Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Menghargai Sumbangan Terdahulu

Negara kita pada amnya sebuah negara yang telah melangkah ke alam dewasa – diukur pada usia kemerdekaan.

Malaysia telah wujud sejak 40 tahun yang lalu. Sungguhpun demikian, jika dilihat dari segi demografinya, negara kita secara relatifnya adalah sebuah negara yang muda - golongan belia termasuk juga golongan kanak-kanak dan remaja membentuk lebih daripada 50% daripada penduduk Malaysia.

Jangka hayat rakyat Malaysia juga telah meningkat dalam tempoh berkenaan dan sejak beberapa dekad yang lalu, peningkatan peratusan warga emas/tua juga telah menunjukkan pertambahan dari setahun ke setahun.

Ini semua adalah hasil dari peningkatan kualiti hidup masyarakat kita ke tahap yang lebih baik terutamanya dengan penyediaan kemudahan kesihatan bertaraf dunia oleh kerajaan dan juga pihak swasta dan boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Peningkatan jangka hayat dan kualiti hidup adalah produk yang kita perolehi daripada kepesatan pembangunan fizikal dan pertumbuhan ekonomi yang negara kita capai selama ini.

Disebabkan kepesatan kemajuan ini, telah berlaku penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar terutama di kalangan generasi muda menyebabkan generasi tua terpaksa ditinggalkan di kampung atau desa. Tinggallah mereka kesunyian di kampung.

Bagi mereka yang memiliki anak-anak yang sering pulang ke kampung setiap hujung minggu – tidaklah mereka berasa begitu dipinggirkan atau dibiarkan – masih ada tempat untuk berpaut kasih dan bermanja.

Namun terdapat juga situasi yang mana si anak tidak ingin pulang ke kampung menjenguk orang tuanya. Situasi sebegini sebenarnya agak bertentangan dengan budaya kita masyarakat timur yang salah satu nilai penting dalam kita bermasyarakat ialah menghormati orang tua.

Menyedari akan hal ini maka kerajaan telah mengisytiharkan tanggal 1 Oktober setiap tahun sebagai Hari Warga Emas/Tua sebagai salah satu usaha kita menyegarkan kemesraan, kasih sayang serta menghargai sumbangan generasi warga emas.

Seandainya ada yang berpendapat warga emas/tua seolah-olah tidak memberi apa-apa sumbangan ketika ini, maka pendapat itu salah. Perjuangan dan usaha warga emas/tua (sekecil mana pun) yang telah merintis jalan, menangani segala dugaan dan rintangan suatu ketika dahulu menjadi asas yang utuh buat kita generasi baru Malaysia menyusun stategi yang lebih mantap dalam perancangan pembangunan dan ini telah terserlah pada pencapaian yang kita nikmati hari ini.

Bagi kita di dalam perkhidmatan awam, setiap tahun kita akan terasa kehilangan rakan-rakan kita yang meninggalkan perkhidmatan awam kerana telah mencapai umur persaraan. Adalah suatu kerugian besar sekiranya kita generasi muda anggota perkhidmatan awam tidak mahu atau tidak sempat menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran yang mereka miliki.

Mungkin ilmu pengetahuan yang kita miliki kini tidak sama dengan ilmu pengetahuan yang mereka miliki ketika menyertai perkhidmatan awam, namun pengalaman dan kemahiran mereka dalam mengendalikan semua urusan perkhidmatan awam tidak harus kita perlekehkan.

Seharusnya kita timba dan pelajari daripada mereka dan sesuaikan dengan situasi semasa. Dengan berbuat demikian kita boleh memperbaiki urusan perkhidmatan awam agar menjadi lebih cekap dan perkhidmatan awam yang cekap adalah salah satu penyumbang utama kepada pembangunan negara yang lebih mantap.

Semua kita jika dipanjangkan umur, suatu hari nanti akan tergolong dalam golongan warga emas/tua dan pada ketika itu sudah pastinya kita mahukan perhatian serta kasih sayang dan juga dihargai daripada anak-anak atau generasi muda.

Oleh yang demikian, apabila muncul sahaja 1 Oktober setiap tahun, cuba kita lihat kembali sumbangan yang telah kita buat kepada warga emas/tua khasnya dan masyarakat amnya – adakah kita melakukannya? Atau adakah kita lalai? Atau adakah sumbangan yang kita lakukan itu memadai?

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998