Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Program “Eco Camp” di Sibu… capai kesedaran generasi muda terhadap alam sekitar

Fasilitator dan peserta Program “Eco-Camp” bergambar di hari terakhir program
Pendidikan alam sekitar dilihat suatu yang perlu dititikberatkan terutama-nya kepada generasi muda. Mereka inilah yang bakal mewarisi alam sekitar dan sekiranya mereka tidak diberikan pendidikan yang sewajarnya, ia pasti memberi kesan terhadap alam sekitar kelak.

Program “Eco Camp” anjuran Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran (NREB) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri serta Jabatan Hutan Sarawak di Sibu baru-baru ini adalah salah satu usaha yang dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut. Ia membantu meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab para pelajar terhadap pemeliharaan kualiti alam sekitar selain melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin terhadap alam sekitar.

Penganjuran“Eco Camp” adalah kali ketiga pada tahun ini dan berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang pelajar dari tujuh buah sekolah menengah di Sibu. Sebelum ini, ia telah diadakan di Bintulu dan Lundu.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat pelajar terhadap matapelajaran sains, geografi dan lukisan seperti ekosistem hutan, ekosistem sungai, video terumbu karang dan sebagainya, selain pendedahan tentang isu-isu alam sekitar yang terkini.

Selain itu, “Eco Camp” ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama dan toleransi melalui aktiviti berkumpulan serta menerapkan nilai murni rendah diri melalui aktiviti seperti jurit malam dan cintai sungai kita

Beberapa program juga telah dijalankan antaranya ceramah alam se-kitar dan mini bengkel. Salah satu program yang me-narik adalah Audit Alam Sekitar yang memberi peluang pelajar menerapkan konsep 5R (Rethink, Reduce, Reuse, Repair dan Recycle) dalam aktiviti kumpulan. Ia lebih menekankan kepada bagaimana pelajar dapat memainkan peranan dalam mengamalkan penjimatan tenaga secara berkesan.

Keutamaan pelajar yang terlibat dalam program “Eco Camp” ini adalah ahli Kelab PALS (Pencinta Alam Sekitar) yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah. Setakat ini, terdapat lebih 200 orang keahlian pelajar di seluruh negeri dalam kelab PALS sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999.

NREB bukan sahaja menjalankan pendidikan alam sekitar kepada pelajar malah turut mengadakan be-berapa aktiviti memupuk kesedaran alam sekitar kepada masyarakat setem-pat. Antaranya Dialog Bersama Ketua Masyarakat Tempatan, Bengkel Alam Sekitar dan Bengkel “Pembakaran Terbuka”.

Adalah diharapkan program kesedaran ini mampu menimbulkan kesan mendalam dan mencapai objektif ter-hadap golongan sasaran, seterusnya menyumbang ter-hadap pemuliharaan alam sekitar.

Aktiviti “menjejak Padang Ruai”
Aktiviti “Serikandi Alam”, mempraktikkan penggunaan bahan-bahan terbuang
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998