Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan Mukah (KKPM)

Usaha Gigih Cendiakawan Mukah ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Anak-Anak di Bahagian Mukah Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan Mukah yang diadakan pada 21,22 dan 23 Jun 2002 bertempat di Dewan Suarah Mesra, Mukah adalah kelolaan bersama Graduan IDOK, Graduan LAI dengan Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Ianya bertujuan menyedia-kan ruang dan peluang kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan untuk membincang mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjana kecemerlangan pendidikan anak-anak di Bahagian Mukah (N44-Dalat, N45-Balingian, N30-Belawai, N31-Serdeng dan N32-Matu Daro).

Objektif KKPM Secara khusus konvensyen ini bertujuan:

- Membincang secara kritis prestasi pendidikan anak-anak di Bahagian Mukah (Kawasan N44-Dalat, N45-Balingian, N30-Belawai, N31-Serdeng dan N32-Matu Daro);

- Membincang faktor penting yang membantu penjanaan kecemerlangan pendidikan secara makro (dalam konteks umum dan global) dan secara mikro (dalam konteks pendidikan di kawasan luar Bandar);

- Menilai keberkesanan dan kemungkinan sumbangan pelbagai pihak dalam menjana kecemerlangan pendidikan anak-anak;

- Membuat perancangan strategik untuk tindakan bersama secara bersepadu bagi meningkatkan prestasi para pelajar di semua peringkat di Bahagian Mukah (Kawasan N44-Dalat, N45-Balingian, N30-Belawai, N31-Serdeng dan N32-Matu Daro); dan

- Membuat perakuan dan cadangan dalam bentuk sebuah Usul Konvensyen untuk disampaikan kepada dan dipertimbangankan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab tentang pendidikan di negeri Sarawak khususnya, dan di Malaysia amnya. Bilangan peserta yang terlibat adalah 250 orang yang terdiri daripada ahli-ahli daripada persatuan IDOK dan LAI, Ketua-ketua masyarakat, Para Pegawai Pendidikan , Pegawai kerajaan, Pemimpin parti politik, Ahli-ahli PIBG, Ahli JKKK, dan Pemimpin Pelajar.

Aktiviti-aktiviti KKPM merangkumi Ucap Utama, pembentangan 4 kertas kerja, 2 sesi Forum, bengkel dan pembentangan usul konvensyen. Usul Konvensyen ini akan mengungkapkan dan mengusulkan secara teratur setiap satu permasalahan, langkah penyelesaian dan tindakan yang perlu diambil sama ada oleh masyarakat setempat sendiri atau agensi berwajib, dan sama ada untuk jangka pendek dan semerta atau jangka panjang.

Usul Konvensyen ini kemudiannya akan disampaikan kepada pihak-pihak yang berwajib dan pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam agenda pelaksanaan program pendidikan di Bahagian Mukah. Usul ini akan dijadikan sebagai satu dokumen penting yang akan dijadikan panduan dalam perancangan perkembangan dan pembangunan pendidikan di Bahagian Mukah. Justeru akan dikenali sebagai Deklarasi Pendidikan Mukah 2002.

Jawatankuasa Induk KKPM yang terdiri dari Graduan IDOK dan LAI bersama dengan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan akan terus berusaha merancang dan melaksana program-program susulan Post-Konvensyen berpandu kepada usul dalam Deklarasi Pendidikan Mukah 2002 demi memastikan Bahagian Mukah mencapai tahap cemerlang di bidang Pendidikan.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998