Rakan Sarawak October 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Belanjawan Negara 2002

Prihatin dan Merangsang Ekonomi

Belanjawan Negara 2002 yang telah dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 19 Oktober 2001 baru lalu ternyata menunjukkan kerajaan tetap prihatin dengan keperluan rakyat dan kakitangan awam.

Dalam belanjawan yang berjumlah RM100.52 bilion itu, 67.33% atau RM66.98 bilion telah diperuntukan untuk belanja mengurus manakala 33.71% atau RM33.54 bilion untuk belanja pembangunan.

Dalam belanjawan kali ini, 3 strategi telah digariskan iaitu :

1. Memperkukuhkan semula pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan perbelanjaan dalam negeri, mengiatkan lagi fungsi sektor swasta serta meningkatkan daya saing

2. Mempelbagaikan sumber pertumbuhan melalui aktiviti dagangan dan perusahaan dalam negeri tanpa mengurangkan fungsi pelaburan dari luar dan memastikan eksport negara terus berkembang

3. Menentukan agihan kekayaan supaya lebih saksama antara bandar dan luar bandar, antara yang berpendapatan rendah dan antara yang berpendapatan tinggi dan antara negeri yang kurang maju dengan yang lebih maju.

Dalam Belanjawan 2002, sejumlah RM5.34 bilion iaitu peruntukan terbesar telah disediakan untuk pembangunan luar bandar.

Jumlah ini termasuk RM1.58 bilion untuk pertanian dan RM378 juta untuk pembangunan tanah dan wilayah. Sementara RM392 juta lagi untuk pembangunan kampung dan masyarakat.

Menurut YAB Perdana Menteri, kerajaan akan meningkatkan tahap liputan bekalan air bersih kepada 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 75 peratus di Sabah dan Sarawak dan 100 peratus bekalan elektrik menjelang akhir Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).

Untuk itu sejumlah RM185 juta disediakan untuk penyediaan bekalan air bersih luar bandar yang memberi tumpuan khusus di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

Sejumlah RM211 juta lagi disediakan untuk bekalan elektrik luar bandar yang meliputi kos pemasangan lampu jalan di 16,207 kampung di seluruh negara.

Kerajaan turut menyediakan peruntukan sejumlah RM202 juta untuk membina 383 projek klinik kesihatan.

Bagi aspek pendidikan luar bandar pula, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM900 juta dengan Sarawak dan Sabah menerima RM180 juta untuk pembinaan dan menaik taraf rumah guru serta menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik di sekolah.

Dalam belanjawan kali ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah untuk merangsang ekonomi negara. Antaranya ialah penurunan kadar cukai pendapatan individu di antara 1 dan 2 peratus, duti import 171 barangan antara 5 ke 35 peratus diturunkan kepada 0 ke 25 peratus yang melibatkan beberapa barangan seperti mesin menjawab telefon, komponen perabot dan kertas fotografi.

Selain daripada itu, sebagai galakan, kerajaan juga mengumumkan pemberian bonus 1/2 bulan gaji atau minimum RM1,000 bagi tahun 2001 kepada kakitangan awam.

Kerajaan turut mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 10 peratus bagi tahun 2002 untuk kakitangan awam.

Kerajaan turut mengumumkan beberapa kenaikan elaun. Antaranya ialah elaun kerja lebih masa pegawai perubatan naik kepada 50 peratus dari 25 peratus, sagu hati tahunan anggota sukarela keselamatan naik faripada RM400 kepada RM520, specialist grant sukarelawan tentera naik daripada RM150 setahun kepada RM300 dan daripada RM100 serta RM75 kepada RM200 bagi pangkat lain.

Bagi menggalakkan penglibatan aktif dalam sektor pertanian, kerajaan mengumumkan pemberian elaun 100 peratus modal untuk projek pertanian seperti tanaman sayur-sayuran, herba, ternakan ikan termasuk ikan hiasan, kerang dan tiram.

Selain itu, turut diperuntukkan RM10 juta bagi latihan pekerja dalam kemahiran pertanian moden.

Kerajaan juga memperuntukkan RM1.08 bilion bagi pembinaan kuarters kakitangan awam termasuk untuk perkhidmatan polis dan tentera.

Sementara itu, RM204.5 juta diperuntukkan bagi program kesejahteran rakyat dengan keutamaan bagi negeri yang mempunyai ramai rakyat termiskin.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut memberikan pengecualian cukai ke atas penggunaan dan pembangunan kad pintar dan peralatannya.

Pengecualian cukai sebanyak 85 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 80 peratus bagi tempoh 5 tahun untuk aktiviti penternakan ayam-itik di Koridor Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak turut diberikan.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998