Haji Isa bin
Kassim (52) SUK Persekutuan Sarawak yang baru
Tuan Haji Isa bin Kassim adalah
Setiausaha Persekutuan Sarawak yang baru menggantikan Dato' Azman bin Abdul
Rashid yang kini telah bertukar sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembanguan
Luar Bandar mulai 1 September 2002.
Saya juga ingin menasihatkan supaya Setiausaha Tetap,
Residen dan Ketua Jabatan bersikap hands on di dalam proses mereka melaksana dan
memantau projek di agensi masing-masing.
Konvensyen Gerakan Desa Wawasan (GDW), yang diadakan setiap
tahun seharusnya dapat menjana pelbagai idea baru yang dapat diterjemahkan kepada
pembangunan peringkat kampung atau desa khususnya dan pembangunan luar bandar
amnya. Sibu terpilih sebagai tuan rumah bagi Zon Sarawak yang akan menentukan
pemenangnya bertanding ke peringkat kebangsaan pada tahun depan.
Pustaka Miri ... dihubungkan terus dengan Pustaka Negeri di Kuching
Kerajaan Negeri sentiasa meningkatkan kemudahan perpustakaan bagi mewujudkan masyarakat di Sarawak yang berilmu dan bermaklumat. Pelancaran simbolik Pustaka Miri baru-baru ini menyaksikan ia diperluaskan ke bahagian utara.