|
 |
Kita percaya dalam usaha
kerajaan untuk merealisasikan k-society ,pembangunan dan pengurusan laman web
jabatan dan agensi kerajaan merupakan elemen yang tidak kurang pentingnya untuk
diberikan perhatian yang serius.
Mengapa?Ini kerana pembangunan dan pengurusan laman web jabatan dan agensi kerajaan
ini merupakan aplikasi e-kerajaan yang merupakan salah satu daripada tonggak
yang mendukung matlamat ini.
Sebagai mana yang kita janjikan dalam merealisasikan inisiatif e-kerajaan iaitu
“quality government service delivery anytime, anywhere,” pembangunan
dan pengurusan laman web berupaya memenuhi janji kita itu.
Melalui laman web,kita sebenarnya dapat mempertingkatkan jaringan serta perhubungan
kita dengan orang awam,sektor swasta dan juga dengan kalangan masyarakat antarabangsa
seperti para pelabur dan pelancong asing yang berminat untuk melabur dan melawat
negeri kita.
Melalui laman web juga,kita dapat ‘mencapai ’ serta memenuhi keperluan
atau kehendak pelanggan kita di mana jua mereka berada pada bila-bila masa yang
mereka perlukan – suatu situasi yang benar-- benar kita katakan sebagai
penyampaian perkhidmatan yang efisien. Dengan laman web juga,kita juga dapat
menyediakan perkhidmatan kita melangkaui batasan geografi tanpa mengira jantina,pendapatan,tahap
pendidikan dan sebagainya.
Selain daripada itu,saluran ini juga sebenarnya amat fleksibel yang mana kita
boleh menggunakannya untuk menyebarkan maklumat yang khusus hanya untuk golongan
sasaran yang kita hendaki.
Kefleksibelan ini harus kita gunakan sebaiknya sebagai medium untuk merapatkan
jurang maklumat dan pengetahuan di kalangan masyarakat di negeri dan negara
kita yang mana apabila ini dapat dicapai,akan membolehkan negeri dan negara
ini mencapai pembangunan ekonomi,fizikal,sosial dan politik yang lebih baik.
Maka kerana itu adalah perlu kita memberikan perhatian yang sewajarnya kepada
mutu kandungan dan persembahan laman web kita.
Bukan setakat itu sahaja,laman web kita juga perlu mempunyai hyperlink dengan
laman web lain.Untuk itu,adalah menjadi suatu kemestian untuk para webmaster
kita meluangkan masa untuk melakukan kajiselidik yang menyeluruh berkaitan dengan
laman web lain yang mungkin ada relevannya dengan perkhidmatan yang jabatan
atau agensi kita sediakan.
Dalam kata lain,apabila seseorang itu melawat laman web kita,dia akan mampu
mendapatkan maklumat tambahan lain yang berkaitan melalui capaian tambahan yang
terdapat di laman web kita.
Sebagai contoh,laman web NREB boleh menyediakan capaian tambahan atau ‘memandu
’ pelawat laman webnya untuk mendapatkan maklumat dari laman web lain yang
ada menyediakan bahan yang lebih terperinci misalnya berkaitan dengan pencemaran
dan isu-isu alam sekitar.
Dalam masa yang sama,dalam keghairahan kita membangunkan dan mengendalikan laman
web kita,adalah penting setiap maklumat yang dimuatkan di dalam laman web itu
diteliti akan kesesuaiannya untuk penerimaan dan pemahaman pelanggan kita ataupun
orang awam sebelum ianya dimuat naik (upload ).
Adalah perlu kita mengelak daripada menyediakan pelbagai maklumat atau terlalu
banyak maklumat namun ianya tidak begitu relevan kepada pelanggan kita atau
pelawat laman web kita. Sebagai contoh,didapati banyak laman web jabatan dan
agensi kerajaan di negeri ini yang memuatkan maklumat tentang projek-projek
kerajaan yang telah disiapkan.Walaupun maklumat ini betul dan berguna kepada
pendatang dan mereka yang ingin mengetahui
tentang infrastruktur,terutama sekali bangunan yang sudah sedia ada,namun ianya
tidak begitu relevan.
Bukankah apabila sesuatu projek itu telah siap,masyarakat akan pasti dapat melihatnya
secara fizikal dan dengan memuatkannya ke dalam laman web jabatan atau agensi
berkenaan sudah boleh dianggap tidak relevan lagi. Sebaliknya bukahkah lebih
baik,laman web berkenaan menyediakan laporan atau maklumat kemas kini pelaksanaan
setiap projek-projek yang dilaksanakan pada setiap bulan.
Maklumat sedemikian akan menarik perhatian orang awam atau pelawat laman web
kita,kerana mereka akan dari semasa ke semasa menunggu-nunggu akan kemajuan
projek berkenaan dan bila ianya akan siap sepenuhnya.Dalam masa yang sama dengan
maklumat yang diperolehi itu,mereka akan dapat merancang aktiviti mereka. Bukan
setakat itu sahaja,kita juga mesti mengambil langkah yang lebih berhati-hati
dengan memastikan maklumat yang dimuatkan ke dalam laman web itu adalah tepat
serta benar selain kemas kini di samping mesra pengguna.
Bersikap berhati-hati perlu namun jangan sampai ianya bertukar menjadi ‘takut
’ menyiarkan sebarang maklumat..‘Takut ’ menyiarkan maklumat
akan mengundang tanggapan bahawa kita menyembunyikan sesuatu. Kita harus telus
dengan maklumat yang ada kerana dengan demikian ianya akan dapat menangkis segala
tohmahan atau fitnah yang akan menjejaskan imej kerajaan bukan sahaja di mata
masyarakat kita malah juga di kalangan masyarakat antarabangsa.
|