Rakan Sarawak October 2001
   
 
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

  ISSN 1394-5726
 
Online Publisher:
 
Contents provided by:
 
 
Kerajaan Beri Bonus 1/2 Bulan Gaji Atau RM1,000 Kepada Kakitangan Awam

Lebih 850,000 kakitangan awam seluruh negara ini akan mendapat bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 bagi tahun 2001.

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata ini adalah sebagai menghargai sumbangan dan komitmen kakitangan awam, dan pembayaran bonus itu akan dibuat separuh pada Oktober, manakala bakinya November ini.

ÒSaya berharap ganjaran ini dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan, terutamanya bagi menyambut perayaan dan juga sebagai persediaan bagi perbelanjaan persekolahan anak,Ó katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2002 baru-baru ini juga turut mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 10 peratus atau tambahan berjumlah 1.2 bulan gaji setahun.

Pelarasan gaji kakitangan awam kali terakhir dibuat pada 1995. Bagaimanapun, pada tahun 2000, kerajaan telah menaikkan gaji pokok sebanyak 10 peratus.

Selain bonus dan kenaikan gaji, kerajaan turut menjadikan skim perkhidmatan Pegawai Perubatan Awam lebih menarik yang mana kadar Elaun Kerja Luar Waktu dinaikkan antara 25 hingga 50 peratus, bermula 1 Oktober 2001.

ÒKenaikan ini diharap meningkatkan motivasi pegawai perubatan yang dibebankan dengan kerja tambahan serta mengurangkan perbezaan imbuhan yang diterima oleh pegawai perubatan kerajaan dengan swasta,Ó katanya.

Penyertaan dan sumbangan anggota sukarela dalam pasukan keselamatan, khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pertahanan Awam juga dihargai, dengan itu kadar sagu hati tambahan bagi pegawai dan anggota berkenaan dinaikkan daripada RM400 kepada RM520 ringgit, iaitu kenaikan sebanyak 30 peratus mulai 1 Oktober 2001.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata bagi anggota sukarela ATM, kadar pemberian pakar (specialist grant) yang tidak pernah dikaji semula sejak 1958, dinaikkan 100 peratus daripada RM150 ringgit kepada RM300 setahun bagi pegawai, manakala bagi lain-lain pangkat dinaikkan daripada RM100 dan RM75 ringgit setahun kepada RM200 ringgit setahun mulai 1 Oktober 2001.

 
 
 
   Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda  

Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998