Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Konvensyen GDW Jana Idea Bagi Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Mohd Effendi Norwawi sedang menyampaikan replika cek kepada Penggerak GDW, Puan Hassanah Hj Suaidi mewakili Johan Konvensyen GDW Zon Sarawak 2002

Konvensyen Gerakan Desa Wawasan (GDW), yang diadakan setiap tahun seharusnya dapat menjana pelbagai idea baru yang dapat diterjemahkan kepada pembangunan peringkat kampung atau desa khususnya dan pembangunan luar bandar amnya. Sibu terpilih sebagai tuan rumah bagi Zon Sarawak yang akan menentukan pemenangnya bertanding ke peringkat kebangsaan pada tahun depan.

Generasi muda yang terpelajar dan profesional dapat memainkan peranan ke arah merealisasikan hasrat ini. Menteri Pertanian Malaysia, YB Datuk Mohd Effendi Norwawi menyeru ibu bapa supaya turut melibatkan golongan ini terutama dalam mesyuarat peringkat kampung.

Menurut beliau, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan kampung, menyediakan pelan induk pembangunan kampung, menyedia dan mengemaskini profail kampung, meningkatkan kecergasan diri dan keluarga, memulihkan tanah terbiar, menggalakkan semangat kesukanan dan mengiatkan semula kerja-kerja kemasyarakatan.

Seramai 250 orang menyertai konvensyen tiga hari (27 hingga 29 Oktober), yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Menurut Pengarah INFRA, Haji Shagul Hamid Abdullah yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyatakan konvensyen GDW ini menjadi medan untuk memperkenalkan idea baru yang mana menurutnya sejak diperkenalkan telah menjana 47 idea bernas termasuk daripada penduduk rumah panjang.
Johan Konvensyen GDW Zon Sarawak, Kg. Stunggang Melayu Lundu
Pada majlis tersebut, YB Datuk Mohd Effendi menyampaikan hadiah untuk pertandingan Ilham Desa. Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh Kampung Stunggang Melayu, Lundu. Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Kampung Belawai, Daro dan Kampung Tambirat, Samarahan.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998