Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak
A MONTHLY SUPPLEMENT OF RAKAN SARAWAK BULLETIN

(People, events, activities and programmes which make for a total quality-managed Sarawak Civil Service)

ISSN 1394-5726

 
   Online Publisher:
   
 
   Contents provided by:
   
 
Pembinaan Jalan Raya Mampu Pertingkatkan Pembangunan

Daerah Song yang mempunyai kira-kira 20 ribu penduduk merupakan antara daerah yang belum dihubungkan dengan sistem jalan raya utama di negeri ini. Keadaan itu sedikit sebanyak telah mempengaruhi rentak pembangunan di seluruh daerah sungguhpun telah berstatus daerah sejak tahun 1973.

Sehingga hari ini hanya terdapat 12 km jalan berturap yang telah dirancangkan dan kini giat dalam pelaksanaan iaitu Jalan Nanga Takan – Tekalit.

“Keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan sungai yang terdapat di sana-sini merupakan faktor utama kesukaran membawa projek jalan ke daerah ini,” Pegawai Daerah Song, En. Boniface Intang Apat memberikan penjelasan.

Menurutnya, kaedah pengangkutan yang utama untuk menghubungi daerah itu ialah melalui jalan sungai iaitu menggunakan bot ekspress dari Bandar Sibu. Perjalanan mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Katanya, “Di kawasan pedalaman dan petempatan penduduk, sampan, perahu dan bot persendirian masih menjadi keperluan asas untuk mereka bergerak.”

Terdapat kira-kira 141 buah rumah panjang dan dua kampung yang kebanyakannya terletak berhampiran sungai bagi memudahkan pergerakan mereka.

Namun menurutnya, kaedah pengangkutan itu tetap mempunyai kelemahan kerana melibatkan kos yang tinggi dan memakan masa yang panjang sehingga menyukarkan pengangkutan hasil pertanian ke Pekan Song.

Tidak ramai juga yang dapat menggunakan kaedah pengangkutan itu setiap hari kerana kosnya yang di luar kemampuan masyarakat di pedalaman.

Keadaan itu menyebabkan masyarakat di luar pekan sukar untuk mengusahakan tanah atau kebun untuk tujuan komersil. “Harga barang pembinaan seperti simen, batu dan besi meningkat dua kali ganda kerana kos pengangkutan yang agak tinggi menggunakan tongkang,” kata En. Boniface.

Misalnya, mereka yang membawa kereta masuk atau keluar dari daerah itu dari atau ke Sibu, bayaran perkhidmatan tongkang sebanyak kira-kira RM150 hingga RM200 akan dikenakan. Masalah kos pengangkutan itu sebenarnya turut mempengaruhi kos untuk pelaksanaan sebarang projek pembangunan di daerah itu.

Namun, baru-baru ini telah ada perancangan untuk menghubungkan Song dengan Kapit. Turut dalam perancangan ialah pembinaan jalan dari Song ke Nanga Jagau dan Nanga Ngungun di Daerah Kanowit. Jika semuanya dapat dilaksanakan, hasrat untuk menghubungkan Bandar Sibu dengan Kapit sudah pasti menjadi kenyataan.

“Jalan raya amat penting bagi menarik pelabur datang ke Pekan Song dan meningkatkan kadar pembangunan sosioekonomi di sini,” kata En. Boniface.

Menurutnya, jika aktiviti ekonomi dapat ditingkatkan, ia akan dapat mengurangkan penghijrahan keluar golongan muda. Prasarana lain juga akan dapat ditingkatkan dan mengatasi beberapa masalah yang dianggap perlu diselesaikan seperti ketiadaan institusi perbankan dan kewangan. Ketika ini, ketiadaan bank dan institusi kewangan di Daerah Song menyebabkan pengeluaran dan simpanan wang hanya dapat dibuat melalui perkhidmatan akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang disediakan di Pejabat Pos. Perkhidmatan Perbendaharaan Kecil di Pejabat Daerah pula hanya menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menunaikan cek dengan jumlah yang terhad.

“Faktor itu menyebabkan mereka yang bekerja makan gaji terpaksa keluar ke Bandar Sibu atau Kapit untuk menyelesaikan urusan kewangan mereka setiap hujung atau awal bulan,” katanya. Adalah menjadi harapan seluruh masyarakat Daerah Song agar projek jalan dapat ditingkat dan disegerakan bagi membolehkan daerah itu dapat membangun dan turut sama menikmati arus pembangunan negeri.

 
 



Special Focus | News | Teamwork | Sports & Recreation | Know Your Sub-District | Agensi & Anda | Recognising Service Provider | Quality Management


Main Page | Archives: 2007: December 2007 | November 2007 | October 2007 | September 2007 | August 2007 | July 2007 | June 2007 | May 2007 | April 2007 | March 2007 | February 2007 | January 2007

2006: September 2006 - November 2006 | June 2006 - August 2006 | May 2006 | April 2006 | March 2006 | February 2006 | January 2006

2005: December 2005 | November 2005 | October 2005 | September 2005 | August 2005 | July 2005 | June 2005 | May 2005 | April 2005 | March 2005 | February 2005 | January 2005

2004: December 2004 | Sept 2004 - Nov 2004 | June 2004 - August 2004 | May 2004 | April 2004 | March 2004 | February 2004 | January 2004

2003: December 2003 | November 2003 | October 2003 | September 2003 | August 2003 | July 2003 | June 2003 | May 2003 | April 2003 | March 2003 | February 2003 | January 2003

2002: December 2002 | November 2002 | October 2002 | September 2002 | August 2002 | July 2002 | June 2002 | May 2002 | April 2002 | March 2002 | February 2002 | January 2002

2001: December 2001 | November 2001 | October 2001 | September 2001 | August 2001 | July 2001 | June 2001 | May 2001 | April 2001 | March 2001 | February 2001 | January 2001

2000: December 2000 | November 2000 | October 2000 | September 2000 | August 2000 | July 2000 | June 2000 | May 2000 | April 2000 | March 2000 | February 2000 | January 2000

1999: December 1999 | November 1999 | October 1999 | September 1999 | August 1999 | July 1999 | June 1999 | May 1999 | April 1999 | March 1999 | February 1999 | January 1999

1998: December 1998 | November 1998 | October 1998 | September 1998 | August 1998 | July 1998 | June 1998 | May 1998 | April 1998 | March 1998 | February 1998 | January 1998