Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 

Cakap Biar Serupa Bikin
Sebenarnya sejak kita dilahirkan kita telahpun diamanahkan oleh sesiapa jua dengan pelbagai tanggungjawab kepada orang dan persekitaran di sekeliling kita. Mungkin kita tidak sedar akan hal ini. Kita mungkin menjadi abang atau kakak yang terpaksa menjaga adik-adik, kita mungkin terpaksa ke kedai apabila disuruh berbuat demikian oleh ibu bapa kita. Semakin kita dewasa, semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. Namun semua ini akan menjurus kepada satu perkara iaitu bagaimana kita melakukannya. Sempurna atau tidak. Bagus atau tidak. Suka atau tidak. Mungkin kita rasa beban yang kita pikul amat berat jika kita diberikan amanah atau tanggungjawab oleh orang lain. Namun sedarkah kita mengenai tanggungjawab kita kepada diri kita sendiri?

Ada orang yang mahu melakukan yang terbaik. Gaya perlakuan, percakapan menunjukkan yang memang dia mahu yang terbaik. Namun gaya atau cakap ini tidak bererti apa-apa jika dia tidak mampu melaksanakannya. Cakap mesti sealiran dengan tindakan. Gaya atau percakapan menunjukkan sikap mahu bertanggungjawab. Namun jika tidak ada tindakan susulan, gaya dan percakapan ini menunjukkan keperibadian diri kita yang lemah. Tidak ada kejujuran dan harga diri kerana tidak melaksanakan janji pada diri sendiri. Siapa yang mahu kita tipu? Orang lain mungkin tidak melahirkan apa-apa tindakan kerana mereka tidak berpeluang untuk menyatakannya. Ataupun mereka tidak berani mengatakannya. Atau mereka memang tidak pedulikan kita kerana sememangnya kita tidak layak untuk dihormati atau ditegur atas keperibadian kita yang lemah itu. Mungkin itu pada pandangan orang lain. Bagaimana pula kita melihat diri kita sendiri ?

Seharusnya kita memikirkan sejujurnya tanggungjawab yang bakal kita laksanakan. Ada orang bangga dengan kebolehan dirinya sedangkan orang lain mentertawakannya. Ada orang yang malu dengan dirinya sedangkan orang lain mengaguminya.

Apa yang penting, kita mestilah percaya dengan kebolehan kita dan cuba melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik. Namun janganlah pula kita besar diri. Jangan pandang rendah pada orang lain. Kita perlu tahu sememangnya kita ini tidaklah sebijak mana kerana ada orang yang lebih bijak dari kita. Namun nasib telah menentukan kita memegang amanah yang besar sebagai ketua, sebagai pegawai, pengarah dan sebagainya. Tidak semestinya kita layak untuk memegang jawatan tersebut. Ada orang lain yang lebih layak tetapi mereka tidak berada di tempat yang betul pada masa yang betul.

Ibu bapa kita mungkin hanya petani biasa. Namun ini tidak bererti mereka bodoh. Keadaan hidup, tekanan hidup tidak mendorong mereka untuk berjaya. Namun mereka mempunyai akal fikiran yang tajam yang telah disemai dan dilahirkan dalam diri kita. Itu adalah bukti bahawa manusia bijak ada di mana-mana. Sama ada tua atau muda. Miskin atau kaya. Besar pangkat atau pekerja biasa. Mungkin telah ditakdirkan Tuhan bahawa sesetengah orang bijak pandai tidak berpeluang pun untuk berjaya. Dan bagi orang yang sederhana kebolehannya pula tidak semestinya mengalami kegagalan hidup. Oleh itu sebarang amanah dan tanggungjawab perlulah "cakap serupa bikin."

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998