| Fokus Khas: Pendidikan
Kolej Komuniti
Membuka Luas Peluang Latihan Untuk Belia Sarawak
Artikel Sumbangan Unit Perancang Negeri
Penubuhan Kolej Komuniti (KK) di setiap kawasan Parlimen telah membuka lembaran baru dalam pendidikan teknikal dan vokasional negara ini.
KK anjuran Ke-menterian Pendidikan Malaysia ini wujud bagi menyediakan peluang pendidikan
Kolej Komuniti menawarkan peluang kepada golongan yang tidak berpeluang ke IPTA / IPTS
 |
dan latihan yang lebih luas kepada lepasan sekolah yang tidak berpeluang me-neruskan pendidikan di institut pengajian tinggi dan kolej.
Setiap tahun adalah dianggarkan bahawa seramai 50% lepasan sekolah tidak berpeluang untuk meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Dalam tahun 2000, misalnya, hanya 150,000 daripada sejumlah 350,000 lepasan SPM berpeluang meneruskan pendidikan mereka ke institut pengajian tinggi dan politeknik. Mereka terpaksa memasuki pasaran kerja tanpa memiliki sebarang kelayakan dan kemahiran.
Penubuhan KK ini berupaya menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pendidikan kepada golongan tersebut dan seterusnya men-yumbang ke arah meningkatkan jumlah tenaga kerja separa mahir dan mahir yang amat diperlukan oleh negara.
Objektif penubuhan KK ini dirancang agar menjadi sebuah institusi one-stop centre yang menyediakan peluang pendidikan dan latihan kepada semua peringkat masyarakat bagi membolehkan mereka memasuki pasaran kerja atau untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
Secara khususnya objektif KK adalah untuk :
- Menyediakan laluan alternatif untuk pelajar lepasan menengah dan yang tercicir daripada pendidikan formal.
- Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
- Membolehkan syarikat swasta menggunakan khidmat KK untuk memberi latihan kepada pekerja mereka.
- Mewujudkan kerjasama erat antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat.
- Menyediakan latihan kemahiran untuk memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat.
- Memberi peluang masyarakat setempat menggunakan kemudahan yang disediakan di KK .
- Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan pengetahuan dan perkembangan kerjaya.
Program yang ditawarkan
Kursus Sijil Fesyen dan Pakaian ada ditawarkan di Kolej Komuniti Petra Jaya
 |
Program yang ditawarkan berbentuk formal dan bukan formal dan menitikberatkan kemahiran hard skills dan soft skills. Aktiviti ekonomi setempat serta infrastruktur yang wujud di lokasi KK menjadi kriteria utama penentuan kursus untuk sesebuah KK. Kursus yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan diberikan keutamaan.
Tiga kategori kursus ditawarkan di KK iaitu :
1. Kursus Sijil KK
2. Kursus Diploma KK (ditawarkan kepada mereka yang tamat pengajian Sijil dengan baik)
3. Kursus jangka pendek
Antara kursus Sijil yang ditawarkan ialah automatif, animasi, fesyen dan pakaian, hotel dan katering, pelukis pelan senibina, pemprosesan dan kawalan mutu makanan, penyelenggaraan bangunan, sistem komputer dan sokongan dan teknologi elektrik.
Setakat ini sebanyak 24 kursus telah dikenal pasti untuk ditawarkan. Walau bagaimanapun, senarai kursus ini akan sentiasa dikaji dan dikemaskini untuk memastikan ianya memenuhi keperluan masyarakat dan industri.
Kursus Sijil dan Diploma KK mempunyai empat (4) ciri berikut :
1. Tempoh pengajian paling minimum bagi kursus Sijil ialah empat semester tanpa had masa maksimum
2. Tempoh pengajian paling minimum bagi kursus Diploma ialah enam semester tanpa had masa maksimum
3. Keutamaan adalah kepada kaedah hands-on dengan nisbah amalai : teori 75 : 25
4. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel
Para lulusan KK dijangka mempunyai kebolehan berikut :
1. Kemahiran yang diiktiraf oleh industri
2. Pengetahuan akademik yang asas untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Politeknik dan Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
3. Kemahiran tempat kerja seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran IT dan keupayaan memproses maklumat
Penawaran kursus pendek adalah berasaskan permintaan awam dan industri merangkumi kursus-kursus bukan formal yang mempunyai jangka masa singkat. Kursus-kursus jangka pendek yang telah dikenal pasti boleh dikategorikan dalam beberapacluster seperti pertanian, pembinaan, perniagaan, hospitaliti dan pelancongan, pembangunan manusia, industri dan ICT.
Penubuhan KK
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah bertang-gungjawab menubuhkan dan menguruskan kesemua KK. Sebanyak 193 KK dirancang akan dibina di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 50 buah dijangka akan mula pembinaan pada 2001.
Terdapat dua model pelak-sanaan berdasarkan pengambilan pelajar, iaitu Model B untuk menampung 1,000 pelajar dan Model B untuk 600 pelajar. Setiap model akan dilengkapkan dengan kemudahan fizikal seperti ruang untuk kursus. KK akan juga menyediakan kemudahan tambahan seperti kemudahan sukan indoor dan di mana perlu hostel dan kuarters.
Perkembangan Terkini
Kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti menekankan kemahiran seperti membaiki kenderaan
 |
KK perintis di Sarawak, satu daripada 10 projek perintis Kementerian Pendidikan Malaysia, terletak di Kawasan Parlimen Petra Jaya (P168) dan mula beroperasi pada Jun 2001. Sementara menunggu kampus induk di Bangunan SEGO Centre siap diubahsuai, KK Petra Jaya beroperasi di kampus sementaranya di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat.
Pelajar kumpulan pertama seramai 26 orang telah mendaftar pada 12 Jun 2001 untuk mengikuti dua kursus iaitu Kursus Sijil Automatif dan Kursus Sijil Fesyen dan Pakaian. Mereka menjalani sesi teori di SMT Sejingkat dan sesi amali di SMT Sejingkat dan SMT Matang.
KK Petra Jaya juga akan mena-warkan beberapa kursus sijil lain dan kursus jangka pendek yang bersesuaian dengan keperluan industri dan masyarakat tempatan.
Penubuhan KK di setiap kawasan parlimen akan membuka peluang pendidikan dan latihan yang lebih luas kepada semua anggota masyarakat dalam usaha meningkatkan keupayaan dan seterusnya kualiti hidup. Bagi memastikan lepasan sekolah yang tidak berpeluang memasuki IPTA, mereka seharusnya menggunakan sepenuhnya peluang pendidikan dan latihan yang ditawarkan oleh KK yang diwujudkan di setiap kawasan parlimen, kerjasama semua pihak termasuk guru, pemimpin tempatan dan ibu bapa amatlah diperlukan.
KK, sebagai satu program latihan alternatif, pasti akan membawa sinar harapan kepada beribu belia lepasan sekolah di Sarawak yang berminat dan berkeupayaan meneruskan pendidikan dan latihan tetapi tidak berpeluang berbuat demikian. KK menjanjikan masa depan dan kehidupan yang lebih cerah bukan sahaja kepada golongan belia yang tidak memiliki sebarang latihan dan kemahiran, juga kepada golongan pekerja dan anggota masyarakat yang mahu terus belajar dan memperbaiki diri. Setiap anggota masyarakat seharusnya memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terbuka luas ini dalam usaha membahagiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
|