Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
MyIPO Badan Pelindung Harta Intelek

Pendaftaran harta intelek membantu pemilik mendapatkan hak cipta mereka
Kerajaan menyedari bahawa pembangunan harta intelek dilihat secara tidak langsung dapat mengalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sesuatu produk atau inovasi baru di pihak organisasi atau individu di samping memberi jaminan perlindungan serta hak eksklusif terhadap pereka cipta bagi menggalakkan lagi usaha pengkomersilan harta intelek.

Oleh yang demikian, penubuhan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 3 Mac 2003, sebagai badan berkanun yang mempunyai autonomi penuh dari segi pentadbiran harta intelek dilihat sebagai usaha kerajaan dalam melindungi hasil pencipta tempatan serta menggalakkan lagi sektor harta intelek.

MyIPO mempunyai peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pembangunan harta intelek dengan menyediakan sistem perlindungan harta intelek yang kukuh bagi menggalakkan penciptaan harta intelek, pelaburan dan perdagangan.

Dari segi perkhidmatannya, selain urusan pendaftaran, MyIPO menyediakan perkhidmatan memungut dan menguatkuasa pembayaran yuran yang ditetapkan dalam perundangan harta intelek, mengawal selia dan mengemaskini perkara berhubung perundangan harta intelek.

MyIPO juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai harta intelek kepada orang ramai dengan mengadakan program kerjasama peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Perlaksanaan sistem perlindungan hak harta intelek dilaksanakan MyIPO untuk :

Mengubal undang-undang yang berkaitan untuk mengalakkan penciptaan rekaan baru, inovasi dan aktiviti harta intelek kreatif

Memberi perlindungan kepada harta intelek selaras dengan amalan perdagangan antarabangsa

Mengesan perkembangan bidang harta intelek di peringkat tempatan dan antarabangsa serta membuat dasar

Memastikan pendaftaran paten dilakukan selaras dengan Akta Paten 1983

Memastikan pendaftaran cap dagangan dilakukan selaras dengan Akta Cap Dagangan 1976

Memastikan pendaftaran reka bentuk perindustrian dilakukan selaras dengan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

Memastikan pendaftaran petunjuk geografi dilaksanakan selaras dengan Akta Petunjuk Geografi 2000

Menyediakan pusat sumber maklumat mengenai harta intelek untuk memudahkan penyelidikan dan penyebaran maklumat mengenai harta intelek

Antara perkhidmatan yang diberikan:

Pemberian Paten dan Sijil Perbaharuan Utiliti

Pendaftaran Cap Dagangan dan Cap Perkhidmatan

Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian, Pendaftaran Petunjuk Geografi

Khidmat nasihat mengenai harta intelek

Kemudahan carian awam bagi Paten dan Cap Dagangan, penyebaran maklumat berhubung perkara yang berkaitan harta intelek.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Perbadanan Harta Intelek Malaysia Tingkat 32, Menara Dayabumi, Jalan Hishamuddin, 50623 Kuala Lumpur Tel : 03-22742100 Fax : 03-22741332

Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Cawangan Sarawak Tingkat 8,Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak Tel : 082-259073/259075 Fax :082-259052 Atau layari di Laman Web MyIPO di www.mipc.gov.my

Cap dagangan yang pertama di Sarawakdidaftarkan pada 3 Oktober 1934

Pendaftaran Harta Intelek

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN HEP) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sedang melaksanakan langkah-langkah tegas bagi mempercepatkan proses pendaftaran harta intelek termasuk paten, cop dagangan dan reka bentuk perindustrian di Malaysia.

Ini termasuk pengambilan pegawai penguatkuasa tambahan, peningkatan sistem automasi dan latihan di kalangan pegawai dan kakitangan. Perkhidmatan pendaftaran yang lebih cekap dan cepat juga sentiasa menjadi keutamaan. Kementerian juga telah menetapkan sasaran standard pemprosesan yang digunakan mulai tahun ini, iaitu empat tahun bagi paten, satu tahun bagi cop dagangan dan sembilan bulan bagi reka bentuk perindustrian.

Standard itu adalah setanding dengan standard di kebanyakan negara maju serta selaras dengan matlamat negara menyertai WIPO (World Intellectual Properties Organization) pada tahun 1990. Rekod KPDN & HEP menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang memuaskan mengenai pendaftaran harta intelek, khususnya pendaftaran paten.

Setiap tahun kira-kira 5,000 hingga 6,000 permohonan pendaftaran dibuat. Walau bagaimanapun, prosidur serta syarat yang perlu dipatuhi menyebabkan
permohonan hanya dapat diselesaikan dalam lingkungan empat tahun dari tarikh pendaftaran.

Di Sarawak

Pendaftaran harta intelek mempunyai sejarah yang boleh dikatakan cukup matang. Harta intelek yang pertama didaftarkan di negeri ini tergolong di dalam kategori Cap Dagang bertarikh 3 Oktober 1934.

Dari tahun 1934 hingga 1976, sejumlah 28,057 pendaftaran harta intelek telah direkodkan oleh pejabat wilayahnya di Sarawak. Selepas tahun 1976, tugas kelulusan pendaftaran harta intelek telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Pejabat wilayahnya di Sarawak dan Sabah hanya berfungsi menerima pendaftaran yang kemudiannya akan disalurkan terus ke Kuala Lumpur untuk kelulusan dan rekod.

Ketika ini dianggarkan terdapat kira-kira 28,000 Harta Intelek yang berdaftar di Sarawak, yang mana hanya kira-kira 50 peratus (14,000) yang aktif kerana sentiasa diperbaharui. Hampir kesemuanya adalah dalam kategori Cap Dagangan.

Beginilah statistik terkini pendaftaran harta intelek di SarawakEncik Atek @ Sakas Sanggeng, Pegawai
Hal Ehwal Ekonomi MyIPO Cawangan Sarawak memberitahu

Jenayah Harta Intelek

Usaha berterusan dilaksanakan untuk membanteras kegiatan pengeluaran, pengedaran dan penjualan VCD, DVD dan CD haram. Ia dibuktikan oleh tindakan penguatkuasaan yang dijalankan secara tegas dan berterusan.

Bagi tempoh dari tahun 2000 hingga April 2005, sejumlah 118,509 serbuan telah diadakan. Serbuan itu menghasilkan 31,742 kes dengan jumlah rampasan 28.3 juta keping CD dan VCD.

Rekod KPDN & HEP pada tahun lalu menunjukkan terdapat 44 buah syarikat yang mengeluarkan cakera video (VCD) cakera video digital (DVD) dan cakera audio (CD) di negara ini. Walau bagaimanapun, empat buah kilang tidak dibenarkan untuk membaharui lesen dan sebuah lagi telah dihentikan operasinya.

Sehubungan itu, hanya ada 39 buah yang masih beroperasi secara sah dan dalam pemantauan oleh pihak KPDN&HEP untuk memastikan bahawa barang yang dihasilkan adalah tulen.

Kempen Kesedaran

Selain menjalankan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang menjual VCD, DVD, CD dan juga barang-barang tiruan, pihak KPDN&HEP juga menjalankan kempen kesedaran untuk mendidik orang awam supaya menghormati harta intelek dan juga membeli barang-barang yang asli ataupun yang bukan cetak rompak.

Walaupun demikian, tidak dinafikan aktiviti pengedaran VCD, DVD dan CD haram masih berlaku. Antara faktornya ialah kesukaran untuk mengesan aktiviti tersebut yang melibatkan sindiket berupa operasi secara terancang, teknik pengeluaran yang mudah, permintaan yang tinggi dan pulangan pengeluaran yang lumayan.

Sebenarnya, orang ramai mempunyai hak untuk membuat laporan kepada KPDN & HEP atau kepada pihak polis jika terdapat pelanggaran harta intelek. Bagi pihak yang mengesyaki harta inteleknya ditiru oleh orang lain, dia juga berhak membuat laporan polis, seterusnya membawa kes itu ke mahkhamah
bagi mendapatkan tuntutan kerugian atau untuk menghentikan kegiatan yang tidak beretika itu.

Institusi Pengajian Tinggi

Orang ramai sentiasa dialu-alukan untuk datang bertanya tentang kemusykilan yang dihadapi

Peranan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dalam menghasilkan produk penyelidikan yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan tidak harus dipandang ringan. Kerana itu, pameran diadakan dari semasa ke semasa bagi membantu pihak IPTA dan IPTS mempromosikan produk-produk penyelidikan mereka. Usaha pihak IPTA mewujudkan unit atau pusat bagi menggalakkan peningkatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersilan produk di institusi masing-masing juga harus diberi pujian.

Fungsi Timbalan Naib Canselor telah disusun dengan mewujudkan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi bagi mengawal setiap aktiviti pengkomersilan serta R&D di IPTA.

Daya usaha mereka itu sungguh memberangsangkan apabila sehingga akhir tahun 2003 sahaja 170 paten didaftarkan dan 50 produk berjaya ikomersilkan oleh IPTA tempatan dengan industri yang menghasilkan pulangan sebanyak RM48.1 juta.

Malah, IPTA di negara ini telah pun berjaya memenangi pelbagai pingat sama ada di pameran International Exhibition New Invention, Technique And Product di Geneva dan di pameran In-tech 2004 di Pittsburgh , Amerika Syarikat.

Selaras dengan potensi itu KPDN & HEP juga telah mewujudkan Bahagian Komersial R&D di bawah struktur barunya. Di antara fungsi bahagian itu ialah
menguruskan perkara berhubung pengkomersialan paten, pembahagian harta intelek dan memudahcarakan royalti, membantu universiti mewujudkan kerjasama dengan industri universiti dan pusat pendidikan antarabangsa sama ada dalam negara atau luar negara serta menyelaras pameran ekspo di dalam dan luar negara.

Bagi IPTS pula, kejayaan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) harus dijadikan contoh. MMU telah berjaya menjalinkan pelbagai bentuk hubungan kerjasama dengan pihak swasta dan menerima pelbagai geran bagi R&D , khususnya dari pihak Microsoft, Intel, Mitsubishi, Hitachi dan banyak lagi syarikat multinasional lain.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998