|
 |
| Pintu masuk ke perkarangan kargo LPM |
Kumpulan Meningkat Mutu
Kerja (KMK), atau Quality Control Circle (QCC) Lembaga Pelabuhan Miri (LPM)
telah bermula secara aktif sejak awal tahun 2001 lagi. Sungguhpun KMK LPM berhadapan
dengan pelbagai rintangan, namun kegigihan dan komitmen setiap ahlinya telah
dapat mengatasi situasi yang getir.
Pada peringkat awal penubuhan KMK, ahli-ahli kumpulan kurang mendapat pendedahan
kepada teknik atau alat-alat KMK. Selain daripada itu, ahli-ahli sukar untuk
mengadakan mesyuarat kerana sibuk dengan tugas utama dan tugas-tugas lain.
Sungguhpun demikian, sikap prihatin pihak pengurusan LPM terhadap kumpulan KMK
telah meringankan beban yang dihadapi. Pihak pengurusan sendiri terlibat secara
langsung dalam pelaksanaan KMK di LPM sebagai Fasilitator Kumpulan.
Projek pertama LPM ialah “Kadar Penggunaan Dermaga Yang Rendah di Lembaga
Pelabuhan Miri” yang dipersembahkan oleh Kumpulan Dynamic 10 dalam Konvensyen
KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Sarawak di Kuching pada bulan Jun 2003.Terdapat
beberapa faktor yang menjadi pendorong utama ke atas penubuhan Kumpulan Dynamic
10 dan salah satu daripadanya ialah sebagai menyahut dasar kerajaan untuk menerapkan
nilai-nilai kualiti di dalam organisasi masing-masing.
Faktor kedua ialah untuk membantu organisasi menangani permasalahan yang timbul
di tempat-tempat kerja seperti membuat penambahbaikkan terhadap sebarang proses
kerja yang tidak lagi relevan atau sesuai dan sebagainya. Satu lagi dorongan
ialah untuk membantu organisasi dalam mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti
serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna pelabuhan.
Dalam projek ini, masalah utama yang dihadapi oleh LPM ialah kadar penggunaan
dermaga iaitu pada paras 11% -15% sebelum projek ini dilaksanakan. Tetapi setelah
projek dilaksanakan penggunaan dermaga telah meningkat sebanyak 53% jika dibandingkan
dengan tahun sebelumnya.
Pencapaian yang memberangsangkan ini menunjukkan tanej kargo telah meningkat
sebanyak 15.9% iaitu daripada 236,670 tan pada tahun 2001 ke 274,385 tan pada
tahun 2002.
Selain daripada itu, hasil pendapatan telah meningkat sebanyak 16.45% iaitu
dari RM4,704,742.00 pada tahun 2001 kepada RM5,478,547.00 pada tahun
2002. Lanjutan daripada kejayaan KMK pertama itu, KMK Q Kargo telah ditubuhkan
pada 6 Januari 2003 dan telah memutuskan untuk menangani “Masalah Kos Penukaran
Tayar Foklif Yang Tinggi di Lembaga Pelabuhan Miri.”
 |
En. Steven Chin, salah seorang daripada ahli Kumpulan
Q Kargo menerangkan cara-cara tayar
jentera foklif ‘dipotong‘ semula sebelum dipakai kali
kedua dan terakhir |
Latar
Belakang Projek KMK Q Kargo
Semenjak berpindah ke tapak yang baru di Kuala Baram pada tahun 1998, LPM telah
mencapai peningkatan yang agak memberansangkan dari segi pengendalian kargo
di dermaganya.
Peningkatan jumlah kargo yang dikendalikan juga telah menyumbang kepada penggunaan
jentera pemunggah yang tinggi dan kerap. Ini menyebabkan tayar jentera tersebut
cepat haus yang mana kos penukaran tayar telah mencatat jumlah sekitar RM58,580.00
@ 65.1% keseluruhan kos penyelenggaraan foklif pada tahun 2002.
Cadangan Penyelesaian
Justeru itu, kumpulan KMK Q Kargo ini telah membuat pemerhatian dan mendapati
tayar padu ( Solid Tyre) jentera pemunggah yang digunakan dapat dipanjangkan
jangka hayatnya melalui proses pembungaan semula ( re-cut). Pemanjangan jangka
hayat tayar-tayar tersebut secara langsung menyumbang kepada penurunan kos penyelenggaraan
untuk penukaran tayar jentera pemunggah.
Hasil
Selepas pelaksanaan projek (dari Januari hingga Jun 2003) terdapat penurunan
kos sebanyak RM11,160.00 iaitu 81% jika dibandingkan sebanyak RM58,580.00 pada
tahun 2002.
Projek KMK Akan Datang
Projek KMK yang baru yang akan dipersembahkan di Konvensyen KMK Sektor Awam
Peringkat Negeri Sarawak yang akan datang adalah berhubung dengan “Kekerapan
Pam Penyedut Tersumbat di Stesen Pam 3 dan Pam 4 Kuarters LPM.”
Menurut Encik Jos Radu, selaku Ketua Kumpulan Q Kargo, kumpulan KMK LPM yang
akan membentangkan projek itu akan dinamakan Aliran Q dan kumpulan tersebut
sedang dalam persiapan untuk membuat persembahan mereka.
Insentif
Sebagai insentif yang diberikan kepada mereka yang telah berkorban masa dan
tenaga untuk menjayakan projek KMK LPM, pihak pengurusan telah memberikan beberapa
pengiktirafan seperti Sijil Penghargaan, pakaian seragam kumpulan, bayaran Kerja
Lebih Masa atau cuti rehat, mendapat penghargaan melalui markah tahunan SSB,
dan mengikuti Konvensen mewakili LPM ke peringkat Negeri.
Ahli KMK berpuas hati terhadap keperihatinan pihak Jabatan dan Pengurusan dalam
usaha menggalakkan pelaksanaan KMK di peringkat Jabatan. Seterusnya ahli-ahli
kumpulan juga tidak melepaskan peluang ini untuk menambah dan memperluaskan
pengetahuan dalam bidang tersebut untuk kebaikan diri sendiri dan organisasi.
Penglibatan ahli-ahli secara langsung dalam pelaksanaan KMK telah memberi pendedahan
dan pengalaman baru terutamanya berkaitan dengan kaedah penggunaan alat-alat
dan teknik KMK dalam penyelesaian masalah masalah. Penglibatan dalam projek
KMK telah menyemarakkan semangat kerjasama dan semangat kerja berpasukan di
kalangan ahli-ahli kumpulan.
Ahli-ahli kumpulan berharap agar LPM terus bergiat dalam aktiviti KMK untuk
menyerapkan nilai-nilai kualiti pada setiap lapisan pekerja. Mereka ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak pengurusan dan fasilitator kerana memberi bimbingan
dan dorongan kepada semua ahli-ahli kumpulan.
 |
Perkakas letrik yang di gunakan untuk ‘memotong’
tayar jentera foklif supaya dapat digunakan kembali sebelum tayar-tayar
tersebut ditukar kepada tayar baru |
 |
 |
 |
Kenderaan bomba LPM yang khas ditempatkan di pelabuhan
untuk digunakan waktu kecemasan setempat |
Ahli Kumpulan KMK LPM Q Kargo bergambar beramai-ramai dengan
anggota RAKAN Sarawak di
ruang masuk ke LPM |
 |
 |
|