|
Memadam, menentang, mencegah dan
mengawal kebakaran serta menyelamat.
 |
Encik Ali Bema,
Penolong Pengarah Operasi |
B.O.M.B.A. dalam Bahasa Latin bermaksud ‘sebuah pam tangan’.
la mula-mula wujud di Eropah yang mana pada masa itu alat yang digunakan untuk
operasi pemadaman ialah sebuah pam tangan yang ditarik oleh tiga ekor kuda.
Bomba di Sarawak mula-mula ditubuhkan di Bandar Kuching pada tahun 1940. Pada
masa itu Bomba di anggotai oleh Pasukan Polis Sarawak. Ketika itu ia dinamakan
Bomba Bantuan dengan keanggotaan seramai 6 orang dan diketuai oleh PJ Shanon Esq.,
bertempat di Balai Polis Sentral, Kuching.
Keadaan berubah pada 1947 apabila perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ke arah
kemerdekaan dimetrai. Bomba telah diserah balik kepada Kerajaan Negeri dan Lembaga
Bandaran dan Luar Bandar.
Setelah diserah kepada Majlis Bandaran dan Luar Bandar, maka Balai Bomba kedua
telah dibina di Jalan Gartak berhampiran dengan Bangunan Elektra.
Seterusnya, pada 1969, selepas beberapa tahun mencapai kemerdekaan, Rancangan
Colombo dilaksanakan atas permintaan Menteri Perumahan.
Ketika itu seorang pakar dari Colombo datang ke Malaya memberi rekomendasi agar
Bomba disatukan. Laporan Rama lyer juga mahu Bomba disatukan.
Tidak lama kemudian Laporan Dato Yahya Abd. Wahab Ketua Setiausaha Menteri Perumahan
mengemukakan satu laporan khas dan bersetuju Bomba Sabah, Sarawak dan Semenanjung
disatukan.
Bermula dengan Bomba di Semenanjung disatukan iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang
dan diikuti oleh Melaka pada 1976.
Kemudian, pada 1981 Bomba telah diserah kepada Kerajaan Pusat. Pada 1982 perkhidmatan
Bomba di Sabah dan Sarawak disatukan dengan rasminya dan dinamakan Jabatan Bomba.
Sebelum penyatuan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibuat, Jabatan Bomba Negeri Sarawak
diletakkan di bawah Pentadbiran Majlis Daerah.
Semasa di bawah pentadbiran Majlis Daerah berapa buah Balai Bomba telah dibina
iaitu:-
1. Balai Bomba Padungan
2. Balai Bomba Bau
3. Balai Bomba Serian
4. Balai Bomba Simunjan
5. Balai Bomba Sri Aman
6. Balai Bomba Saratok
7. Balai Bomba Sarikei
8. Balai Bomba Bintangor
9. Balai Bomba Mukah
10. Balai Bomba Kanowit
11. Balai Bomba Kapit
12. Balai Bomba Sibu
13. Balai Bomba Miri
Konsep pembinaan Balai Bomba pada masa itu ialah mendirikan sebuah Balai Bomba
bagi satu daerah.
Apabila Perkhidmatan Bomba mula disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan, konsep
tersebut telah diubah, di mana satu daerah tidak semestinya mempunyai satu Balai
Bomba sahaja, tetapi ianya bergantung kepada risiko kebakaran, pertumbuhan sektor
pelancongan, sektor perindustrian dan sebagainya yang wujud dalam setiap daerah.
Berasaskan kepada keperluan tersebut dalam Rancangan Malaysia ke lima (1986-1990),
sebuah lagi Balai Bomba telah dibina di dalam Negeri Sarawak iaitu:-
1. Balai Bomba Bintulu
Selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat serta per-kembangan beberapa
sektor dalam tahun 1990, sebanyak 5 buah lagi Balai Bomba telah diluluskan pem-binaanya
dalam Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995), Balai-Balai Bomba tersebut ialah:-
1. Balai Bomba Kanowit
2. Balai Bomba Limbang
3. Balai Bomba Marudi
4. Balai Bomba Batu Lintang
5. Balai Bomba Lawas
Pada 21 Februari 1997, nama Jabatan Bomba Malaysia ditukar kepada
nama baru, iaitu sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Balai
Bomba Genting Highland.
Visi Jabatan
Ke arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia
Misi Jabatan
Untuk Mencapai Misi Ini Kami Komited Untuk Memberikan Perkhidmatan Kebombaan
Dan Penyelamatan Secara Profesional Dan Unggul Untuk Melindungi Nyawa, Harta
Benda Dan Alam Sekitar Serta Memberikan Perkhidmatan Perikemanusiaan Di Semua
Keadaan Bencana.
Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 5 menyatakan peranan dan tanggungjawab
JBPM yang merangkumi memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran serta
menjalankan kerja penyelamatan semasa kebakaran. Selain daripada itu mereka
juga menjalankan tugas penyelamatan dalam apa-apa bencana.
JBPM berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri,
pihak swasta dan pemunya atau penghuni bangunan dalam hal-hal keselamatan kebakaran.
Ini termasuklah:
- Merangka pembinaan sesebuah premis industri negara dimana JBPM berperanan
sebagai jawatankuasa teknikal dalam hal-hal kajian pelan iaitu dari segi keselamatan
kebakaran dan hal-hal kecemasan yang lain.
- Merangka Mutual Aid Agreement tentang pelan Kontigensi dalam menangani apa-apa
bencana termasuk kebakaran , bencana alam, runtuhan bangunan dan sebagainya.
- Merangka strategi menangani apa-apa bencana negara seperti termaktub dalam
Arahan MKN 20
- Merangka siri latihan tentang keselamatan kebakaran seperti melakukan Fire
Drill, Mock Drill dan lain-lain.
- Merangka dan merancang penubuhan keperluan Kadet Bomba, Pasukan Bomba Sukarela
dan Pasukan Bomba Bantuan.
Sejajar dengan perkembangan negara dan kemajuan
industri pembinaan, JBPM bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan berkaitan
dengan bahan-bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan, peralatan yang diguna-pakai
untuk tujuan penyelamat dan pema-daman (contohnya Jentera, Pam, Rescue Tool
dan sebagainya).
Penubuhan Unit Udara Bomba dan Penyelamat (UUBP) yang dibekalkan dengan dua
buah helikopter. Antara tugas unit ini termasuklah pemadaman kebakaran hutan
melalui udara, penyelamatan dan pemadaman kebakaran di bangunan tinggi dan operasi
mencari serta menyelamat di kawasan curam, tinggi dan persekitaran yang sukar
dimasuki melalui jalan darat.
Mengikut seksyen 37 Akta Perkhidmatan Bomba 1988, JBPM juga diwajibkan untuk
menguatkuasakan peruntukan-peruntukan yang termaktub di bawah Akta tersebut.
Ini bertujuan supaya premis yang terdapat di negara ini sentiasa mempunyai Pepasangan
Keselamatan Kebakaran (PKK) yang mencukupi dan boleh berfungsi pada setiap masa.
JBPM juga berperanan sebagai pakar untuk melatih pegawai-pegawai bomba berkenaan
keselamatan kebakaran di luar negara terutamanya tentang kebakaran hutan. Di
antara kerjasama yang telah diwujudkan adalah:
- Malaysian Technical Coope-ration Programme (MTCP)
- Pegawai Pakar dalam membendung dan memadam kebakaran hutan anjuran oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
- MoU dengan New South Wales Rural Fire Services dalam hal-hal kebakaran hutan,
- Memberi khidmat pakar dalam pemadaman kebakaran dengan negara Sudan.
JBPM juga telah mengambil tindakan yang proaktif dengan mengujudkan beberapa
perkhidmatan khusus (Multiskill) antaranya adalah:
- Perkhidmatan mencari dan menyelamat melalui udara. (Smoke Jumper, Must Team,
EMARS, Airborne)
- Perkhidmatan mencari dan menyelamat dalam air (Underwater Search, Tactical
Rescue Team)
- Perkhidmatan mencari dan menyelamat di darat (bencana gas dan bahan-bahan
kimia berbahaya, Rapid Intervension Motorclyce Unit, kemalangan jalanraya, Cliff
Rescue)
- Perkhidmatan Penyiasatan dan Pendakwaan
 |
 |
| Kelengkapan yang mencukupi dan dalam
keadaan sempurna perlu dipastikan sebelum operasi dimulakan |
Latihan memadam kebakaran di tempat
tertutup |
 |
 |
Salah satu kaedah menyelamat
mangsa kebakaran |
Anggota bomba sentiasa menjalani pelbagai
latihan, antaranya latihan menuruni bangunan menggunakan tali |
1940 Bomba mula-mula ditubuhkan di bandar Kuching ketika ia dianggotai
oleh Pasukan Polis Sarawak bertempat di Balai Polis Sentral.
la digelar sebagai Bomba Bantuan ke anggotanya seramai 6 orang dan ketuai oleh
Ketua Polis Sarawak PJ Shanon Esq.,
Pam yang digunakan pada masa itu adalah pam kuasa wap. Pam ini adalah pam yang
pertama jenis ini digunakan oleh Bomba Sarawak.
1946 Bomba Sarawak ditubuhkan di Kuching berhampiran dengan bangunan
Elektra House di tengah-tengah Pusat Bandar (Jalan Gartak) ketika itu Bomba
di tadbir oleh Majlis Bandaran dan Luar Bandar (KMC) keanggotaannya seramai
12 orang Ketua Mejar Dahlan.
1958 Balai Bomba dari Jalan Gartak dipindahkan ke Balai Bomba
Jalan Padungan Kuching.
Keanggotaannya seramai 40 orang dan masih di tadbir oleh Majlis Bandaran dan
Luar Bandar (KMC). Ketuanya ialah Encik Anthony.
1981 Bomba telah diserah kepada Kerajaan Pusat
1982 Bomba Sabah dan Sarawak disatukan dengan rasminya dan dinamakan
Jabatan Bomba Malaysia.
1986 Balai Bomba Baru dibina di Jalan Batu Lintang.
21.2.1997 Bomba diberi nama baru iaitu sebagai Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia di Balai Bomba Genting Highland.
|