Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Bantuan Sara Hidup Kakitangan Awam Mulai 1 Januari 2006

Kerajaan dalam Bajet 2006 tidak melupakan sumbangan 1.2 juta kakitangan awam dalam memenuhi matlamat negara dan menghadiahkan mereka bonus bagi membantu mereka menampung perbelanjaan tambahan menjelang musim perayaan pada penghujung tahun ini serta untuk anak-anak bersekolah tahun depan.

Ketika membentangkan Bajet 2006 pada 30 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bonus antara sebulan dan satu setengah bulan gaji untuk kakitangan awam serta bantuan kos sara hidup antara RM50 hingga RM150 sebulan mulai 1 Januari depan.

Pemberian bantuan kos sara hidup (COLA) kakitangan perkhidmatan awam sebanyak RM150, RM100 dan RM50 sebulan akan mula dinikmati oleh anggota perkhidmatan awam Gred 1 hingga Gred 54 berkuatkuasa tahun depan.

“Bagaimanapun, sara hidup itu tidak merangkumi mereka yang mendiami kuarters atau menerima elaun wilayah,” kata beliau sewaktu membentangkan Bajet 2006 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kerajaan pada 31 Mei lalu secara dasarnya bersetuju mewujudkan semula COLA kepada kakitangan awam yang bekerja di bandar-bandar utama.

Ini berikutan kenaikan harga petroleum pada tahun ini yang menyebabkan kenaikan harga beberapa barangan hingga membebankan kakitangan awam.

Elaun saraan hidup itu pernah diberikan kepada kakitangan awam pada tahun 1960-an sebelum ditamatkan pada 1974.

Bantuan sara hidup itu ialah RM150 sebulan bagi mereka yang berkhidmat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Johor Baharu, Georgetown dan Butterworth. Sebanyak RM100 sebulan bagi mereka yang berkhidmat di 26 bandar lain dan RM50 sebulan bagi mereka yang bertugas di kawasan lain.

Bagaimanapun, bajet berkenaan tidak menyenaraikan 26 bandar lain dan kawasan lain itu. Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman berkaitan perkara itu berkata, pemberian COLA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006 itu akan membabitkan semua kakitangan awam tanpa mengira tempat bertugas mulai 1 Januari depan.

Beliau berkata, bagaimanapun COLA tidak akan diberikan kepada mereka yang mendiami kuarters, menerima elaun wilayah dan yang berada dalam kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Katanya, perkara yang akan membezakan jumlah COLA yang akan diterima itu sama ada RM150, RM100 atau RM50 adalah kawasan mereka bertugas.

“Untuk yang layak mendapat RM150, Perdana Menteri sudah sebut kawasan yang terlibat manakala yang layak mendapat RM100 adalah mereka yang bertugas di kawasan yang berada di bawah majlis perbandaran dengan melibatkan 26 bandar lain.”

“Untuk kawasan lain mereka akan mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM50 sebulan,” katanya di Putrajaya baru-baru ini. Bagaimanapun ada pihak
yang berharap agar bantuan COLA ini dapat diperluaskan meliputi semua kakitangan awam tanpa mengira sama ada mereka tinggal kuarters atau ada menerima elaun wilayah.

Ini kerana mereka yang berpendapatan rendah, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai contoh, kebanyakan mereka yang berjawatan sub-inspektor ke bawah tinggal kuarters atau flat. Pada masa yang sama alangkah baiknya kalau mereka juga layak menerima elaun COLA tersebut bagi membantu dalam meringankan beban perbelanjaan harian mereka dengan peningkatan kos hidup kini, khususnya di bandar-bandar utama di negara ini.

Di samping bonus dan COLA, elaun sedia ada juga diperbaiki dan diperluaskan lagi seperti berikut:

• Imbuhan Tetap Khidmat Awam gred 41 dan 42 serta pensyarah gred 45 ditetapkan kepada RM300 sebulan.

• Elaun penyelia kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM750 sebulan.

• Elaun guru KAFA ditetapkan sebanyak RM500 sebulan berbanding sebelum ini elaun maksimum bagi Semenanjung Malaysia RM288 sebulan dan bagi Sabah dan Sarawak RM336 sebulan.

• Bayaran insentif merawat pesakit tibi dan kusta sebanyak RM60 sebulan akan dipanjangkan kepada juruteknologi makmal dan perubatan, pembantu makmal perubatan dan atendan kesihatan yang bertugas di makmal Pusat Tibi Negara dan makmal Pusat Kusta Negara dan

• Bayaran insentif RM100 kepada petugas di bilik mayat yang telah diberi kepada atendan kesihatan akan dipanjangkan kepada petugas pembantu erubatan dan pembantu atendan esihatan yang bekerja di bilik mayat.
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998