Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Rejimen 511 Askar Wataniah Bersama Mempertahankan Keselamatan dan Keamanan Negara

Penubuhan Askar Wataniah (AW)adalah penting kepada keselamatan negara bukan sahaja sebagai pertahanan kedua negara tetapi yang lebih penting adalah dari segi penglibatan orang ramai secara sukarela dalam menjaga keselamatan negara. Ini telah dapat dibuktikan dengan tertubuhnya volunteer force dalam tahun 1902,dan semasa perang dunia kedua pasukan ini telah berganding bahu dengan tentera British menentang tentera Jepun.

Begitu juga dengan penubuhan home guard dalam tahun 1950 untuk menentang pemberontakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya. Kini pasukan AW telah semakin pesat berkembang hasil keyakinan dari semua pihak khasnya kerajaan negeri dan Institusi Pengajian Tinggi.

Di samping itu juga,bilangan anggota sukarela semakin meningkat dengan penyertaan belia dan beliawanis dari semua lapisan masyarakat.Ini mencerminkan keprihatinan masyarakat umum terhadap kepentingan keselamatan negara.

Rejimen 511 AW ditubuhkan secara rasminya pada 7 Feb 1980 selepas pembubaran pasukan pertahanan Tempatan Sarawak pada awal tahun 1980. Proses penyusunan AW telah membawa kepada penubuhan Rejimen 511 AW bagi merekrut dan pelatih anggota sukarela dan tetap di Sarawak.

Lokasi pertama pasukan ini terletak di Kuching Garisen apabila Komplek Penrissen disiapkan pada 1975.Pasukan ini telah berpindah ke lokasi yang ada
sekarang iaitu di Kem Ria,Kuching.

Bersiap sedia ... anggota-anggota Rejimen 511 Askar Wataniah sedang menjalankan latihan supaya bersedia pada bila-bila masa bantuan diperlukan

Sebelum penubuhan PPT Sarawak,4 orang pegawai dan 360 orang anggota LLP dikerah dari Semenanjung Malaysia untuk mengawal Sasaran Penting di Sarawak. Manakala 2 orang pegawai dan 17 LLP perintis tadi ditugaskan melatih anggota sukarela tempatan yang kemudiannya dikerah bagi menggantikan anggota kerahan dari Semenanjung.Seorang daripada pegawai kerahan itu ialah Lt M Yahya bin Taib dari PPT Selangor.

Pada 1 Feb 1980,PPT Sarawak telah dibubarkan dan berlakunya proses penyusunan semula AW di Sarawak menjadi Rejimen 511 AW. Pasukan ini mempunyai anggota PSTD dari seluruh Sarawak seperti Kuching,Serian,Pantu,Sri Aman, Simunjan,Lubok Antu,Betong, Saratok,Engkilili,Sebuyau,Song,
Sarikei,Lundu,Sematan dan Bau.

Dalam era 1980-an,aktiviti pasukan difokuskan kepada merekrut dan melatih anggota sukarela dan juga tetap. Dalam tahun-tahun 1990 hingga 1997,pasukan telah mengorak langkah dan mencipta beberapa kejayaan.Era ini memperlihatkan perlantikan Komander Pertama Rejimen,iaitu Kol Datuk Amar Haji Hamid Bugo hingga September 1999 dan seterusnya jawatan Komander itu disandang oleh Brigadier Jeneral Datuk Amar Haji Abdul Aziz Hussain yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sehingga sekarang.

Dengan pemindahan Rej 510 AW dari Johor ke Kem Sri Rejang, Sibu pada Januari 1993,kawasan tanggungjawab Bn 3/511 AW yang meliputi Bahagian Sibu,Kapit, Bintulu,Miri dan Limbang diserahkan kepada Rej 510 AW. Dengan ini juga Bn 3/511 AW digerakkan ke pengkalan baru di Kem Sematan.

Sepanjang 18 tahun penubuhannya,lokasi Markas Rej 511 AW telah ditempatkan di beberapa tempat yang berlainan seperti pada Januari 1983,Markas Rejimen telah mengambil alih Kem Balai Ringin.

Manakala mulai 1983,Markas Rejimen ditempatkan bersama dengan 2 Kavalri DiRaja,Kem Penrissen. Pada 1984,ia ditempatkan pula di Wisma Bentara Markas 3 Bgd.Mulai 1984, Markas Rej 511 AW ditempatan di Kem Penrissen Lama.Akhirnya mulai 24 Jun 1995 sehingga sekarang Markas Rejimen ditempatkan di Kem Ria.

Sejak penubuhan Rej 511 AW 25 tahun yang lalu,Rejimen telah merekrut,melatih dan mentadbir seramai 10,523 anggota sukarela.Kekuatan Rejimen sekarang adalah terdiri daripada 91 Pegawai dan 1,608 lain-lain pangkat.

Senaman ... setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani senaman
untuk menguatkan daya fizikal dan juga mental

Wawasan dan Misi Regimen 511 AW

Rejimen 511 AW berwawasan membentuk satu pasukan askar wataniah yang terlatih, berpengetahuan dan komited di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya dapat membantu angkatan tetap dengan berkesan baik pada masa aman atau perang bagi menentukan keselamatan dan kedaulatan negara terus terjamin.

Misinya adalah untuk membuat pengambilan secara optimum,melatih,mentadbir dan mengekalkan kekuatan dan kemahiran anggota supaya menjadi satu angkatan sukarela yang cekap dan berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan untuk membantu angkatan tetap apabila diperlukan.

Sungguhpun situasi masa kini aman dan makmur,kita harus sentiasa berwaspada terhadap sebarang ancaman,di samping bersedia untuk mempertahankan negara kita. Ini adalah tanggungjawab semua warganegara Malaysia dan Askar Wataniah merupakan landasan padu untuk membuktikan kerelaan anggota sukarelanya berlatih dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran kepada keselamatan dan pertahanan negara.


Keunikan Askar Wataniah

Mereka adalah orang awam yang dilatih untuk berperang mengikut kepakaran atau bidang masing-masing

Berpeluang untuk dikerah dan diserap menjadi anggota tentera apabila diperlukan dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

Berpeluang menghadiri kursus di pusat-pusat latihan tentera darat.

Menerima gaji/elaun dan pemberian insentif yang lebih baik daripada organisasi awam yang lain.

Anggota sukarela adalah tertakluk kepada undang-undang tentera apabila mereka melaksanakan latihan dan penugasan sebagai anggota sukarela.

Keanggotaan Askar Wataniah

Pegangan Keseluruhan - 52 %
Wanita - 32.8 %
Lelaki - 67.2 %
Kakitangan Kerajaan/Swasta - 14.3 %
Bekerja Sendiri - 85.7 %

Syarat-syarat menyertai Askar Wataniah

Bagi seseorang yang ingin menyertai dan melibatkan diri secara sukarela demi mempertahankan keamanan dan keselamatan negara, berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi :

Seorang warganegara Malaysia.

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh mengangkat sumpah. Walau bagaimanapun mereka yang ingin masuk berkhidmat di dalam pasukan-pasukan infantri AW hendaklah berusia antara 18 hingga 26 tahun.

Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

Kelayakan akademik tamat sekolah Darjah 6 dan boleh membaca dan menulis.

Tempoh permulaan perkhidmatan ialah 5 tahun.

Kelayakan fizikal adalah seperti berikut:

tinggi minimum ] 1.57 meter bagi lelaki dan 1.4 meter bagi wanita

berat minimum ] 47.5 kg bagi lelaki dan 40.5 kg bagi wanita

ukuran dada - 76cm (lelaki sahaja)

tidak cacat penglihatan dan rabun warna

Dokumen-dokumen yang perlu ada :

Gambar Ukuran Pasport 3 Keping;

Salinan Kad Pengenalan 2 Keping;

Salinan Sijil Lahir 2 Keping;

Salinan Sijil Berhenti Sekolah 2 Keping;

Salinan Sijil Persekolahan 2 Keping.

Bagi Anggota Berkahwin,

Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri 2 Salinan;

Salinan Sijil Lahir Isteri/Suami 2 Salinan;

Sijil Nikah 2 Salinan;

Sijil Masuk Islam 2 Salinan.

Jenis-Jenis latihan yang dilaksanakan

Latihan Tempatan

Latihan ini juga dikenali sebagai latihan bulanan dan akan dilaksanakan selepas anggota diterima masuk sebagai anggota sukarela. Anggota sukarela akan menjalani latihan selama 240 jam dalam tempoh setahun. Latihan akan dilaksanakan di kawasan penempatan yang di tetapkan oleh batalion. Jumlah minima bagi setiap sesi latihan adalah 2 jam dan tidak melebihi 12 jam.

Latihan Lanjutan

Latihan ini tertumpu kepada latihan kolektif, diadakan selama tidak kurang daripada 3 hari (72 jam) dan jumlah maksima selama 14 hari. Selalunya rejimen mengadakan latihan ini sebanyak 2 siri dan setiap siri selama 7 hari. Siri lanjutan khas juga diadakan dan tertakluk kepada keperluan pihak atasan seperti latihan gabungan, perbarisan hari kebangsaan atau harijadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri.

Latihan Kem Tahunan

Latihan ini adalah merupakan kemuncak kepada aktiviti latihan anggota sukarela yang diadakan sepanjang tahun. Latihan ini diadakan selama 15 hari secara berturut-turut. Fokus latihan adalah kepada aktiviti rejimental dan kemahiran.

Kenaikan Pangkat Askar Wataniah

Pegawai

Leftenan Muda ke Leftenan. Telah berkhidmat 2 tahun dengan memuaskan dan telah menghadiri kursus kerjaya yang ditetapkan.

Leftenan ke Kapten. Telah berkhidmat 4 tahun dengan memuaskan dan telah menghadiri kursus kerjaya yang ditetapkan.

Kapten ke Mejar. Telah berkhidmat 5 tahun dengan memuaskan dan telah menghadiri kursus yang ditetapkan.

Mejar ke Leftenan Kolonel. Telah berkhidmat 6 tahun dengan memuaskan dan telah menghadiri kursus kerjaya yang ditetapkan.

LLP

Prebet ke Lans Koperal. Telah berkhidmat tidak kurang dari 2 tahun dan menghadiri kursus yang ditetapkan.

Lans Koperal ke Koperal. Telah berkhidmat tidak kurang dari 4 tahun dan menghadiri kursus yang ditetapkan.

Koperal ke Sarjan. Telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun dan menghadiri kursus yang ditetapkan.

Sarjan ke Staf Sarjan. Telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun dan menyandang pangkat sarjan selama bulan serta telah menghadiri kursus yang ditetapkan.

Staf Sarjan ke Pegawai Waren Dua. Telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun dan menyandang pangkat sarjan atau staf sarjan tidak kurang daripada tahun serta telah menghadiri kursus yang ditetapkan.

Pegawai Waren Dua ke Pegawai Waren Satu. Telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun dan menyandang pangkat PW 2 tidak kurang daripada 1 tahun serta telah menghadiri kursus yang ditetapkan.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998