A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Know Your Sub-District

Daerah Kecil Sundar

Bangunan Pejabat Daerah Kecil Sundar
Apabila disebut sahaja tentang Daerah Kecil Sundar, mungkin ramai yang akan terbayangkan betapa liatnya daging kerbau. Ini kerana Daerah Kecil Sundar antara tempat yang banyak menternak kerbau. Mungkin juga ada yang terbayang betapa enaknya meratah ikan tahai yang merupakan produk istimewa yang sukar sekali kita perolehi di luar daerah Limbang dan Lawas.

Daerah Kecil Sundar terletak dalam Daerah Lawas iaitu daerah yang terletak paling utara di Sarawak. Untuk sampai ke Daerah Kecil Sundar, kita boleh menggunakan jalan darat atau sungai. Perjalanan menggunakan jalan darat hanya mengambil masa kira-kira 30 minit melalui jalan sepanjang 30 km dari Pekan Lawas. Kemudahan awam seperti bas dan teksi ada disediakan bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke Daerah Kecil Sundar.

Daerah Kecil Sundar seluas 183.8 kilometer persegi ini ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir.

Daerah Kecil Sundar mempunyai bilangan penduduk seramai 5,362 orang yang majoritinya adalah Melayu (80.73 %) diikuti Lun Bawang (16.16%) dan Cina (3.11%) yang mendiami 20 buah kampung.

Kegiatan ekonomi

Pemandangan di salah sebuah projek ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Awat-Awat
Foto ehsan Pejabat Daerah Kecil Sundar
Majoriti penduduk di Daerah Kecil Sundar adalah nelayan iaitu merangkumi 75% daripada penduduk. Sementara 25% lagi menceburi kegiatan pertanian dan 5% daripada penduduk Daerah Kecil Sundar terlibat dalam peniagaan dan lain-lain pekerjaan.

Daerah Kecil Sundar kini semakin pesat membangun. Dengan perancangan kerajaan yang proaktif, Sundar/Awat-Awat merupakan antara Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) yang terawal dibangunkan.

Dalam komponen pembangunan pertanian RGC, penduduk Sundar/Awat-Awat digalakkan mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar (air masin) selain ternakan ikan kolam (air tawar). Mereka juga digalakkan menanam buah-buahan seperti mangga selain menyertai skim tanaman padi dan menternak kerbau.

Melalui RGC dijangkakan taraf hidup penduduk di Daerah Kecil Sundar akan bertambah baik. Ini sudah mulai menunjukkan hasilnya melalui kelahiran beberapa usahawan desa yang kini mengusahakan kilang roti dan ikan salai (ikan tahai) secara komersil.

Di RGC Sundar/Awat-Awat, turut dibangunkan kawasan perumahan, lot-lot kedai, dewan masyarakat, kompleks mini sukan, masjid, kompleks pejabat-pejabat kerajaan serta sekolah.

Fakta Daerah Kecil Sundar

Keluasan 183.8 km persegi
Bilangan Penduduk 5,362 orang
Peratusan Komposisi Penduduk Mengikut Etnik 80.73% Melayu, 16.16% Lun Bawang & 3.11% Cina
Bilangan Kampung 20 buah
Aktiviti ekonomi utama 70% Nelayan, 25% pertanian & 5% peniagaan dan lain-lain
Kemudahan asas 90% mempunyai kemudahan elektrik dan air bersih yang dibekalkan oleh SESCO dan JKR
Sekolah Menengah (1), Sekolah Rendah (4), Klinik (1) & Pusat Giat Mara (1)
Agensi Kerajaan/swasta yang beroperasi Pejabat Daerah Kecil, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Jabatan Perhutanan, PDRM, Pos Malaysia dan Telekom Malaysia
Jenis pengakutan utama Kenderaan darat dan perahu
Jarak dari bandar terdekat Lawas (30 km) dan Trusan (13 km)
ADUN / Ahli Parlimen N61 – Lawas –YB Datuk Awang Tengah Ali Hassan
P193 – Bukit Mas – YB Henry Sum Agong

Antara projek pertanian yang dimajukan di Sundar ialah Projek Tanaman Buah-buahan di Kampung
Foto ehsan Pejabat Daerah Kecil Sundar

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998