti Curtin dan Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Cabang Miri dari semasa ke semasa sesuai dengan peranannya sebagai salah sebuah hospital rujukan di negeri ini.

Hospital Miri yang baru dibina pada Mei 1992 dan mula beroperasi pada Mei 1995 di atas tapak seluas kira-kira 87 ekar bagi menggantikan hospital lama yang agak sesak. Sehingga kini, Hospital Miri mempunyai kira-kira 603 orang kakitangan.

Ia mempunyai 323 katil dan memainkan peranan penting sebagai hospital rujukan bagi hospital-hospital dan klinik-klinik di zon utara Sarawak.

Sepanjang tahun 2001 kemasukan pesakit Hospital Miri yang direkodkan adalah kira-kira 18,518 orang berbanding kira-kira 19,621 pesakit pada tahun sebelumnya.

Justeru, bagi memastikan Hospital Miri terus memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat, perkhidmatan sukarela akan terus menjadi intipati kepada perkhidmatan kakitangan Hospital Miri terutama bagi menjadikan persekitaran tempat kerja lebih menggembirakan dan tanggungjawab sebagai kakitangan awam sentiasa menjadi keutamaan.

Lanskap hospital
Sudut Kualiti yang memaparkan statistik kepuasan pengguna dan bilangan pengguna seperti ini boleh dilihat di semua Unit di Hospital Miri

Antara Anugerah Yang Pernah Dimenangi :

a. Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam
  • Sijil Kepujian 1998
  • Sijil Penyertaan Kualiti 1999
  • Johan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam 2001
  • Baby Friendly Hospital Initiative 1996
  • 3 Star Hospital Accreditation Awards (2001-2003)
b. Pertandingan Lanskap
  • Johan Pertandingan Antara Jabatan-Jabatan Kerajaan Bahagian Miri Tahun 1999
  • Johan Pertandingan Antara Jabatan-Jabatan Kerajaan Peringkat Negeri Tahun 1999
  • Johan Pertandingan Antara Jabatan-Jabatan Kerajaan Bahagian Miri Tahun 2001
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998