Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak
Sistem pengurusan rekod yang sistematik menjadi keutamaan jabatan

Sedarkah anda bahawa wujud agensi khas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyimpan dan menjaga rekod-rekod penting kerajaan yang mempunyai nilai sejarah ?

Bercakap tentang perkara berkenaan, kita akan menjurus kepada peranan Jabatan Arkib Negara Malaysia iaitu bagi memastikan dokumen-dokumen penting yang pernah tercatit dalam diari pentadbiran kerajaan negara disimpan dan dijaga dengan terurus.

Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak telah berkhidmat sejak 26 tahun yang lalu selepas penubuhannya pada 1 Julai 1976. Ia merupakan cawangan kedua Jabatan Arkib Negara Malaysia selepas penubuhan Cawangan Johor/Melaka pada 1 Mei 1967.

Cawangan di Sarawak mula beroperasi di Tingkat 11, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Kuching sebelum berpindah ke Tingkat 1, Bangunan Bank Negara, Kuching pada 1 Julai 1978. Seterusnya pada 22 Jun 1988 pejabat ini berpindah pula ke Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching iaitu bangunannya sehingga ke hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Arkib Negara Cawangan Sarawak, En. Mokhtaruddin B. Lamsin, cawangan di Kuching dianggap sebagai Miniature Archives kerana ia menjalankan hampir keseluruhan aktiviti yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur.

Baginya, ini merupakan antara keistimewaan yang dimiliki oleh pejabat berkenaan di Kuching.

Misi dan Visi

Visi: untuk melahirkan generasi yang cintakan bangsa, negara dan warisan sejarah.
Misi: untuk menyimpan dan memelihara segala warisan sejarah dan maklumat negara yang bernilai kebangsaan dan sejarah dengan tujuan untuk mewujudkan suatu masyarakat yang berilmu, berwibawa serta mempunyai kesedaran kebangsaan dan semangat cintakan negara.

Objektif Jabatan Arkib

Rekod-rekod yang diterima dijilid dengan kemas
- Mengumpul, menyimpan dan memelihara semua rekod dan bahan-bahan arkib dari seluruh Negeri Sarawak yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan serta menyediakan kemudahan penyelidikan dan rujukan kepada agensi-agensi kerajaan dan orang awam.

- Membantu kerajaan mewujudkan satu sistem pengurusan rekod yang sistematik, efektif dan menjimatkan khususnya di kalangan Jabatan-jabatan

Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan di seluruh negeri Sarawak.

Dalam usaha mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan, Pejabat ini menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang utama iaitu :

- Mengesan dan memperoleh segala jenis rekod dan dokumen yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan untuk simpanan kekal di Arkib Negara.

- Menilai dan memilih rekod-rekod yang bernilai kekal untuk dipindahkan ke Arkib Negara dan memberi kebenaran pemusnahan kepada rekod-rekod yang tidak bernilai.

- Memproses rekod-rekod yang diterima bagi memastikan kelanjutan usia rekod tersebut bagi maksud simpanan kekal.

- Menyediakan khidmat rujukan dan kemudahan penyelidikan ke atas bahan-bahan arkib kepada agensi-agensi kerajaan dan orang perseorangan.

- Memberi khidmat nasihat tentang sistem pengurusan rekod yang lebih sistematik dan menjimatkan kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negeri Sarawak.

- Menjalankan aktiviti pengem-bangan di dalam usaha menyebarkan kekayaan koleksi arkib.

Koleksi Arkib

Jabatan ini menyimpan bahan-bahan yang terdiri daripada dokumen, rekod, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, gambar, kaset dan lain-lain bahan audio visual, tesis, surat-surat persendirian, fail dan sebagainya.

Fail-fail yang disimpan mengandungi minit mesyuarat, laporan, keputusan, sejarah pentadbiran jabatan dan lain-lain. Dengan kata lain jabatan ini menyimpan segala rekod dan dokumen yang bernilai kebangsaan dan sejarah.

Sehingga kini Jabatan Arkib Cawangan Sarawak mempunyai kira-kira 5,000 keping gambar, 50,000 unit bahan penerbitan dan 1,500 meter panjang fail.
Sebahagian daripada aktiviti rutin kakitangan di Jabatan Arkib iaitu menyusun atur dokumen dan bahan-bahan rekod

Perancangan masa hadapan

i. Rekod elektronik

Kebanyakan rekod-rekod kerajaan pada masa hadapan adalah dalam bentuk cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) dan mikrofilem. Untuk itu, teknologi komputer yang memerlukan perkakasan dan perisian tertentu untuk memperoleh atau membaca semula rekod-rekod yang tersimpan dalam media canggih perlu dikemaskini dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

ii. Sistem COMPASS (Compu-terised Archival System and Services)

Ia merupakan kaedah baru cara berurusan pemindahan rekod yang tidak aktif secara elektronik. Maklumat disalurkan melalui Sistem Senarai Pemindahan Rekod (SSPRJ) yang merupakan nadi dan perantaraan pengurusan rekod antara Jabatan Kerajaan dengan Jabatan Arkib. Kini Sistem COMPASS telah memasuki Fasa Ketiga yang akan melibatkan Cawangan Sarawak secara langsung dalam pelaksanaannya. Fasa pertama melibatkan core business Jabatan Arkib di Ibu Pejabat, sementara fasa kedua melibatkan Cawangan Perak dan Pulau Pinang.

iii. Bangunan sendiri

Keluasan pejabat 7,250 kaki persegi yang ada sekarang menyukarkan Jabatan Arkib Cawangan Sarawak melaksanakan program-programnya dengan lebih selesa. Tetapi, dengan pembinaan dan penyiapan bangunan baru di tapak seluas kira-kira 2.9 ekar di Jalan Bako (diluluskan tapak pada tahun 2002) akan membolehkan peranannya terus ditingkatkan pada masa hadapan.

iv. Pengembangan

Program untuk memperkenalkan Jabatan Arkib melalui ceramah dan pameran di sekolah-sekolah dan agensi-agensi kerajaan akan ditingkatkan. Skrip-skrip sejarah kemerdekaan dan yang berkaitan juga akan terus dihantar ke stesen-stesen radio untuk diumumkan kepada masyarakat.

Waktu Penyelidikan

Bagi membolehkan penyelidik dan orang awam membuat rujukan di Jabatan Arkib di Kuching, kaunter pertanyaan dan perkhidmatan dibuka pada hari seperti berikut;

Isnin-Jumaat
8.30 pagi-4.00 petang

Sabtu
8.30 pagi-12.30 tengahari

Jabatan ini juga sentiasa mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan yang mempunyai bahan-bahan bernilai sejarah supaya menyumbangkan bahan-bahan tersebut kepada Jabatan ini.

Melalui pelbagai usaha dan program yang dilaksanakan sehingga kini, adalah menjadi harapan kepada setiap warga Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak untuk menjadikan agensi ini sebagai pusat ilmu dan rujukan yang terkemuka suatu hari nanti.

Arkib Negara Cawangan Sarawak boleh dihubungi di alamat : Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak, Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak. Tel.: 082 - 243 486 / 256 554 Faks: 082-258 061. Laman web : www.arkib.gov.my
 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998