Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Ulang Tahun Ke-30 PUSAKA Diwarnai dengan Regatta Tanjung Manis 2003

Pelancaran Regatta Tanjung Manis 2003 oleh YAB Ketua Menteri
Perbadanan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada tahun ini meraikan sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-30. Sambutan itu telah dimeriahkan dengan penganjuran Regatta Tanjung Manis yang diadakan pada 15 hingga 16 Ogos lalu di Bandar Baru Tanjung Manis, Mukah.

Sesuai dengan pengan-jurannya sempena sambutan 40 tahun Sarawak merdeka melalui Malaysia pada tahun ini, kemeriahan dan sambutan yang amat baik daripada para peserta dan pengunjungnya telah menarik perhatian YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Haji Abdul Taib Mah-mud yang telah mencadangkan agar ia dijadikan acara dwi tahunan.

Selain melaksana dan merealisasi cita-cita kerajaan untuk membangunkan kawasan ini sebagai sebuah pusat pertumbuhan ekonomi yang penting di Lembah Rajang, usaha PUSAKA memperkenal Regatta Tanjung Manis sebagai satu lagi produk pelancongan untuk mempromosi Bandar Baru Tanjung Manis ke arena antarabangsa, serta me-masukkan aktiviti regatta itu dalam kalendar pe-lancongan negeri harus diberi pujian.

Sekurang-kurangnya ia membuka mata kepada masyarakat dari luar Tanjung Manis khususnya pelabur baru yang berminat untuk melabur di situ melihat sendiri perkembangan infrastruktur dan kemudahan lain yang disediakan di sana.

Pada regatta kali ini, dua kategori perlumbaan dipertandingkan iaitu ‘perahu balok’ dan ‘perahu panjang’. Perahu balok mempertanding satu kategori dan lapan kategori lagi ialah bagi perahu panjang.

Sebahagian daripada kira-kira tujuh ribu pengunjung yang datang menyaksikan Regatta Tanjung Manis pada hari kedua regatta Antara peserta pameran sempena
Regatta Tanjung Manis 2003


YAB Ketua Menteri mengguna teropong untuk melihat perahu yang baru dilepaskan dari garisan permulaan Semangat yang berkobar-kobar di kalangan pengayuh perahu panjang daripada pasukan orang kenamaan


Penyertaan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Jabatan Perhutanan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melancarkan lagi perjalanan Regatta Tanjung Manis
Canggih… ‘Robot kawalan jauh’
yang dimiliki PDRM antara yang menarik perhatian dalam pameran mini yang diadakan bersebelahan dengan pentas regatta


 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998