Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Perkhidmatan Awam Negeri Perlulah Perpandangan Jauh (Bhg. 2)
Petikan Ucapan YB Datuk Amar SUK Pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Bilik Gerakan, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 09/08/2002

4. INTEGRITI

Kita yang sering mendengar dan bercakap tentang subjek "integriti".

Persoalannya, apakah tahap-tahap "conviction" kita terhadap integriti? Jawapan pada persoalan ini penting kerana ia adalah angkubah terutama dalam memahami tahap kejayaan pemantapan integriti di mana-mana sekalipun.

Apakah sikap sebenar diri kita terhadap sifat-sifat ini dan mana-mana lagi sifat mulia yang perlu ada pada seseorang berintegriti?

· sekadar setuju pada kemurnian sifat integriti?
· akan terapkan selagi ada faktor pendesak, contoh, setelah menjadi peraturan atau diarah ketua?
· ikut rentak dan irama?
· akan terapkan atas kemahuan diri sendiri kerana percayA ianya adalah sesuatu yang betul dan perlu?
· akan juga melindung dan menjayakan sifat ini bagi pihak-pihak lain?
· sudi belajar tetapi belum tentu akan lakukan?
· tunggu dan lihat (contoh, siapa mula dulu atau apa akibat jika tidak akur)?· bergantung pada faktor-faktor persekitaran?
· tunggu waktu hendak bertaubat menjadi baik atau jangkaan usia mendekati ajal?
· fikirkan apa pulangan yang boleh diperolehi jika dianggap sebagai berintegriti?

Persoalan-persoalan yang perlu pada jawapan:

·usaha kita tidak bermula dari "zero" tetapi mengapa setelah sekian lama, kita masih dibelenggu dengan kerisauan tentang ketidakpuasan tahap integriti yang boleh meyakinkan?
· apakah kita memang banyak melakukan "amar ma'aruf" tetapi kita terlalu "calculative" apabila hendak melakukan "nahi mungkar"?
· mengapa ada di kalangan masyarakat kita yang terlalu bergantung pada "signal" dan "hint" sebelum hendak bertindak, walaupun mengenai sesuatu yang jelas diterima sebagai nilai sejagat?
· setakat mana program latihan yang disediakan selama ini untuk menanam sifat integriti, menepati keperluan fitrah manusia, kepentingan dunia dan akhirat, serta dipantau dengan mekanisme yang berkesan?

5. KEUTUHAN PENGURUSAN

(i) Konsep pengurusan dan pemantapan keutuhan
Konsep pengurusan merangkumi perkara-perkara berhubung dengan kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber, pengurusan kewangan dan pelaksanaan program dan aktiviti Kerajaan. Mengapa penting memantapkan keutuhan pengurusan ?

(a) Mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan/ penyalahgunaan kuasa
- Pengurusan Perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan amat bergantung kepada sistem kawalan dalaman yang mantap; dan prosedur kerja yang kemas dan jelas. Sebaliknya sistem kawalan yang longgar dan prosedur kerja yang kabur bukan sahaja menyukarkan proses kerja tetapi juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai kelemahan lain. Kelonggaran sistem dan prosedur kerja memungkinkan tafsiran yang berbeza dan dengan itu keputusan yang dibuat juga berbeza. Sebahagian daripada keputusan yang dibuat mungkin kurang tepat atau bertentangan dengan undang-undang serta peraturan semasa. Kelonggaran ini juga membuka ruang kepada penggunaan budibicara yang sering boleh membawa kepada penyelewengan dan rasuah.

(b) Menjamin wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan Kerajaan
Kekukuhan pengurusan adalah penting untuk mencapai akauntabiliti dalam pengurusan kewangan kerana ia menjamin Perkhidmatan Awam sebagai pemegang amanah yang diberi tanggungjawab menjaga, mentadbir dan menguruskan kepentingan awam dan negara sentiasa mempunyai integriti dan kredibiliti yang tinggi.

Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan merujuk kepada akauntabiliti fiskal, pengurusan dan program. Akauntabiliti fiskal bermaksud menjamin semua akaun yang disimpan boleh dipercayai dan urusan dijalankan dengan luhur mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Akauntabiliti pengurusan pula bermaksud tanggungjawab anggota Perkhidmatan Awam untuk menggunakan sumber-sumber awam dengan cekap bagi mengelakkan pembaziran. Manakala akauntabiliti program bermaksud tanggungjawab pihak pengurusan untuk menentukan bahawa sesuatu program dirancang dengan teliti dan dilaksanakan menepati objektif yang telah ditetapkan.

(ii) Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) Peringkat Jabatan
Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998 telah dikeluarkan bertujuan untuk memantapkan keutuhan pengurusan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan melalui antara lainnya penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Peringkat Jabatan supaya usaha-usaha pembenterasan rasuah dan penyelewengan di kalangan anggota perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan oleh Agensi-agensi kerajaan secara dalaman, sistematik dan berterusan.

(iii) Apakah peranan Ketua Jabatan dalam soal ini ?
Peranan Ketua-Ketua jabatan dalam soal ini amat signifikan dan ianya harus menjadi agenda utama kita bagi mencapai matlamat ini. Adalah menjadi tanggungjawab semua Ketua Jabatan untuk mengemukakan
laporan suku tahunan yang mengandungi beberapa terma antaranya ialah perundangan, sistem dan prosedur kerja, nilai-nilai murni, kawalan dalaman dan sebagainya.

Berhubung
soal perundangan misalnya, Ketua-Ketua Jabatan boleh melaporkan jika terdapat undang-undang atau peraturan yang berkaitan di Jabatan masing-masing yang kabur, tidak kemas, tidak sesuai untuk digunapakai lagi atau jika terdapat perundangan yang longgar atau lapok yang boleh dieksploitasikan oleh mereka yang tidak jujur. Undang-undang ini harus dikaji dan dipinda bagi menutup ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Begitu juga jika terdapat
sistem dan prosedur kerja yang perlu dikaji bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan, ketelusan serta akauntabiliti dalam perkhidmatan di samping pencegahan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan terutamanya dalam pengurusan kewangan.

Selain daripada itu, penerapan
nilai-nilai murni seperti bersih, amanah, ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas perlu diberi penekanan dengan mengadakan program seperti ceramah, bengkel forum dan sebagainya. Falsafah kerja yang menggalakkan penghayatan nilai dan etika yang baik sewajarnya diwujudkan di setiap Jabatan.

[Untuk makluman,
kod budaya kerja penjawat awam akan dilancarkan pada esok hari bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam, diharap segala panduan dan intipati di dalamnya akan difahami dan dihayati/internalise dengan sepenuhnya]

Aspek
Kawalan Dalaman khususnya penyeliaan amat penting untuk mencegah penyelewengan. Bagaimana penyeliaan ini dapat dipertingkatkan?

(a) mewujudkan atau memperkemaskan sistem pemantauan urusan-urusan penting jabatan terutamanya yang melibatkan kepentingan orang ramai, urusan kewangan, perolehan, pembangunan dan penguatkuasaan;
(b) Mempercepatkan kelulusan terhadap seuatu permohonan;
(c) Mengesan masalah penyelewengan yang berlaku dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Saya ingin melahirkan kekecewaan saya terhadap rekod penghantaran laporan suku tahunan mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Peringkat Jabatan bagi suku tahun kedua tahun 2002 yang mana daripada 83 Jabatan termasuk Kementerian , Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, kurang daripada 50 % yang telah mengemukakan laporan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa laporan yang dikemukakan tidak semestinya merujuk kepada kes-kes rasuah atau perkara yang berkaitan dengannya sahaja tetapi apa yang penting ialah apakah proses penambahbaikan / pembaharuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan tuan di dalam usaha untuk membendung dan menutup ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah dan sebagainya.

Adalah menjadi harapan saya agar pada mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Peringkat Negeri yang akan datang, kita akan menyaksikan laporan seratus peratus daripada setiap Jabatan.

6. ISU-ISU AUDIT DALAM
The Internal Audit Unit in Jabatan Ketua Menteri had in the past twelve months revealed three cases of embezzlement of Government revenue, two cases of fraud in procurements and two cases of wrongful use of Government properties.

In one of the cases of embezzlement of Government revenue, a substantial amount of money had been lost. The officer who committed the crime had used computer software to delete and falsify records in the computer database. In the history of Sarawak, it was the first computer related crime that had been detected. This goes to show that people with criminal intent are becoming more sophisticated and are very up-to-date with modern technology for their naughty pursuits. They are always on the prey on weaknesses of internal controls and are quick to pounce when opportunities arise.

In the light of numerous cases of embezzlement, fraud and wrongful use of Government properties that had been detected over the last twelve months and also especially the case involving the use of computer to commit financial crime, it is urgently necessary that you review the adequacy and appropriateness of the internal controls you have put in place in your organizations to prevent the occurrence of such undesirable events. You should also carry out regular checks on your officers who are given responsibilities to monitor the implementation of internal controls to ascertain whether they are carrying out their duties properly. Apart from this, you should be observant about the life-style of your officers. If anyone of them has a life-style that is beyond his or her means, you should discreetly check whether he or she has abused the official role that has been assigned to him or her.

I wish to take this opportunity to remind you that under Section 18 of the Financial Procedure Act, 1957, any officer in the State Civil Service could be surcharged by the State Public Service Commission if he or she has failed to carry the financial and accounting responsibilities assigned to him or her

Perlu ditekankan di sini bahawa teguran-teguran audit harus diambil serius bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan wang awam.

PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN PROJEK

Seperti mana yang kita sedia maklum, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8.0 billion untuk projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Peruntukan yang besar ini iaitu Peruntukan Kerajaan atau "G" dalam pertumbuhan KDNK sudah tentu memberi implikasi besar ke atas pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri. Oleh itu semua Setiausaha Tetap, Residen dan Ketua Jabatan hendaklah memahami dengan jelas visi, misi dan objektif Rancangan Kerajaan ini serta implikasinya terhadap pembangunan negeri dan kumpulan sasaran. Dalam kontek ini "we should be able to see the forest (the big picture) and not just the trees". Oleh yang demikian saya ingin sekali lagi menegaskan supaya semua Setiausaha Tetap, Residen dan Ketua Jabatan memastikan supaya semua projek di bawah bidang kuasa masing-masing dilaksanakan mengikut jadual yang dirancangkan. Saya masih yakin bahawa sasaran kita untuk mencapai 100% pelaksanaan di bawah RMK8 bukanlah satu perkara yang mustahil. Sasaran ini akan menjadi kenyataan dengan adanya komitmen dan kerjasama penoh daripada semua pihak khususnya Setiausaha Tetap, Residen dan Ketua Jabatan,. Saya ingin meningatkan di sini bahawa sasaran ini mempunyai kaitan yang rapat dengan visi kita untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang 2020.

Bersambung pada keluaran akan datang
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998