| |
| Online Publisher: |
 |
| |
| Contents provided by: |
 |
| |
|
|
26 Ogos 2002 adalah hari bersejarah, buat Pejabat Daerah Kabong telah berpindah
secara rasminya ke pejabat baru di Jalan SRK. Abang Leman, Kabong. Bangunan
setinggi dua tingkat itu menempatkan Bilik Mesyuarat, Bilik Ketua Masyarakat
dan Bilik Sudut Kopi di bahagian bawah manakala di bahagian atas pula ialah
Bilik Pegawai Tadbir Sarawak, Bilik Pembantu Tadbir Kewangan, Bilik Pembantu
Tadbir Rendah dan Pejabat Am.
 |
| Pejabat Daerah Kecil Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong) |
Pekan Kabong
Tidak jauh dari Pejabat Daerah Kecil Kabong, terletaknya Pekan Kabong yang mempunyai
3 deretan bangunan kedai kayu.
Lokasi Pekan Kabong
Pekan Kabong tidak lagi terpencil dari bandar dan pekan lain berbanding dahulu,
malah Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek
menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada
persekitaran daerah kecil Kabong. Ini kerana pekan ini terletak di Kuala Batang
Krian dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama.
Mengenali Daerah Kecil Kabong
Keluasan Daerah Kecil Kabong adalah kira-kira 426 kilometer persegi. Sementara
jaraknya dari bandar-bandar berdekatan adalah :-
- Perjalanan ke Bandar Sri Aman (198 km)
- Sarikei (85 km)
- Saratok (63 km)
Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan utama penduduk
persekitarannya adalah menggunakan bas, van persendirian atau kenderaan sendiri.
Penempatan di Daerah Kecil Kabong
 |
| Antara kemudahan awam yang disediakan - balai raya (Foto Ehsan Pejabat
Daerah Kecil Kabong) |
Daerah Kecil Kabong pada keseluruhannya mempunyai Rumah Panjang (Iban) sebanyak
26 buah, Kampung Melayu (27 buah).
Kegiatan Ekonomi Penduduk
Penduduk di sini kebanyakannya menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan
ekonomi utama mereka dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa, koko,
buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain selain menjadi nelayan serta
berniaga secara kecil-kecilan.
Kabong Kaya Dengan Hasil Pertanian dan Laut
Kelapa adalah hasil pertanian yang utama di sini mana pekebun-pekebun kecil
kelapa akan menjual kelapa (tua) dan kelapa kering (kopra) kepada pemborong
untuk diproses di luar Kabong manakala kelapa muda dibekalkan kepada gerai-gerai
di bandar Sarikei.
Hasil tangkapan ikan pula dijual kepada pemborong, atau dijual sendiri oleh
nelayan tempatan di pekan-pekan lain seperti Roban, Saratok, Pusa, Debak, Spaoh
hingga ke bandar Sri Aman. Selain itu, ia juga dijadikan ikan kering, ikan masin
dan ikan salai.
Penangkapan obor-obor pula dilakukan secara bermusim (musim kemarau) dan ia
merupakan mata pencarian yang paling lumayan. Obor-obor yang dijual kepada pemborong
yang kemudiannya memprosesnya. Semua bahagian obor-obor ini digunakan sepenuhnya
iaitu kepala obor-obor diproses untuk pasaran tempatan manakala badannya diproses
bagi pasaran ke luar negara.
Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam
 |
| Pasar Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong) |
Hampir semua agensi kerajaan terdapat di sini selain Pejabat Daerah Kecil Kabong.
Antaranya Majlis Daerah Saratok (Daerah Kabong), Balai Polis Daerah, Perbadanan
Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO), Jabatan Laut, Jabatan Kerja Raya (Bahagian
Bekalan Air), Jabatan Pengairan Dan Saliran, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa
Sawit Malaysia (PORIM) dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)
Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Perubatan/ Klinik Desa, Jabatan
Pertanian Daerah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan turut menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Kabong.
Pendidikan
Terdapat 12 buah sekolah rendah di sini, sekolah menengah (1 buah), SRB Chung
Hua (1 buah) dan beberapa buah tadika dan taska KEMAS.
Tarikan Pelancongan
Pantai yang panjang dan bersih sesuai untuk perkelahan, riadah, pesta dan rekreasi
seperti Pantai Tanjung Kembang, Pantai Alit dan Pantai Gerigat menjadikan Kabong
sesuai dan berpotensi besar dalam bidang pelancongan.
Selain itu, Kabong juga kaya dengan kebudayaan masyarakat tempatan yang merangkumi
Melayu, Iban dan Cina.
Kubu Rentap Sejarah Tak Ternilai
Sementara di Kampung Batang Maro terdapatnya tugu atau Kubu Rentap sebagai lambang
kepahlawanan rakyat Sarawak atau Malaysia amnya di dalam menentang penjajahan
Rajah Brooke.
|
Fakta Daerah Kecil Kabong
|
| Keluasan |
426 kilometer persegi |
| Kedudukan |
198 km bandar Sri Aman, 85 km dari Sarikei,
63 km dari Saratok
|
| Keistimewaan |
- Monumen silam (Kubu Charles dan Kubu
Rentap),
- Pelancongan
- Terkenal dengan ikan dan obor- obor |
| Populasi |
12,590 (banci tahun 2000) |
| Komposisi Penduduk |
Melayu (80%), Iban (17%), Cina (2%), Lain-lain
(1%) |
| Pekerjaan Utama |
Nelayan (60%), Petani (30%), dan Lain-Lain
(10%) |
| Kemudahan Asas |
Bekalan Air, Elektrik, Telefon, Sekolah
Rendah (2), Tadika
KEMAS (3), Taska (1), Klinik Kesihatan (1), Dewan Serbaguna,
Pengkalan Persinggahan Kapal |
| Perhubungan Utama |
Perjalanan darat (Bas, Van Persendirian
dan Kenderaan sendiri) |
| Agensi Kerajaan |
Majlis Daerah Saratok (Daerah Kabong),
Balai Polis Daerah, SESCO, Jabatan Laut, Jabatan Kerja Raya (Bekalan Air),
Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa (PORIM),
MARDI, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Pertanian dan
LKIM |
| MP / ADUN |
Datuk Peter Tinggom Ak Kemarau (P.179
Saratok)
YB Abdul Wahab Aziz (N.28 Kalaka) |
Senarai Pegawai Pentadbir Sarawak Yang Pernah Berkhidmat
Di
Pejabat Daerah Kecil Kabong
| Abang Mansor B. Abg Pong |
|
| Johari Mohidin |
|
| Johnson Luat Sudok |
|
| David Impi |
|
| Wan Ali Tku. Drahman |
|
| Abg Zamahari B. Datuk Abg
Abu Talip |
|
| Kiprawi Senusi |
|
| Ismail Takip |
|
| Shamsudin Ahmad Buang |
|
| Baspa Baskop |
|
| Mohidin Seman |
|
| Abd. Ghafur Shariff |
(Jan 1973 - 1974) |
| Mejeni Mahmud |
|
| Hamedon Hj Wahab |
|
| Yusuf Hj Amir |
(22.01.79 - 05.12.81) |
| Abg Wahed Abg Muzi |
(01.07.82 - 12.05.84) |
| Adenan Takip |
(12.05.84 - 25.07.86) |
| Besri Benus |
(26.07.86 - 01.02.88) |
| Kamaludin Alkap |
(31.01.88 - 20.04.90) |
| Mohd Yelsof Lee |
(21.04.90 - 24.05.93) |
| Morini Kudan |
(25.04.93 - 30.11.96) |
| Abg Ahmad Arabi B. Abg Bolhassan |
(20.12.96 - 2000) |
| Andrew Gumbak |
(09.01.00-15.04.02) |
| Mansor B. Borhan |
(01.07.02 - masih berkhidmat) |
|
|
|